Monday, July 11, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - PARTISIPASI & MASYARAKAT SIVIL



Tindakan / Pencapaian

Turut hadir bersama YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Program Kemasyarakatan 1Azam iaitu azam untuk mengakhiri zaman miskin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Nigel Gardner.

Menghadiri Projek SYABAS ( Sambungan Air) di SJKT Ladang Escot.

Telah mengadiri 1200 program di kawasan Hulu Selangor dalam tempoh setahun sebagai Ahli Parlimen. Ini tidak termasuk menghadiri majlis perkahwinan dan aktiviti diluar kawasan.

Menghadiri pelancaran Klinik 1 Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntong.

Mengadakan sesi bertemu rakyat pada setiap hari Rabu (10pagi hingga 9.30malam) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor, Bukit Beruntung dan hari Khamis (12.30 hingga 2.30 petang) di Pejabat MIC Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dan (3.00 petang hingga 5.00 petang) di Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat Kawasan DUN Hulu Bernam. Sebanyak 100 orang akan hadir semasa sesi bertemu rakyat setiap minggu.

Mengadakan sembang di bawah pokok dengan penduduk tempatan bagi meninjau masalah dan menerima pendapat.

Mengadakan ‘Walkabout’ di Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung (Pasar Malam), Serendah dan Batu 2, Ladang Kerling untuk berjumpa dengan masyarakat tempatan.

Menyertai Konvoi 1 Malaysia anjuran Telugu Association di Sungai Choh.

Mengadakan sarapan pagi setiap hari ahad bersama penduduk taman perumahan untuk mengenali mereka dengan lebih rapat dan mendengar aduan dan cadangan mereka.

Menyertai akitiviti Gotong Royong 1 Masjid dan 8 Surau di FELDA Sueharto.

Mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Penduduk bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di taman perumahan tersebut.

Menyelesaikan masalah bil air 500 pemilik banglo dan pangsapuri di Serendah Golf Resort yang dihadapi mereka sejak 10 tahun lalu selepas mengadakan perjumpaan dengan persatuan penduduk dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS).

Mengadakan sesi dialog bersama pemimpin tempatan seperti Pengerusi cawangan parti komponen BN, Pengerusi JKKP, Persatuan Rela, Pengetua dan Guru Besar, pegawai kerajaan, pengerusi NGO, pengerusi tempat ibadat.

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan NGO tempatan dan Persatuan Penduduk.

Mengadakan perjumpaan dengan  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi mengenai keselamatan awam dan cara pengurangan jenayah.

Menganjurkan kem kesihatan kepada penduduk ladang Changkat Asa.

Menghadiri Karnival Juara Rakyat di Hulu Bernam.

Menghadiri Kem Perubatan anjuran Rotary Bernam Valley di Batang Kali.

Menghadiri Sambutan hari Ibu bersama YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di FELDA Sungai Tengi.

Menganjurkan kempen gaya hidup sihat untuk penduduk setempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Menghadiri majlis perkahwinan, majlis harijadi dan kematian.

Turut hadir makan malam beberapa persatuan.

Melancarkan program ‘Jelajah 10’. Program ini akan diadakan 2 bulan sekali dimana 10 tempat akan dilawat dan pelbagai aktiviti bersama rakyat akan diadakan.

Sentuhan kasih – Sebanyak 5 keluarga yang mempunyai masalah perubatan dan kebajikan akan dilawat setiap hari Jumaat untuk membantu menyelesaikan masalah. Antaranya ialah pemberian kerusi roda kepada orang yang memerlukan. Program ini dimulakan pada bulan Ogos 2010. Sebanyak 125 keluarga telah dilawat setakat ini.

Sasaran

Membuka lebih banyak Pusat Khidmat untuk memudahkan rakyat berurusan dengan saya. Pusat Khdimat di kawasan Rasa akan berkuatkuasa mulai Jun 2011.

Mengadakan walkabout di lebih banyak kawasan sebagai aktiviti turun padang.

Menghadiri lebih banyak majlis dan mesyuarat supaya dapat mendekati rakyat.

Melawat 150 keluarga semasa sesi Sentuhan Kasih dalam tempoh satu tahun yang akan datang.

Mengadakan program Jelajah 10 setiap bulan sekali.

Mengadakan sambutan hari Ibu dan Hari Bapa di lebih banyak tempat (dalam perbincangan).

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM



Tindakan / Pencapaian

Mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, En Tukiman bin Nail bagi membincangkan beberapa masalah prasarana berikutan aduan rakyat dan pemerhatian sendiri.

Menghadiri Mesyuarat Pembangunan Hulu Selangor di Shah Alam.

Telah mengajukan beberapa soalan berkaitan masalah prasarana di kawasan Hulu Selangor semasa persidangan Parlimen. (Rujuk bahagian Soalan Parlimen).

Telah menaiki bas dari Rawang ke Batang Kali untuk mengenalpasti beberapa kekurangan. Masalah yang dikenalpasti telah dilaporkan kepada syarikat bas tersebut untuk tujuan peningkatan.

Mengadakan perjumpaan dengan pemilik ‘Bernam River Airfield’ dan berbincang cara untuk mempromosikan lapangan terbang tersebut dan juga ‘Bernam Air Festival’.

Telah membuat perbincangan dan menyelaraskan peruntukan pelbagai agensi kerajaan seperti jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Belia dan Sukan dan dll.

Telah melawat 4 stesen keretapi (Serendah, Rasa,Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu) untuk mengenalpasti jadual perjalanan dan isu-isu lain.

Membantu memperbaiki rumah daif dan dilanda bencana.

Membuat papan tanda bagi taman perumahan untuk memudahkan mencari tempat tersebut.

Mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi tujuan meningkatkan prasarana di 16 kampung Orang Asli di Hulu Selangor.

Mengadakan perjumpaan bencana alam.

Menyertai aktiviti gotong royong bersama kawasan perumahan bagi mengekalkan kecantikan dan kebersihan taman perumahan


Sasaran

Meningkatkan dan menambahkan kadar prasarana dan kemudahan awam.

Meningkatkan tahap penyelengaraan prasarana dan kemudahan awam yang sedia ada.

Mempertingkatkan infrastruktur asas.

Sunday, July 10, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - PENDIDIKAN & LATIHAN



Tindakan / Pencapaian

 Menghadiri majlis penyampaian cek kepada SJKC Rasa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. Majlis ini dijalankan selepas 72 jam kemenangan pilihanraya kecil Hulu Selangor untuk menunaikan janji pilihanraya kecil.


 Mengadakan program tuisyen percuma kepada pelajar UPSR dan PMR dengan inisiatif membantu pelajar-pelajar yang miskin atau ketinggalan dalam pelajaran sekolah mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan awam sekaligus memperolehi peluang yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pengajian tinggi di samping meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing pada masa depan.


 Menganjurkan Seminar Motivasi kepada 80 pelajar PMR di Bukit Beruntung dilaksanakan atas pandangan dan cadangan beberapa pihak antaranya pihak yang melihat motivasi diri di kalangan pelajar PMR perlu ditingkatkan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai ‘tips’ dan panduan menjawab soalan yang merangkumi pelbagai elemen serta teknik menghadapi peperiksaan.


 Menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2010 diadakan untuk menghargai 332 murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik sepanjang tahun 2010 mengikut kategori Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina yang berjaya mendapat 5A dan 7A.


 Penyerahan Ring fail yang untuk semua murid tahun 1, di semua sekolah Rendah daerah Hulu Selangor. Sebanyak 4800 fail telah diedarkan


 Mengadakan taklimat ‘Kursus Khas ’ diadakan bagi memberi peluang menyertai kursus Pastri dan Penyediaan Makanan dengan kerjasama Kolej Spetronic dan Yayasan Strategik Sosial


 Menganjurkan makan malam bersama guru-guru dikawasan Hulu Selangor. Makan malam tersebut dianjurkan mengikut tiga Dewan Undangan Negeri dengan tujuan untuk mengenali para pengajar dengan lebih rapat lagi.


 Menghadiri majlis penyerahan cek cek peruntukan Perdana Menteri berjumlah RM1.5 juta untuk pembinaan dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serendah (SJKC Serendah) oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri


 Mengadakan perjumpaan dengan pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan untuk berkongsi maklumat dan pendapat bagi memantapkan tahap pendidikan di kawasan Hulu Selangor.


 Melawat tapak pembinaan SJK(T) Serendah yang bakal dibina


 Melawat SJK(C) Bukit Tangga yang baru dibina dengan Timbalan Menteri Pelajaran YB Datuk Dr Wee Ka Siong. Sekolah tersebut mempunyai 250 pelajar


 Menghadiri dan merasmikan program kerja amal oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya KIRTARSH, Bukit Beruntung


 Menghadiri dan menyediakan peruntukan untuk program-program sekolah seperti Sukan Tahunan,Mesyuarat Agung PIBG, Sambutan Hari Guru, Kursus Motivasi sebagainya


 Memberi peruntukan untuk kerja pembaikpulihan di beberapa sekolah


 Memberi sumbangan pakaian sekolah dan alat tulis kepada 300 pelajar Tahun 1 seluruh Hulu Selangor


 Membayar yuran sekolah kepada 250 murid sekolah rendah


 Membayar yuran bas sekolah kepada 200 murid sekolah rendah dan menengah


 Menghulurkan bantuan kewangan saguhati kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan kolej


 Melawat Kolej Komuniti di Batang Kali untuk mengetahui kursus yang ditawarkan dengan lebih lanjut supaya dapat mengalakkan lebih ramai penduduk Hulu Selangor dapat mengikuti kursus yang ditawarkan.


 Melawat dan merasmikan Kampus Utama Pusat latihan kemahiran Septronic Skills Training Centre (SSTC) di Bukit Beruntung. Pusat latihan kemahiran Septronic Skills Training Centre (SSTC) telah dibangunkan untuk membolehkan penuntut penuntut yang bermotivasi, dedikasi dan komited untuk mengikuti kursus kemahiran.


 Menganjurkan Ekspo Pendidikan 2011 di Batang Kali, Felda Sungai Tengi dan Rasa untuk memberi bimbingan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM. Sebanyak 14 kolej telah mengambil bahagian untuk mempromosikan kursus yang ditawarkan. Tambahan khidmat nasihat untuk pelajar juga disediakan


Sasaran
 Membangunkan Hulu Selangor sebagai Hub Pendidikan
 Menambah kemudahan latihan kemahiran bagi masyarakat tempatan
 Mendapatkan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serendah
 Menghantar kek kepada semua sekolah di Hulu Selangor (termasuk sekolah KAFA) sempena hari Guru pada 16 Mei 2011 sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar
 Melancarkan satu projek untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
 Mengadakan kelas bimbingan kepada pelajar STPM sebagai persediaan menjejakkan kaki ke IPT. Kelas bimbingan ini akan diadakan oleh pelajar IPTA berhampiran
 Meningkatkan jumlah pelajar dalam program tuisyen percuma
 Menganjurkan lebih banyak ceramah dan seminar motovasi bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar kawasan Hulu Selangor
 Melancarkan program subsidi yuran bas sekolah kepada pelajar-pelajar miskin (dalam perbincagan)
 Menganjurkan Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat dan Pemakanan Seimbang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
 Mewujudkan beberapa Sekolah Kluster di kawasan Hulu Selangor
 Menganjurkan Ekspo Pendidikan dan Kerjaya di lebih banyak lokasi
 Memperkenalkan bantuan biasiswa Hulu Selangor (Dalam perbincangan dengan beberapa kolej)