Thursday, July 21, 2011

THOUGHTS & OPINIONS ABOUT YB DR. JAYAKUMAR

I have known YB Dr. Jayakumar MP for Sungai Siput for some time now and especially so since my time in Parliament.

He seems to be a soft spoken, cordial, humble and kind gentleman. Although we are on different sides of the political spectrum yet I have never found him to be antagonistic or unfriendly. He is always calm and composed and his speeches in parliament.

Hence I’m very shocked by his detainment under the EO for very severe and extremist charges.

If indeed Dr.Jayakumar is guilty of any charges then I would like to put to the police to charge him in an open court under specific charges so he and his comrades as well as the general Malaysian public will have purview to the reason of his detainment as opposed to them just being held without trial.

The police must have their reason for their actions, however an open trial and charging them in an open court will help make the current situation more transparent and minimize the impact the negative perception of unfair detainment and prosecution.

Monday, July 11, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - KEBAJIKAN DAN BINA INSAN




Tindakan / Pencapaian

Menyediakan bantuan kecemasan seperti kemalangan, bantuan perubatan, membeli peralatan perubatan, kematian ahli keluarga, pendidikan dll.

Membuat lawatan ke rumah-rumah yang di landa rebut dan memberi bantuan kewangan.

Membuat lawatan rumah pokok tumbang dan member bantuan kewangan.

Bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor untuk melancarkan proses permohonan bantuan kebajikan.

Mengadakan program pemeriksaan mata di Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan memberikan cermin mata percuma kepada warga emas dan pelajar.

Dalam tempoh satu tahun, saya dengan bantuan JKM dapat meluluskan 3018 permohonan. Berikut adalah pecahan permohonan mengikut kategori :-


Jenis bantuan Jumlah Kes

Bantuan am 565

Bantuan orang tua. 1108

Bantuan kanak-kanak 877

Elaun pekerja cacat 163

Bantuan penjagaan OKU terlantar 130

Bantuan OKU tidak bekerja 167

Bantuan anak pelihara 3

Bantuan geran pelancaran 5


Memberi peluang kepada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengendalikan kursus di Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Seramai 14 orang telah menerima bantuan kewangan untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.

Latihan Kemahiran dan Usahawan untuk wanita sehari. Seramai 40 peserta telah mengikut latihan membuat Mee Kuning. Program adalah bertujuan untuk meningkat kemahiran dikalangan wanita agar ia dapat meningkatkan taraf hidup.

Menganjurkan program Pengurusan Emosi, Tekanan dan Konflik untuk belia. Seramai 30 belia telah mengambil bahagian selama sehari. Program adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada belia serta membantu mereka supaya memilih laluan tetap dalam kehidupan mereka.

Menganjurkan Bengkel Literasi Undang-undang untuk Wanita Pribumi dengan kerjasama Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia) dari Kampung Orang Asli Tun Razak dan Kampung Orang Asli Serendah. Seramai 28 wanita telah mengambil bahagian selama 3 hari di Rawang. Ceramah Undang-undang yang disampaikan adalah Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Pengguna, Undang-undang Jenayah, Undang-undang Pekerja dan Majikan.

Menganjurkan Bengkel Literasi Undang-undang untuk Wanita Pribumi dengan kerjasama DHRRA Malaysia dari Kampung Orang Asli Hulu Tamu. Seramai 30 wanita telah mengambil bahagian selama 3 hari di Sungkai.

Memberi khidmat nasihat guaman dengan kerjasama DHRRA Malaysia setiap hari Rabu. Sebanyak 52 orang telah menerima khidmat nasihat guaman percuma. Kes-kes adalah seperti masalah pinjaman bank, penceraian ,wasiat,anak angkat, harta , tanah dan kepenggunaan.

Memberi khidmat kaunseling dengan kerjasama DHRRA Malaysia. Sebanyak 96 orang telah menerima khidmat nasihat kaunseling percuma. Isu-isu berkiatan keganasan rumahtangga, pendidikan, masalah cinta, dan masalah kewangan.

Melancarkan Projek mendaftar Anak Malaysia. Porjek ini dilancarkan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah tiada dokumen pengenalan diri di kawasan Hulu Selangor. . Isu ini terdapat di kalangan orang India,Melayu,Cina dan Orang Asli (Perbumi).Sebanyak 312 permohonan telah diterima oleh Pusat Khidmat saya sehingga 25 April 2011 dan 140 kes berjaya didaftar di JPN. Saya member bantuan kewangan untuk pembayaran denda dan bayaran proses permohonan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sasaran

Menyegerakan permohonan bantuan kebajikan yang masih sedang diproses.

Meningkatkan jumlah penerima geran pelancaran JKM kepada yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang ekonomi serta meningkatkan taraf hidup mereka.

Meningkatkan jumlah penerima bantuan kewangan Amanah Ikhtiar.

Bekerjasama dengan TEKUN Nasional untuk memberi bantuan kewangan. Penyerahan cek untuk 14 usahawan India berjumlah RM100,000 dijadualkan pada bulan Mei 2011.

Membuat pendekatan dengan penduduk yang menerima khidmat guaman dan nasihat mengenai status masalah dan mencari jalan penyelesaian.

Berbincang dengan JPN untuk mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan,sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Mengadakan program pengurusan kewangan (Dijadualkan pada bulan Jun 2011)

Mewujudkan lebih ramai usahawan muda yang berpotensi tinggi.

Mengadakan program pendaftaran perkahwinan kepada pasangan yang belum mendaftar perkahwinan.

Menganjurkan program pemeriksaan buah pinggang di 48 kawasanseluruhHulu Selangor (dalam perbincagan dengan National Kidney Foundation dan dijangka bermula bulan Oktober 2011)

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - SOSIO BUDAYA & SUKAN




Tindakan / Pencapaian

Turut serta bersahur dengan rakan-rakan Islam semasa bulan Puasa sebanyak empat kali. Salah satunya saya gembira bersahur bersama anak-anak yatim di Bukit Beruntong.

Memberi sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan RumahTerbuka Hari Raya di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Melawat gereja di Ladang Nigel Gardner bersama YB Datuk M.Saravanan,  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menghadiri Hari Istimewa Orang Asli di beberapa kampung Orang Asli.

Memberi sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali di Bukit Beruntung Golf Club.

Memberi sumbangan sempena sambutan Krismas kepada penduduk tempatan.

Memberi sumbangan barangan memasak ponggal kepada 1000 keluarga seluruh Hulu Selangor.

Memberi sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Ulu Yam.

Memberi sumbangan Khas kepada surau dan masjid di kawasan Hulu Selangor sempena Hari Raya Haji.

Menghadiri perayaan Thaipusam bersama penganut Hindu di Rasa dan Kerling.

Menghadiri perayaan Vaisakhi bersama komuniti Sikh Hulu Selangor.

Melawat tempat-tempat Ibadat di Hulu Selangor.

Memberi peruntukan kewangan kepada tempat Ibadat Hulu Selangor.

Menghadiri perayaan di tempat-tempat ibadat.

Menghadiri majlis makan malam bersama pemain bawah 12 dan Majlis Tertinggi Persatuan MIFA ( Malaysian Indian Football Association).

Menghadiri majlis penutup pertandingan bola sepak bawah 12 anjuran MIFA di Kuala Kubu Bharu.

Menyertai Kayuhan Amal SYABAS.

Menghadiri pertandingan bola sepak LPKN.

Membuat lawatan ke Akademi Bola Sepak, Taman Bunga Raya.

Menghadiri pertandingan futsal di Apartment Teratai.

Merasmikan Sukan Orang Asli Kebangsaan di Kuala Kubu Bharu.

Perjumpaan dengan Pasukan Bola Sepak Taman Bunga Raya.

Perjumpaan dengan Pasukan Bola Sepak Tanjung, Bukit Sentosa.

Memberi sumbangan jersi kepada 5 Persatuan Bola Sepak.

Menghadiri Pertandingan Menembak anjuran RELA Hulu Selangor.

Membuat Pelancaran Jungle Tracking anjuran Kelab Rakan Muda Sg. Choh.

Menghadiri Pertandingan Futsal di Felda Sungai Tengi.

Menghadiri Perasmian Penutup Pertandingan Bowling W I Bukit Sentosa/Beruntung.

Menyertai Program Komuniti Cara Hidup Sihat di kawasan Perumahan Teluki, Bukit Sentosa.

Sepetang bersama RELA Bikers and RELA Kebangsaan di Ulu Yam.

Sasaran

Menghadiri sambutan Wesak pada 17 Mei 2011.

Lebih banyak tempat akan dipilh untuk bersahur.

Menganjurkan lebih banyak program Sosio Budaya di seluruh Kawasan Hulu Selangor.

Melawat lebih banyak tempat ibadat.

Akan terus memberi peruntukan kepada tempat-tempat Ibadat.

Menganjurkan lebih banyak akitiviti sukan di kawasan Hulu Selangor.

Mengadakan lebih banyak perjumpaan bersama persatuan sukan