Asas
sesebuah negara berdasarkan semangat kenegaraan dan perpaduan yang dipraktikan
oleh rakyat Malaysia merupakan negara contoh kepada semua negara lain kerana
negara kita yang mempunyai kombinasi pelbagai kaum yang hidup aman, sejahtera
dan paling penting secara harmoni sejak negara kita merdeka. Perpaduan antara
semua kaum adalah sentiasa kukuh dan tidak berbelah bahagi.
Initipati
perpaduan ini adalah hasil hubungan silaturahim dan budaya rakyat Malaysia
iaitu saling hormat menghormati antara kaum ini telah diamalkan sejak sekian
lama dan sifat murni ini diturunkan sejak turun temurun melalui sejarah warisan
yang ditinggalkan oleh nenak moyang kita.
Contoh
terbaik yang saya boleh beri apabila saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Hulu
Selangor dan saya diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk para muslimin
dan muslimat dari Hulu Selangor. Malah saya menjadi salah seorang daripada ahli
keluarga mereka yang sentiasa menerima kunjungan saya dengan senyuman dan hati
yang terbuka.
Pada
bulan Ramadan, saya akan turut serta dengan rakan – rakan yang beragama islam
di Parlimen Hulu Selangor dengan menyertai mereka waktu Sahur, Buka Puasa malah
moreh pun ada. “Singgah Sahur dan Berbuka Puasa” ini telah saya amalkan sejak
lama dan penglibatan saya dalam majlis sebegini mendekatkan diri saya dengan
penduduk – penduduk yang beragama islam. Apabila tiba Sambutan Hari Deepavali,
saya akan menerima kunjungan ramai masyarakat berbilang kaum untuk turut serta
dalam memeriahkan sambutan ini. Ketika Majlis –majlis sebegini, saya berasa gembira
dan syukur akan memajmukan yang kita amalkan selama ini.
Ramai
yang mengetahui di kawasan saya juga terdapat para alim ulama seperti YBhg
Dato’ Ustaz Haji Zainal Aibidin bin Sakom yang juga Bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Batang Kali yang cukup tersohor. Di peringkat kebangsaan pula
kehadiran pemimpin hebat cendiakawan Islam seperti Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato Jamil Khir Baharom dan YB Senator Dato Asyraf Waidi bin Dato’
Dasuki. Mereka ini amat dikenali ramai dan cukup mahir dalam ajaran agama islam
namun tidak sekali mereka mengkritik kefahaman agama lain
Parti
MIC yang merupakan parti keramat yang mewakili masyarakat India di Malaysia
sentiasa mempertahankan Perlembagaan Malaysia dimana setiap kaum diberi
kebebasan menganuti agama masing – masing dan pada masa yang sama Parti MIC
juga mengiktiraf kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi di Malaysia. Namun
begitu apabila seorang individu dari luar negara memberi pandangan atau
ideology yang boleh mengugat kesejahteraan dan perpaduan rakyat Malaysia maka
Parti MIC tidak akan mendiamkan diri dan akan bangkit mempertahankan agenda
perpaduan negara.
Parti
MIC tidak pernah menentang mana – mana agama dan sentiasa menghormati rakan –
rakan sekutu kami yang dari berlainan bangsa, agama dan kaum namun pendirian
Parti MIC tetap teguh dan menentang habis-habisan dengan campur tangan orang
asing yang dilihat cuba melaga-lagakan rakyat Malaysia yang berbilang Kaum. Bak
kata pepatah “Bersatu teguh, Bercerai Kita Roboh”. Penentang ini adalah
terhadap seorang individi yang bernama Zakir Naik pendakwah yang India yang
menyampaikan ideloginya yang penyebabkan percanggahan pendapat dan boleh
meretakan keharmonian semua rakyat Malaysia.
Negara
asal Zakir Naik sedang menjalankan sisatan terhadap beliau atas pertuduhan
jenayah berkaitan penggubahan wang sehingga negara India memohon bantuan Polis
Antarabangsa untuk membawa balik Zakir Naik ke India untuk penyiasatan. Zakir
Naik yang sepatutnya menyelesaikan pertuduhan terhadapnya dilihat cuba
mencetuskan persengketaan antara kaum khususnya dengan yang bukan beragama
islam. Adalah sungguh tidak beradab apabila beliau menghina agama dan
kepercayaan kaum lain (selain islam) yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Saya
tegaskan sekali lagi MIC sebuah parti yang matang tidak pernah dan tidak akan
menyelar mana – mana agama di Malaysia tetapi MIC berhak menegur sesiapa sahaja
yang cuba “bermain api” mengancam perpaduan kaum yang menganut pelbagai agama
termasuk islam di negara tercinta ini.
Amalan
retorik dan menyemai bibit – bibit kebencian yang tidak kondusif yang
dipraktikkan oleh Zakir Naik perlu ditangani segera. MIC berdiri kukuh dalam
saf kepimpinan yang sama mendaulatkan perlembagaan negara ini.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment