Friday, June 23, 2017

SJK(T) Ramakrishna dapat Bangunan Baharu

Pada 16 Jun 2017 lalu, saya hadir menyerahkan blok bangunan baharu SJK(T) Ramakrishna di Negeri Pulau

Pinang kepada pihak pengurusan sekolah secara rasmi. SJK(T) Ramakrishna mendapat 3 blok bangunan baharu untuk menampung 260 orang murid dan guru – guru  yang sedia ada. Blok Bangunan Baharu SJKT Ramakrishna ini telah mula dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Blok bangunan Baharu ini dibina dengan Kos Rm4.70 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya mempunyai 3 blok bangunan baharu yang dibina dalam bentuk “U”. Sebanyak 12 bilik darjah dan bilik – bilik khas seperti Bilik ICT, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik BOSS,Bilik Mesyuarat, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Pemulihan, Bilik Cetak, Bilik fail, bilik peperiksaan dan Kedai Buku.

Bukan itu sahaja, saya telah pun mengagihkan peruntukan penyelenggaraan RM320,000 ringgit pada tahun 2016 dan pada tahun 2016 tambahan peruntukkan sebanyak Rm150,000 untuk membuat penyelenggaraan sehingga bangunan baharu ini siap sepenuhnya.

Dengan adanya bangunan baharu ini, dijangka ada ada pertambahan pendaftaran murid – murid pada masa – masa yang akan datang.  Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B Dato Sri’ Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato Sri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia dan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC yang komited dalam memartabatkan imej dan infrastruktur SJKT di Malaysia.

Wednesday, May 24, 2017

SJKT Taman Keladi, Nation's 528th Tamil School


On 8th May 2017 I had the pleasure of attending the ground breaking ceremony of the 528th Tamil school in the nation SJKT Taman Keladi in Kedah. The plans for the school are very impressive and will have all modern facilities and infrastructure needed for the holistic educational experience each student is entitled too. It will have 18 classrooms , a computer lab, a science lab, a living skills learning room and also other facilities such as a library and text book room. The cost of the entire project is RM 18 million and with this ground breaking the continues transformation of Tamil schools continues with a flourish.


 Currently the are 524 Tamil schools in operation, SJKT Taman Sentosa in Klang is the 525th school which is currently being built. SJKT Taman Bandar Mahkota Cheras is the 526th and the ground breaking ceremony is scheduled for 30th June 2017.The 527th is SJKT Bandar Seri Alam under construction in Pasir Gudang Johor. The 529th and 530th are SJKT Headwood in Sungai Siput and SJKT Taman PJS1 in Petaling Jaya. These new schools when completed will bring up the total Tamil schools in the nation to 530 and this is testament to the steadfast commitment of the Malaysian government under the esteemed PM Dato Sri Najib Tun Razak to ensure the future of vernacular education in the country.


Since the honourable PM has taken over the administration of the country we have seen a tremendous injection of financial aid towards the physical rejuvenation and added Tamil schools in Malaysia. To those naysayers who keep saying the vernacular schools are under threat in our country I can't think of a better response then this. The government has spent and continues to spend billions of ringgit for the continues operation of vernacular schools in the country.


The opposition often criticise for the sake of critiquing without a proper basis or understanding of the real situation and their misleading statements cause unnecessary     Ill will just to satisfy their political expediency. I'd like to ask how much the governments in Pinang and Selangor have allocated to Tamil schools financially since 2009 and how much land they have given as well. I challenge them to show their commitment so far.


I must take this opportunity to thank the honourable PM for his dedication to the cause of transforming Tamil schools and also the president of MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam for his vision and role as a catalyst for the changes taking place in Tamil schools. I must also thank the honourable  Education Minister Dato Seri Mahdzir Khalid and the ministry of education for their unwavering support and dedication to the transformation process. The vision encapsulated in the National Education Blueprint (2013-2025) includes the comprehensive development of all schools across the board and this government is very focused on ensuring no student or school is left behind in the quest for a globally recognised quality education.

Thursday, May 18, 2017

Perpaduan Asas Negara Malaysia



Asas sesebuah negara berdasarkan semangat kenegaraan dan perpaduan yang dipraktikan oleh rakyat Malaysia merupakan negara contoh kepada semua negara lain kerana negara kita yang mempunyai kombinasi pelbagai kaum yang hidup aman, sejahtera dan paling penting secara harmoni sejak negara kita merdeka. Perpaduan antara semua kaum adalah sentiasa kukuh dan tidak berbelah bahagi.

Initipati perpaduan ini adalah hasil hubungan silaturahim dan budaya rakyat Malaysia iaitu saling hormat menghormati antara kaum ini telah diamalkan sejak sekian lama dan sifat murni ini diturunkan sejak turun temurun melalui sejarah warisan yang ditinggalkan oleh nenak moyang kita.

Contoh terbaik yang saya boleh beri apabila saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor dan saya diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk para muslimin dan muslimat dari Hulu Selangor. Malah saya menjadi salah seorang daripada ahli keluarga mereka yang sentiasa menerima kunjungan saya dengan senyuman dan hati yang terbuka.



Pada bulan Ramadan, saya akan turut serta dengan rakan – rakan yang beragama islam di Parlimen Hulu Selangor dengan menyertai mereka waktu Sahur, Buka Puasa malah moreh pun ada. “Singgah Sahur dan Berbuka Puasa” ini telah saya amalkan sejak lama dan penglibatan saya dalam majlis sebegini mendekatkan diri saya dengan penduduk – penduduk yang beragama islam. Apabila tiba Sambutan Hari Deepavali, saya akan menerima kunjungan ramai masyarakat berbilang kaum untuk turut serta dalam memeriahkan sambutan ini. Ketika Majlis –majlis sebegini, saya berasa gembira dan syukur akan memajmukan yang kita amalkan selama ini.

Ramai yang mengetahui di kawasan saya juga terdapat para alim ulama seperti YBhg Dato’ Ustaz Haji Zainal Aibidin bin Sakom yang juga Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali yang cukup tersohor. Di peringkat kebangsaan pula kehadiran pemimpin hebat cendiakawan Islam seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom dan YB Senator Dato Asyraf Waidi bin Dato’ Dasuki. Mereka ini amat dikenali ramai dan cukup mahir dalam ajaran agama islam namun tidak sekali mereka mengkritik kefahaman agama lain

Parti MIC yang merupakan parti keramat yang mewakili masyarakat India di Malaysia sentiasa mempertahankan Perlembagaan Malaysia dimana setiap kaum diberi kebebasan menganuti agama masing – masing dan pada masa yang sama Parti MIC juga mengiktiraf kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi di Malaysia. Namun begitu apabila seorang individu dari luar negara memberi pandangan atau ideology yang boleh mengugat kesejahteraan dan perpaduan rakyat Malaysia maka Parti MIC tidak akan mendiamkan diri dan akan bangkit mempertahankan agenda perpaduan negara.

Parti MIC tidak pernah menentang mana – mana agama dan sentiasa menghormati rakan – rakan sekutu kami yang dari berlainan bangsa, agama dan kaum namun pendirian Parti MIC tetap teguh dan menentang habis-habisan dengan campur tangan orang asing yang dilihat cuba melaga-lagakan rakyat Malaysia yang berbilang Kaum. Bak kata pepatah “Bersatu teguh, Bercerai Kita Roboh”. Penentang ini adalah terhadap seorang individi yang bernama Zakir Naik pendakwah yang India yang menyampaikan ideloginya yang penyebabkan percanggahan pendapat dan boleh meretakan keharmonian semua rakyat Malaysia.

Negara asal Zakir Naik sedang menjalankan sisatan terhadap beliau atas pertuduhan jenayah berkaitan penggubahan wang sehingga negara India memohon bantuan Polis Antarabangsa untuk membawa balik Zakir Naik ke India untuk penyiasatan. Zakir Naik yang sepatutnya menyelesaikan pertuduhan terhadapnya dilihat cuba mencetuskan persengketaan antara kaum khususnya dengan yang bukan beragama islam. Adalah sungguh tidak beradab apabila beliau menghina agama dan kepercayaan kaum lain (selain islam) yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Saya tegaskan sekali lagi MIC sebuah parti yang matang tidak pernah dan tidak akan menyelar mana – mana agama di Malaysia tetapi MIC berhak menegur sesiapa sahaja yang cuba “bermain api” mengancam perpaduan kaum yang menganut pelbagai agama termasuk islam di negara tercinta ini.

Amalan retorik dan menyemai bibit – bibit kebencian yang tidak kondusif yang dipraktikkan oleh Zakir Naik perlu ditangani segera. MIC berdiri kukuh dalam saf kepimpinan yang sama mendaulatkan perlembagaan negara ini.

Terima Kasih