Wednesday, May 8, 2013

TERIMA KASIH, நன்றி, THANK YOU, 谢谢.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional dan khususnya YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya membentuk Kerajaan Barisan Nasional dan mengurus negara yang kita cintai untuk lima tahun akan datang.

Jutaan TERIMA KASIH kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional dan terus meletakkan kepercayaan anda terhadap kami. Terima kasih kepada semua yang telah menunaikan tanggungjawab anda untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua yang terlibat dalam memastikan proses pilihan raya yang cekap dan lancar.

Akhir sekali, saya amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh pengundi-pengundi yang saya hormati di Hulu Selangor. Saya berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat dan akan terus mengambil semua maklum balas yang membina untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk kita semua.

I wish to take this opportunity to congratulate the Barisan Nasional Government and in particular Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak for successfully forming the Barisan Nasional Government and manage our beloved country for the next five years.

A big THANK YOU to all Malaysians who voted for Barisan Nasional and continued to put your trust in us.  Thank you to all who had fulfilled your responsibility to vote in the 13th General Election.  And my appreciation and acknowledgement to all those involved in ensuring we had an efficient and smooth election process.

Finally, I am humbled by the faith and trust given to me by my dear voters in Hulu Selangor.  I promise to do my best for the community and will continue to take all constructive feedback to ensure a better future for all of us.