Thursday, March 29, 2012

7 SYARAT MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN PEKERJA-PEKERJA LADANG

Skim Pembiayaan Perumahan Pekerja Kos Rendah untuk Pekerja-pekerja Estet (SPPKR-PPE) diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia KE-10 untuk menawarkan kualiti kehidupan kepada pekerja ladang.

Skim ini adalah usaha murni kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan pekerja-pekerja estet. Peruntukan sebanyak RM50 juta yang disalurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai geran berbentuk dana pusingan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sebagai agensi penyelaras.

Terma dan syarat pinjaman Skim ini adalah seperti berikut:

a) Pemohon adalah warganegara Malaysia.
b) Bekerja di ladang sekurang-kurang 10 tahun.
c) Belum memiliki rumah sendiri (rumah kos rendah).
d) Pembiayaan sepenuhnya (100%), purata pinjaman RM25,000 hingga RM60,000.
e) Pembiayaan dua generasi (tempoh bayaran 40 tahun).
f) Rumah boleh dibeli di mana-mana di seluruh Malaysia.
g) Rumah tidak boleh dijual atau dibuat pembiayaan semula.

Harga rumah yang ditawarkan adalah diantara RM25,000.00 hingga RM60,000.00 sebuah. Kementerian menganggarkan seramai 1,174 pekerja ladang layak memohon rumah melalui skim ini. Sehingga Februari 2012, sebanyak 30 permohonan telah diterima oleh BSN dan sebanyak 12 permohonan telah diluluskan.

Bagi memastikan pekerja yang benar-benar layak yang akan diluluskan oleh skim ini, Kementerian ini dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional, National Union of Plantation Workers (NUPW) dan Malaysian Agricultural Producers Association (MAPA) akan mengkaji semula syarat sediada dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai pekerja estet menikmati skim ini.

Tuesday, March 27, 2012

PADA TAHUN 2011 KERAJAAN KELANTAN MENERIMA RM358,294,627 DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Bagi tahun 2011 Negeri Kelantan mendapat RM358,294,627 daripada Kerajaan Barisan Nasional, berikut adalah pecahan;

1. Pemberian mengikut bilangan orang: RM24,578,760
2. Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri: RM100,961,018
3. Pemberian pertambahan hasil: RM36,311,885
4. Pemberian tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): RM21,930,518
5. Bayaran perkhidmatan: RM52,496,438
6. Pemberian di bawah senarai bersama: RM17,490,308
7. Pemberian bantuan bil lampu kepada PBT: RM1,095,647
8. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup: RM28,597,000
9. Pemberian kekurangan akaun mengurus: RM74,833,053

Kesemua pemberian di atas disalurkan kepada Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang mana perbelanjaannya tertakluk kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri. Manakala pemberian tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemberian bantuan bil lampu disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan.

PADA TAHUN 2011 KERAJAAN SELANGOR MENERIMA RM635,156,222 DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Bagi tahun 2011 Negeri Selangor mendapat RM635,156,222 daripada Kerajaan Barisan Nasional, berikut adalah pecahan;

1. Pemberian mengikut bilangan orang: RM62,881,620
2. Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri: RM368,356,026
3. Pemberian pertambahan hasil: RM34,106,197
4. Pemberian tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): RM46,907,240
5. Bayaran perkhidmatan: RM20,067,263
6. Pemberian di bawah senarai bersama: RM41,382,846
7. Pemberian bantuan bil lampu kepada PBT: RM19,690,392
8. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup: RM15,959,000
9. Pemberian khas tahunan: RM28,805,638

Kesemua pemberian di atas disalurkan kepada Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang mana perbelanjaannya tertakluk kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri. Manakala pemberian tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemberian bantuan bil lampu disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan.

PADA TAHUN 2011 KERAJAAN KEDAH MENERIMA RM347,647,236 DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Bagi tahun 2011 Negeri Kedah mendapat RM347,647,236 daripada Kerajaan Barisan Nasional, berikut adalah pecahan;

1. Pemberian mengikut bilangan orang: RM27,846,000
2. Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri: RM151,164,666
3. Pemberian pertambahan hasil: RM28,019,641
4. Pemberian tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): RM29,928,251
5. Bayaran perkhidmatan: RM60,629,572
6. Pemberian di bawah senarai bersama: RM22,101,926
7. Pemberian bantuan bil lampu kepada PBT: RM3,986,674
8. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup: RM23,960,506
9. Pemberian khas tahunan: RM10,000,000

Kesemua pemberian di atas disalurkan kepada Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang mana perbelanjaannya tertakluk kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri. Manakala pemberian tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemberian bantuan bil lampu disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan.

PADA TAHUN 2011 KERAJAAN PULAU PINANG MENERIMA RM165,549,848 DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Bagi tahun 2011 Negeri Pulau Pinang mendapat RM165,549,848 daripada Kerajaan Barisan Nasional, berikut adalah pecahan;

1. Pemberian mengikut bilangan orang: RM23,532,240
2. Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri: RM59,685,583
3. Pemberian pertambahan hasil: RM14,054,417
4. Pemberian tahunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): RM10,000,000
5. Bayaran perkhidmatan: RM20,603,048
6. Pemberian di bawah senarai bersama: RM19,626,766
7. Pemberian bantuan bil lampu kepada PBT: RM5,245,764
8. Pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup: RM12,802,030

Kesemua pemberian di atas disalurkan kepada Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang mana perbelanjaannya tertakluk kepada kelulusan Dewan Undangan Negeri. Manakala pemberian tahunan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemberian bantuan bil lampu disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan.

Monday, March 26, 2012

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN BERCADANG UNTUK MENYENARAIKAN LEMBAH BUJANG SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA

Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa berusaha memajukan atau mempromosikan mana-mana kawasan yang mempunyai nilai sejarah, Kebudayaan dan warisannya seperti Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Batu Bersurat Terengganu, Muzium Arkelogi Lenggong dan lain-lain. Usaha yang dijalankan ini adalah melalui pelbagai cara termasuk membuat penyelidikan, menganjurkan persidangan antarabangsa, menerbitkan buku dan brosur serta lain-lain.

Kementerian sedang dalam proses untuk mewujudkan Taman Warisan Sejarah Sungai Batu untuk memberikan informasi dan kefahaman serta menonjolkan kepentingan Lembah Bujang. Ia akan dilengkapkan dengan sebuah galeri, auditorium dan pembangunan tapak arkeologi secara in situ.

Kementerian juga bercadang untuk menyenaraikan Lembah Bujang sebagai Tapak Warisan Dunia. Namun begitu, bagi tujuan tersebut, penyelidikan yang lebih mendalam serta menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan dokumen pencalonan yang akan dikemukakan kepada pihak UNESCO dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Wednesday, March 21, 2012

UCAPAN SAYA MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Terima kasih Tan Sri Yang Di Pertua,

Tan Sri Yang Di Pertua, saya memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih kepada Yang Di Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan ke atas titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima Parlimen ke 12.
 
Sebelum meneruskan ucapan saya, saya ingin merafakkan sembah menjunjung duli ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Depertuan Agong, atas perkenaan mencemar duli merasmikan persidangan Parlimen kita semalam.
 
Marilah kita juga melafazkan kesyukuran kepada tuhan yang maha pengasih yang telah melimpahkan rahmat dan kurniannya untuk membolehkan kita berjumpa sekali lagi di penggal baru parlimen tahun ini.
 
Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk mengutarakan  pandangan serta mempertengahkan beberapa isu-isu yang penting yang perlu diberi perhatian demi menjana kehidupan yang lebih berwibawa untuk rakyat  memperkukuhkan perpaduan dan memberi sokongan kepada agenda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan.
 
Saya menyanjung tinggi serta berasa bangga dengan intipati titah diraja yang merangkumi semua aspek penting kehidupan rakyat jelata secara komprehensif dan menyeluruh.

Saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat akan bertungkus lumus untuk memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan berjaya dan tanpa sebarang pengecualian.
 
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri yang mengambil langkah untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada semua pihak yang memainkan peranan penting untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
 
Ini jelas terbukti bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong  percaya bahawa rakyat jelata menyokong penuh inisiatif 1Malaysia.
 
Ini adalah kerana Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang pilih oleh rakyat. Konsep Rakyat Didahulukan merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.
 
Gagasan 1Malaysia
 
Saya juga ingin menekankan bahawa Gagasan 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.
 
Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Tambahan, Gagasan 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.
 
Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Negara. Dari segi kepimpinan pula, Gagasan 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
 
Ini jelas terbukti dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang memenuhi segala ciri-ciri pemimpin yang tekun untuk memastikan Negara terus berada di landasan yang kukuh kea rah mencapai status negara maju.
 
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga telah memuji keprihatinan Kerajaan melaksanan inisitiatif dan agenda transformasi yang bertujuan menyediakan peluang kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat.

Ini jelas terbukti apabila Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
 
Izinkan saya untuk menghargai beberapa insentif kerajaan yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012. Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.
 
Dari segi pendidikan, pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah, bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah. Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 merupakan inisiatif untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
 
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Tambahan, saya juga menyokong penuh keyakinan Kerajaan Barisan Nasional menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.
 
Saya berpendapat bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum berumur 60 tahun dan tidak mempunyai tanggungan perlu diambikira sebagai individu yang layak memohon. Ini berikutan keluhan mereka apabila permohonan mereka tidak diluluskan kerana tidak mempunyai tanggungan dan masih belum berumur 60 tahun. Saya juga ingin mencadangkan bahawa penerima Bantuan Kebajikan perlu diberi kelulusan secara automatik melalui data yang diperolehi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Baru-baru ini Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri merupakan pelaburan yang menjanjikan pulangan bersih yang menarik. Skim ini dapat  memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
 
Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan ilham YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan”. Saya juga sedang menanti detik Kedai Rakyat 1Malaysia yang bakal tersergam indah di bumi Hulu Selangor tidak lama lagi.

Masyarakat India dan MIC
 
Saya mewakili parti MIC ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri yang menyarankan mengadakan satu persidangan khas untuk membincangkan masa depan sekolah jenis kebangsaan Tamil bagi menghasilkan satu pelan induk. Persidangan yang bakal membabitkan warga pendidik sekolah Tamil, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) merupakan satu platform yang berguna bagi membincangkan pelbagai aspek mengenai sekolah terbabit seperti masalah kekangan guru sekolah Tamil yang mempunyai kelulusan ijazah, dan reka bentuk sekolah serta keperluan lain.
 
Ini menunjukkan sikap terbukaan kerajaan untuk menerima pendapat pelbagai pihak untuk meningkatkan status sekolah Tamil di Malaysia.
 
Tambahan, persidangan ini boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran untuk membangunkan sekolah jenis terbabit. Ini menunjukkan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memajukan pendidikan sekolah Tamil serta sekolah lain.
 
Saya percaya Parti MIC dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato Seri G.Palanivel akan terus memberi sokongan dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan hasrat murni ini.
 
Selepas Pelan Induk untuk Sekolah Tamil dihasilkan, saya mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau keefektifan pelan induk tersebut.
 
Saya berharap Jawatankuasa ini akan memainkan peranan untuk memperkasakan Kurikulum Sekolah Tamil. Saya percaya kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara.
 
Kelulusan pembinaan enam lagi SJK Tamil di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor dan Johor membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting yang digerakkan oleh sekolah-sekolah Tamil dalam masyarakat India di negara ini.
 
Saya percaya ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk masa depan sekolah Tamil dengan kerjasama yang erat antara kerajaan, persatuan guru-guru sekolah Tamil, PIBG dan komuniti kaum India, khususnya Pelantikan Yang Berhormat Datuk Seri  G.Palanivel sebagai menteri peneraju untuk memimpin usaha kerajaan bagi membangunkan taraf sosio ekonomi masyarakat India merupakan satu lagi pengiktirafan kepada parti MIC.
 
Seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, masyarakat India harus membina satu visi yang berpaksikan kepada "nambikei" atau kepercayaan teguh di antara satu sama lain yang berpotensi untuk membawa perubahan ketara bagi masa depan masyarakat berkenaan. Saya yakin pelantikan ini akan membuahkan hasil yang amat membanggakan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
 
Pengumuman peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kerja menaiktaraf dan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan fizikal sekolah-sekolah Tamil dalam Belanjawan 2012 telah disambut baik oleh masyarakat India. Saya juga berharap , syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan bukan kerajaan (NGO) juga diharap dapat memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan negara termasuk untuk sekolah-sekolah Tamil.
 
Peningkatan kuota untuk masyarakat India bagi mengikuti kursus di kolej matrikulasi milik kerajaan ditambah sebanyak 1,000 tempat lagi bermula sesi 2012/2013 menunjukkan      impian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat lebih ramai masyarakat India berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terutama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ini bermakna jumlah pelajar India di kolej matrikulasi milik kerajaan akan meningkat dari 559 sekarang kepada lebih 1,500 pada sesi 2012/2013. Cadangan ini diutarakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pada Perhimpunan Agung MIC tahun lalu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, kerana bersetuju menambah sebanyak 1,000 tempat baru setahun.

Komuniti 1Malaysia

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan yang tidak tenilaikepada Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia serta agensi-agensi dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berganding bahu menjayakan Karnival Perdana Komuniti 1 Malaysia pada 6 hingga 8 Januari 2012 bertempat di  Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
 
Komuniti 1Malaysia merupakan satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa Komuniti 1Malaysia dapat memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti serta menjadi agen perubahan dalam komuniti.
 
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan agar bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperluaskan gagasan 1Malaysia dengan melancarkan Komuniti 1 Malaysia di sekolah-sekolah Menengah serta IPTA. Pelaksanaan program komuniti berasaskan prinsip yang ditetapkan di bawah Gagasan1Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan antara pelajar serta warga pendidik.

Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Kementerian Penerangan akan menjaga hal-ehwal artist berjadual yang bekerja bersama mereka, saya di fahamkan bahawa artis2 berjadual ini tidak menerima potongan EPF dan PERKESO, saya berharap agar Kementerian Penerangan dapat membantu mereka supaya hak mereka di jaga.
 
SBPA, Kementerian Penerangan  & SKMM
 
Tuan yang Dipertua,
 
Seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Perkhidmatan Awam memainkan peranan sebagai tonggak jentera Kerajaan dalam mencari idea dan pendekatan baru yang lebih kreatif serta inovatif, cekap, berintegriti serta berfikiran terbuka.
 
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pemansuhan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan menunjukkan keberanian beliau membuat perubahan setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
 
Beliau juga percaya dalam menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya. Bagi memastikan keberkesanan system ini, satu KPI perlu diwujudkan. Semasa mengendalikan KPI tersebut, satu ganjaran yang lumayan perlu diberikan kepada penjawat awam yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga perlu mengambil langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam yang kurang memuaskan.
 
Berdasarkan kepada maklumat, tahap penembusan Dasar Inisiatif Jalur Lebar Negara di seluruh Negara telah mencapai 63% pada tahun 2011.
 
Tahniah diucapkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang menerajui inisiatif berani ini dan usaha mereka untuk  memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.
 
Dasar ini akan memacu ekonomi negara dan keperluan itu meliputi seluruh negara termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kampung-kampung kecil di Semenanjung Malaysia. Apa yang penting, pelaksanaan tersebut mestilah sejajar dengan konsep 1Malaysia. Apakah perancangan yang dibuat oleh Kementerian untuk mencapai tahap penembusan Dasar Inisiatif Jalur Lebar Negara di seluruh Negara sebanyak 90%?
 
Saya juga ingin memberi cadangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau industri iklan di Malaysia. Iklan adalah satu kaedah yang digunakan oleh penjual-penjual barangan dan perkhidmatan sama ada bagi tujuan menggalakkan, memujuk, atau mempengaruhi tingkah laku pembeli. Sumbangan pengiklanan dalam pembangunan industri tidak dapat dinafikan. Tetapi banyak syarikat pengiklanan menggunakan khidmat model asing bagi mempromosikan produk mereka.
 
Tetapi, keberkesanan penggunaanya menjadi tanda Tanya. Tambahan, kandungan iklan tersebut juga tidak memuaskan dan memberi mesej yang salah kepada golongan yang menonton. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana kita mempunyai bakat tempatan serta kandungan yang baik. Ini dapat mengenalpasti keperluan yang berkaitan serta menunjukkan mesej terhadap segmen tertentu. Penggunaan iklan asing boleh membawa unsur negatif dan secara tidak langsung akan mempengaruhi penonton.
 
Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Penapis Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri perlu membuat pemantauan terperinci supaya iklan yang disiarkan dapat memaparkan nilai-nilai murni serta mencapai objektif pemasaran.
 
Penyenaraian FELDA
 
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersukacita dengan pembangunan Felda dan juga komitmen kerajaan terhadap meningkatkan kualiti kehidupan peneroka FELDA serta keluarga mereka terutamanya golongan generasi kedua dam ketiga peneroka.
Dalam pembentangan belanjawan 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan setiap peneroka Felda akan menerima “durian runtuh” yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian FELDA Venture Holding (FGVH) yang dicadangkan sebelum pertengahan tahun 2012.
 
Langkah ini diambil bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global dan beliau percaya penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia.
 
Saya percaya penyeneraian FELDA Venture Holding merupakan satu penghargaan yang tinggi diberikan oleh kerjaan kepada peneroka-peneroka FELDA yang telah membanting tulang untuk membangunkan FELDA.
 
Saya juga ingin memuji kebijaksanan Felda melabur di Amerika Syarikat dan Kanada. Kilang di Boston tersebut merupakan pengkongsian antara syarikat Malaysia dan Amerika Syarikat sudahpun membuat keuntungan sebanyak USD8 juta untuk tahun 2011 sahaja. Ini berdasarkan unjuran yang dibuat hasil operasi yang berjalan sekarang ini dan permintaan tinggi di pasaran Amerika Syarikat.
 
Tambahan, sebuah lagi kilang minyak masak Canola yang terletak di Becancour, Quebec, Kanada, dimiliki sepenuhnya oleh FELDA. Syarikat tersebut, TRT ETGO du Quebec Inc, yang dikuasai menerusi cabang komersil FELDA, Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd (FGV), telah memberikan impak yang baik dalam industri Canola di Kanada.
 
Syarikat tersebut, TRT ETGO du Quebec Inc, yang dikuasai menerusi cabang komersil FELDA, Felda Global Ventures (FGV) Holdings Bhd (FGV), telah memberikan impak yang baik dalam industri Canola di Kanada.
 
Syarikat TRT ETGO milik FELDA itu merupakan peneraju dalam industri tersebut di Amerika Utara dan kejayaannya kini adalah bukti daripada daya maju penerokaan komersil FELDA.
 
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi
 
Sepertimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kerajaan sedang membangunkan satu kerangka Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional peringkat nasional serta hala tuju pelaksanaanya yang melibatkan sinergi antara Jaringan Universiti Teknikal Malaysia, politeknik dan kolej komuniti sebagai usaha menambah bekalan modal insan berkemahiran.
 
Saya menyokong penuh kerangka pendidikan tersebut. Di Hulu Selangor sebuah Kampus Universiti UITM hampir dibina tetapi disebabkan oleh kezaliman kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak memberi kepentingan kepada pembangunan pendidikan Negara menjadikan impian tersebut tinggal mimpi sahaja.
 
Namun begitu, satu Kolej Universiti bakal dibina di Serendah dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
 
Saya berharap kerajaan akan menunjukkan keprihatinan dengan mengambil langkah dalam mereliasasikan hasrat untuk membina Kampus UITM ataupun satu IPTA di bumi Hulu Selangor. Ini akan menjurus kepada impian saya sebagai Ahli Parlimen untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai satu hub pendidikan.
 
Saya juga berharap Pihak Kementerian Pelajaran akan membina satu sekolah Vokasional di Hulu Selangor. Buat masa sekarang, terdapat buah 18 sekolah menegah. Namun, saya berpendapat penubuhan satu sekolah Vokasional amat diperlukan.

Dengan itu, negara mampu mengeluarkan beberapa pelajar dalam bidang kemahiran yang berpotensi tinggi. Tambahan, Sekolah Menengah Vokasional bukan sahaja berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi semat, malah pelajar-pelajar yang kurang minat belajar boleh fokus kepada bidang kemahiran dan akhirnya menjadi pekerja berkemahiran tinggi. Saya berharap pihak Kementerian akan memeprtimbangkan permohonan ini.
 
Kebanyakan sekolah di Hulu Selangor sedang menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Pernambahan bilangan pelajar menjurus kepada masalah ini. Saya percaya salah satu ciri yang perlu diberi penekanan kepada pelajar sekolah ialah menyediakan suasana yang kondusif untuk mereka untuk belajar. Apakah cara-cara atau mekanisme yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menangani masalah begini?
Dan apakah prosedur-prosedur yang perlu dituruti oleh pihak sekolah jika mereka ingin memohon penambahan bilik darjah di sekolah?
 
Saya ingin mengambil peluang ini untuk menengahkan isu berkenaan pelajar lepasan universiti yang telah memperoleh ijazah kelas pertama. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan bahawa pinjaman pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama ditukarkan kepada biasiswa Ini merupakan satu penghargaan kepada graduan yang mertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
 
Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010.

Namun, terdapat 831 graduan ijazah kelas pertama tidak dapat menukar pinjaman mereka kepada biasiswa kerana mereka telah memulakan pengajian mereka dalam pengambilan Julai 2005, Disember 2005 dan Julai 2006.
 
Saya juga faham bahawa dalam perjanjian mereka tidak tertera mengenai penukaran pinjaman kepada biasiswa berikutan peruntukkan belanjawan yang tidak cukup. Ini menjurus kepada ketidakpuashatian 831 graduan tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa pihak PTPTN telah mengemukakan isu ini kepada Kementerian Kewangan.
 
Saya berharap Kementerian Kewangan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada 831 pelajar yang tidak dapat menukar pinjaman mereka kepada biasiswa.
Saya juga percaya ini akan dapat mengurangklan beban bayaran bailk mereka kerana kebanyakan dari mereka berasal dari keluarga berpendapatan sederhana.
 
Kebajikan
 
Seri Paduka Yang Dipertuan Agong mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan segenap lapisan masyarakat meliputi wanita, warga emas, kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya dan sebagainya menjadi keutamaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah sebuah agensi barisan hadapan Kerajaan yang dapat sentiasa  membantu membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan, berdikari dan berbudaya penyayang sekaligus memastikan tiada kumpulan yang terpinggir dari menikmati faedah kemakmuran negara.
 
JKM membuat transformasi pengurusan perkhidmatan sosial dengan lebih kreatif dan inovatif ke arah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar jabatan. Sejajar dengan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan pembayaran wang bantuan kebajikan kebajikan pada setiap 1 hari bulan bagi semua penerima bantuan seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mulai Januari 2010.
 
Dengan ini, satu daripada pencapaian yang telah ditetapkan bagi Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Results Area (NKRA) KPWKM dari segi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dapat direalisasikan.
 
Tambahan.selepas meneliti Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tahun 2011, saya bangga dengan pencapaian Jabatan Kebajikan masyarakat yang memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasi bagi kumpulan sasar.
 
Namun saya ingin memberi pandangan untuk mempertingkatkan lagi pencapaian piagam pelanggan. Saya dapati sebanyak 970 permohonan daripada 1156 permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan telah  dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima. Apakah cara-cara yang boleh diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi maklum balas kepada permohonan Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan dalam tempoh masa 30 hari atau kurang?
Ini adalah kerana, kebanyakan pemohon memerlukan bantuan tersebut secara mendesak dan maklum balas yang lebih awal mungkin dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.
 
Saya juga ingin menambah mengenai jumlah bantuan yang diterima oleh penerima. Kebanyakan penduduk di Hulu Selangor masih menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Saya percaya bantuan RM100 sebulan tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka sama sekali. Mereka masih dibelenggu dengan masalah kewangan. Sebagai wakil rakyat saya dan tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri sedang membantu penduduk yang menghadapi masalah sebegini setiap minggu.
 
Saya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuat satu perancangan yang terperinci mengenai bantuan yang dihulurkan terutamanya kepada penduduk luar bandar.
Kementerian Perumahan & Kementerian Kewangan
 
Dasar Perumahan Negara seperti yang disentuh Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong dihasilkan untuk menjelaskan visi Kerajaan mengenai dasar perumahan jangka panjang. Tujuan utama dasar adalah untuk memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan  autonomi rakyat.  
 
Kesannya ialah kerajaan akan terus berjaya melahirkan masyarakat serta komuniti yang maju, progresif dan lestari.
 
Selaras dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa, mengikut keperluan golongan tertentu.
 
Tidak dapat dinafikan sektor perumahan negara mempunyai peranan yang signifikan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan hasrat ini, Kerajaan melalui Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah memberi tumpuan khusus dalam meningkatkan keupayaan pemilikan perumahan golongan berpendapatan rendah.
 
Tambahan, Pelaksanaan Rumah pertama ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat pendapatan rendah, terutamanya mereka di kawasan bandar, Skim Rumah Pertamaku akan memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada 3 ribu ringgit sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri. Di samping itu, skim ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap jati diri di kalangan anak muda.
 
Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor, antara isu yang perlu diatasi berhubungan dengan perumahan adalah penyelesaian kepada lima projek perumahan terbengkalai. Pernah saya bangkitkan soalan ini kepada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan saya percaya kementerian sedang berusaha keras bagi mengatasi masalah projek perumahan di seluruh Malaysia.

Saya berharap satu keputusan yang baik akan dicapai secepat mungkin supaya pembeli rumah tersebut dapat senyum lebar dengan inisiatif kerajaan menyelesaikan keluhan rakyat.
 
Justeru itu, saya ingin mempelawa Program Perumahan Rakyat untuk membaik pulihkan banyak projek-projek yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Hulu Selangor. Dengan berbuat demikian bukan sahaja projek-projek ini akan hidup kembali tetapi keperluan rumah kos rendah juga boleh di capai. Selain itu kos membangunkan projek terbengkalai atau pun terbiar ini pasti lebih murah daripada membina dari tapak permulaan.
 
Saya menyokong penuh projek perumahan baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Tetapi ramai penduduk Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa tidak dapat menikmati inisiatif perumahan sebegini. Ini adalah kerana Kementerian Kewangan telah mentakrifkan kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa sebagai kawasan senarai hitam.
 
Pembekuan ini dibuat 15 tahun yang lalu berikutan kemerosotan ekonomi pada masa tersebut. Buat masa sekarang, terdapat ramai penduduk ingin membeli rumah sendiri tetapi hasrat mereka tidak tercapai berikutan permohonan pinjaman perumahan mereka telah ditolak atas alasan ini.
 
Terdapat banyak rumah kedai dan rumah telah dibina oleh pemaju tetapi tidak dapat dihuni berikutan pembekuan ini. Situasi ini menyukarkan pihak pemaju dan juga pihak pembeli.
Saya memohon Kementerian Kewangan agar memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk mengeluarkan nama dua kawasan tersebut dari senarai hitam.
 
Saya sudi bekerjasama dengan Kementerian bagi mengatasi isu ini. Penyelesaian masalah ini akan membantu ramai penduduk memiliki rumah sendiri mereka berikutan pertumbuhan penduduk di kawasan tersebut.
 
Kementerian Pengangkutan
 
Saya menyokong penuh titah Yang Dipertuan Agong mengenai penambahbaikan kemudahan pengangkutan awam. Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan Rakyat.

Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Saya mengalu-alukan peruntukan interim bagi memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti terus dapat dinikmati oleh rakyat terutamanya di kawasan luar Bandar.
 
Hulu Selangor merupakan kawasan luar bandar.  Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur. Selain rangkaian lebuh raya utara selatan PLUS dan jalan raya utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.
Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor yang Menjadi Pemangkin ke arah pembangunan yang lebih pesat lagi. Namun, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Hulu Selangor masih perlu ditingkatkan.
 
Banyak pengusaha bas berhenti-henti, dan bas express tidak mahu memberi perkhidmatan kepada kawasan-kawasan perumahan yang terletak jauh dari perhentian bas. Kebanyakan penduduk di sana terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Saya memohon kepada kementerian Pengangkutan untuk mempertimbangkan mewujudkan hub pengangkutan di Hulu Selangor.
 
Dengan adanya hub pengangkutan ini, penduduk setempat dapat menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi ke kawasan Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang terletak di jauh dari kawasan Hulu Selangor. Tambahan, perkhidmatan bas juga perlu dilanjutkan ke Bukit Fraser dan Genting Highlands yang menjadi tumpuan pendatang dari luar.
 
Mengenai perkhidmatan keretapi di Hulu Selangor pula, terdapat empat stesen Keretapi di Serendah, Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Bharu yang juga digunakan oleh penduduk tempatan. Tetapi, antara masalah yang dihadapi adalah stesen keretapi tersebut terletak jauh dari kawasan perumahan. Kebanyakan pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi dari stesen komuter ke kawasan perumahan. Ini meningkatkan perbelanjaan harian mereka memandangkan mereka merupakan masyarakat luar Bandar. Saya mencadangkan agar Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan kemudahan ‘Bas Feeder’ di empat stesen keretapi ini. Bas Feeder ini ini boleh mengambil dan menghantar penumpang hingga ke kawasan perumahan.

Ini dapat meningkatkan mutu pengangkutan awam sekaligus mengurangkan beban kewangan penduduk yang terpaksa mengharapkan perkhidmatan teksi.
 
Kementerian Belia dan Sukan
 
Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong mengatakan lebih kurang 46% penduduk Negara ini terdiri daripada daripada golongan belia yang merupakan aset penting dan pewaris untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Pepatah ‘ Kalau Tinggi di angkasa jadilah garuda, kalau jatuh ke laut jadilah laut’ yang digunakan oleh Seri Paduka baginda yang Di Pertuan Agong mencorakkan pengiktirafan kerajaan terhadap golongan belia untuk terus maju dan mengecapi kejayaan.
 
Saya percaya Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020.
 
Dalam usaha membina generasi belia, Kementerian Belia Dan Sukan juga menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
 
Namun, ada juga beberapa pertubuhan belia yang merungut berkenaan masalah dana untuk menganjurkan program sebegini. Saya percaya ada perbezaan dari segi program yang dianjurkan oleh belia Bandar dan belia luar Bandar. Perbezaan ini wujud mengikut persekitaran, kemudahan dan bilangan kumpulan sasar.
 
Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan akan dapat menyalurkan peruntukan yang cukup untuk pertubuhan belia supaya mereka dapat menganjurkan program-program yang berfaedah. Ini juga dapat mengurangkan penglibatan belia dalam gejala social. Saya juga berharap pihak Kementerian akan memperuntukkan dana khas untuk menaja beberapa pertubuhan belia yang aktif untuk mengikuti konvensyen atau latihan belia yang diadakan di luar Negara. Ini dapat meningkatkan pengalaman mereka disamping membri pengiktirafan kepada mereka.
 
Konsep Wassattiyah
 
Konsep wasatiyah yang merupakan hasil pemikiran Perdana Menteri juga mendapat penerimaan masyarakat global.  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong percaya konsep ini akan dapat menyumbang ke arah penyelesaian sesuatu pertikaian dan membawa kepada keamanan global.
 
Saya percaya pengenalan konsep ini akan menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia.
 
Konsep wasatiyah adalah keserhanaan dalam kehidupan tetapi di negara kita, budaya ekstrimis seperti pelampau politik, penyokong fanatik dan rasisme, ketaksuban agama menjadi-jadi di negara kita.

Saya juga percaya konsep ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat konsep itu yang ingin mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke arah menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negaraTetapi apakah penubuhan institut wasatiyah ini dapat mendidik kumpulan-kumpulan ini menjadi lebih sederhana? Jika ya, bagaimanakah konsep kesederhaan ini boleh dikomersialkan untuk masyarakat pelbagai kaum?
 
Kementerian Dalam Negeri
 
Kerjasama kreatif diantara Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menerima kepujian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
 
Memang tidak dinafikan keberkesanan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam mengurangkan indeks kadar jenayah dan memelihara ketenteraman awam tanpa menelan kos yang tinggi. Strategi Lautan Biru juga dapat mengurangkan kos pembinaan jalan luar bandar di Sarawak kepada hanya RM50 juta, dengan menggunakan kepakaran Angkatan Tentera Malaysia berbanding dengan RM250 juta jika pembinaannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.
 
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Perdana Menteri mahukan pemikiran Strategi Lautan Biru diterapkan dengan lebih meluas di kalangan agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pertahanan melalui strategi ini sebagai contoh pemikiran terbabit. Saya secara ikhlas mengucapkan tahinah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri yang bertungkus lumus dalam menjaga keamanan negara.
 
Ingin saya menyentuh mengenai keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional apabila Perdana Menteri menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat. Pengumuman ini telah memberi senyuman kepada semua anggota RELA seluruh Negara.
 
Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.

Penghargaan juga perlu ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri yang bersetuju untuk naikkan elaun tersebut dengan kadar segera. Setakat ini, berapa ramaikah ahli Rela yang aktif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dari jumlah ahli yang telah mencecah 2,630,187  orang ahli setakat 31 Julai 2011?
 
Saya percaya Kementerian Dalam Negeri harus mencari cara dan peluang-peluang yang lain untuk membantu ahli ahli Rela berikutan kebanyakan ahli yang menyertai Ikatan Relawan Rakyat berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau rendah. Insentif seperti ini dapat memberi mereka semangat serta keyakinan yang lebih supaya mereka dapat memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat.
 
Penutup
 
Akhir kata saya teruja dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, yang telah mendampingi semua topik dan isu yang penting kepada segenap masyarakat Malaysia.
Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga adalah sangat menyeluruh, padat, mampat dan menarik pada masa yang sama. Saya yakin yang titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan menjadi inspirasi untuk semua dalam dewan ini bertungkus lumus untuk menjayakan program trasformasi kerajaan dan menjadi batu lonjatan kearah anjakan paradigma ke sebuah negara berpendapatan dan perpengetahuan tinggi menjelang tahun 2020.

Dengan kata2 itu saya ingin mengucapkan 'Yellam Pugalum Iraivanakey' maksudnya segala puji2an kepada Tuhan dan saya mohon menyokong.
 
 
 
 
 

Tuesday, March 20, 2012

INTERLOK. THE END?

Jawapan daripada YAB Tan Sri Menteri Pelajaran mengenai isu Novel 'Interlok';

Surat siaran pengguguran dan penarikan balik novel 'Interlok' telah diturunkan ke semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Zon 2 pada bulan Disember 2011 dan Januari 2012.

Penarikan novel 'Interlok' berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 14 Disember 2011.

Keputusan penarikan 'Interlok' adalah bagi mengelakkan mana-mana pihak daripada terus mempolimikkan novel tersebut dan novel ini tidak akan dinilai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2012.

I guess this would be THE END FOR INTERLOK.

Monday, March 19, 2012

ALLOW FIRST CLASS GRADUATES TO CONVERT LOAN TO SCHOLARSHIP

Am indeed very pleased to know that one of my points was picked up by Bernama Online.

Am sharing the article which appeared on Bernama Online and would like to thank Benama for highlighting this issue.


KUALA LUMPUR, March 19 (Bernama) -- A backbencher has urged the government to consider the request by 831 graduates who obtained first class honours to convert their study loans (PTPTN) to scholarships.

P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) told the Dewan Rakyat that the Finance Ministry should give appropriate consideration to the requests because it could ease the burden of repaying the loan as most of the students concerned were from poor families.

"The 831 first class graduates could not convert their loans because they had started their studies during the July 2005, December 2005 and July 2006 intakes," he said when debating the motion of thanks on the Royal address at the Dewan Rakyat sitting Monday.

In tabling the 2010 budget, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had announced that the PTPTN loans be converted to scholarships for students who had completed their bachelor degrees with first class honours or equivalent beginning 2010.

Friday, March 2, 2012

FELDA & TRT ETGO & BUNGE ETGO - WINNING FORMULA?

Recently when I was quoted by Bernama on a news report with regards to TRT ETGO, Montreal, Canada (FELDA's investment) a friend wanted more information, as promised I'm pleased to share some details and facts with regards to TRT ETGO, I do hope this information would provide some explanation to those few who are still confused with regards to FELDA's investment in Canada.

However, I have said numerous times, that 'you can wake-up a person who is really asleep, but, you can never wake-up a person who is pretending to sleep'.


For your information, TRT ETGO is a business that can potentially crush 1,020,000 mt per year against total crush capacity of 9,500,000 mt per year.

With such a huge crush capacity, gross margin for canola ranges from $35 to $60 per metric tonne. There were instances margins went as high as $80 - $100 pmt historically, however during that time TRT ETGO wasn't operational. These are also industry wide averages at gross level.

Crushing Capacity Share wise, TRT ETGO holds 11% of total crushing capacity in Canada. Bunge - TRT ETGO's partner holds the highest share at 28%.

Canola capacity utilization for Canada for 2010/2011 was around 70% for Canola and about 50% for soy. TRT ETGO's capacity utilization for 2011 was close to 60%.

Having explained the crushing capacity as well gross margin and capacity utilization for Canola, you may want to know what are the future business developments for TRT ETGO;

TRT ETGO under the Bunge ETGO joint venture have the following development plans;


1. More canola processing - better margin for canola should bring better returns to the JV. Greater reliability will push TRT ETGO's production rate close to 95% by early 2013.

2. Encourage local canola planting - to be self sufficient and to swing the supply split from 90% sourced from western Canada to the eastern side where Becancour is located.

3. Improve distribution channels - use Bunge's existing vast distribution channels to ship out canola oil from TRT ETGO plant.

4. Focus on operational efficiencies - improved plant efficiency and share of technical know-how from the JV improves formulation for better products and greater production reliability. TRT ETGO will run close to 95% from early 2013.

5. Market expansion - Europe's renewable energy criteria (RED) for renewable energy is synonymous with TRT ETGO's plant with its certified ISCC status and proximity to the Europe. Bunge's network in South America opens more markets for Canola oil especially for mandated renewable energy demand. New markets ensure production are absorbed by new demand.

So as far as I'm concerned FELDA, TRT ETGO & BUNGE ETGO is indeed a venture that's not only going to bring benefits to FELDA but on the whole it would put Malaysia not only as a leading palm oil exporter, but canola as well and then, we will be major player in the world of vegetable oil.

Maybe they would not be able to see profits immediately, but, give them some time and I'm sure they would be able to do well.

I sincerely hope the above explanation would provide some light for those who are still living in darkness, should you need further information please do not hesitate to ask me, I will try my best to explain.

Thursday, March 1, 2012

SOALAN-SOALAN LISAN & BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KE-5 PERSIDANGAN PARLIMEN 2012

SOALAN LISAN & BERTULIS
MESYUARAT PERTAMA - PENGGAL KE-5


LISAN 1

Minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan pembangunan Hulu Selangor yang di rancangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa 5 tahun (2012 - 2016) yang akan datang.

LISAN 2

Minta Perdana Menteri memberikan maklumat mengenai jumlah Kakitangan awam (kaum india) yang baru di lantik; perbandingan daripada tahun 2008 hingga sekarang, dan; apakah langkah-langkah yang telah di ambil untuk meningkatkan lebih ramai lagi belia-belia kaum India di serapkan dalam perkhidmatan awam?

LISAN 3

Minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk memaklumkan sehingga kini syarikat-syarikat Perladangan Kelapa Sawit yang telah melabur di Luar Negara dalam penanaman Kelapa Sawit; dan apakah insentif dan juga bantuan-bantuan yang di salurkan kepada mereka untuk membantu mereka.

LISAN 4

Minta Menteri Pelajaran untuk menyatakan setakat ini berapa SRJK Tamil yang masih berada dalam kategori Bantuan Modal; daripada tahun 2000 sehingga tahun 2010 berapa buah sekolah SRJK Tamil yang di naiktaraf kepada Bantuan Penuh dan apakah perancangan Kementerian untuk menukar lebih lagi SRJK Tamil daripada Bantuan Modal ke Bantuan Penuh.

LISAN 5

Minta Menteri Kewangan untuk menyenaraikan semua bantuan-bantuan serta peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan yang di agihkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri yang di tadbirkan oleh parti-parti Pembangkang; dan samada Kerajaan-Kerajaan Negeri tersebut harus memberi lapuran terperinci bagaimana bantuan serta peruntukkan tersebut di pakai guna?

LISAN 6

Minta Menteri Belia dan Sukan untuk memberi maklumat-maklumat seperti berikut;

a)  Setakat ini berapa padang awam/swasta yang telah di tutup di seluruh Malaysia, (khususnya di Wilayah Persekutuan & Negeri Selangor Darul Ehsan)? dan,
b) Berapa ramai penduduk-penduduk tempatan yang mengunakan padang awam/swasta ini sebelum ianya di tutup dan daripada jumlah tersebut, berapa ramai di antara mereka tidak mempunyai padang awam/swasta untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka?

LISAN 7 

Minta Perdana Menteri untuk menyatakan pencapaian 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak ianya di ujudkan pada tahun 2009 sehingga kini; dan, apakah langkah-langkah yang telah di ambil untuk mewawarkan pencapaian tersebut kepada rakyat.

LISAN 8 

Minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan apakah langkah-langkah yang telah di ambil untuk mempromosikan Lembah Bujang di Negeri Kedah yang telah ujud sejak tahun 110 SM; dan, samada Kementerian bercadang untuk mengambil inisiatif untuk menyenaraikannya dalam Senarai Warisan Dunia.

LISAN 9

Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyatakan jumlah rumah baru yang telah di bina untuk penduduk-penduduk kampung Orang Asli di Daerah Hulu Selangor sejak 2000 sehingga sekarang; dan, apakah perancangan untuk membina lebih lagi rumah-rumah dan menambahbaik taraf infrastruktur untuk Masyarakat orang asli di Daerah Hulu Selangor dalam masa yang terdekat.

LISAN 10

Minta Menteri Sumber Manusia untuk memberi penjelasan terperinci mengenai skim perumahan untuk pekerja-pekerja ladang yang di perkenalkan baru-baru ini; dan, samada syarat-syarat yang di tetapkan dapat di kaji semula untuk memudahkan lebih ramai pekerja-pekerja ladang memiliki rumah tanpa melalui satu sistem yang menyusahkan mereka. 


BERTULIS 1

Minta Menteri Kewangan untuk menyenaraikan senarai nama ahli-ahli Lembaga Pengarah yang mewakili kaum India dalam syarikat-syarikat 'Government Linked Corporation' GLC setakat ini. 

BERTULIS 2

Minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah penerimaan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan seperti berikut;
a) berdasarkan setiap kawasan Parlimen,
b) berdasarkan kaum di setiap kawasan Parlimen,
c) berdasarkan jenis bantuan yang di beri, dan
d) peningkatan penerima daripada tahun 2008 sehingga sekarang.

BERTULIS 3

Minta Menteri Sumber Manusia menyenaraikan senarai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada rumah-rumah ibadat agama Hindu sejak tahun 2000 sehingga kini; dan, berapakah peruntukkan yang telah/akan diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu rumah-rumah ibadat agama Hindu dalam RMKe-10?


BERTULIS 4

Minta Menteri Pelajaran memberi maklumat terperinci projek-projek menaiktaraf, pembinaan bangunan tambahan, infrastruktur serta pembinaan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Selangor dalam RMKe-10.

BERTULIS 5

Minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dan secara terperinci pencapaian Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) sejak ia di tubuhkan.