Monday, October 8, 2012

STATISTIK URUSAN PELANTIKAN MENGIKUT KAUM BAGI JAWATAN KONSTABEL SEPANJANG TAHUN 2010




Statistik Urusan Pelantikan mengikut kaum bagi jawatan Konstabel Sepanjang tahun 2010 adalah seperti berikut;

Jumlah Permohonan (Individu): 18,276

Permohonan Melayu: 13,264
Permohonan Cina: 142
Permohonan India: 577
Permohonan Sabah & Sarawak: 3,857
Permohonan lain-lain: 436

Daripada 18,276 permohonan, seramai 17,141 Pemohon telah di panggil untuk di temuduga, daripada jumlah tersebut 14,632 Pemohon hadir. Pecahan kehadiran dan yang tidak hadir mengikut kaum adalah seperti berikut;

Pemohon Melayu: 12,736 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 11,779 pemohon.

Pemohon Cina: 131 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 119 pemohon.

Pemohon India: 534 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 479 pemohon.

Pemohon Sabah & Sarawak: 3,611 pemohon d panggil utk temuduga & yg hadir  2,184 pemohon.

Pemohon Lain-Lain: 129 pemohon d panggil utk temuduga & yg hadir 71 pemohon.

Daripada jumlah 14,632 pemohon yang hadir ke temuduga, seramai 5,070 pemohon di lantik, berikut adalah pecahan mengikut kaum;

Perlantikan Melayu: 4,277 pegawai
Perlantikan Cina: 29 pegawai 
Perlantikan India: 176 pegawai
Perlantikan Sabah & Sarawak: 580 pegawai 
Perlantikan Lain-Lain: 8 pegawai 

Nota: Sumber maklumat daripada Laporan Tahunan Suruhanjaya Pasukan Polis Tahun 2011.

STATISTIK URUSAN PERLANTIKAN MENGIKUT KAUM BAGI JAWATAN INSPEKTOR SEPANJANG TAHUN 2010



Statistik Urusan Pelantikan mengikut kaum bagi jawatan Inspektor Sepanjang tahun 2010 adalah seperti berikut;

Jumlah Permohonan (Individu): 4,943

Permohonan Melayu: 3,744
Permohonan Cina: 218
Permohonan India: 494
Permohonan Sabah & Sarawak: 361
Permohonan lain-lain: 126

Daripada 4,943 permohonan, seramai 2,483 Pemohon telah di panggil untuk di temuduga, daripada jumlah tersebut 2,391 Pemohon hadir. Pecahan kehadiran dan yang tidak hadir mengikut kaum adalah seperti berikut;

Pemohon Melayu: 1,901 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 1,829 pemohon.
Pemohon Cina: 103 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 96 pemohon.
Pemohon India: 237 pemohon di panggil untuk temuduga & yang hadir 232 pemohon.
Pemohon Sabah & Sarawak: 140 pemohon d panggil utk temuduga & yg hadir 135 pemohon.
Pemohon Lain-Lain: 102 pemohon d panggil utk temuduga & yg hadir 99 penonton.

Daripada jumlah 2,391 pemohon yang hadir ke temuduga, seramai 1,118 pemohon di lantik, berikut adalah pecahan mengikut kaum;

Perlantikan Melayu: 844 pegawai
Perlantikan Cina: 53 pegawai 
Perlantikan India: 113 pegawai
Perlantikan Sabah & Sarawak: 98 pegawai 
Perlantikan Lain-Lain: 10 pegawai 

Nota: Sumber maklumat daripada Laporan Tahunan Suruhanjaya Pasukan Polis Tahun 2011.

Friday, October 5, 2012

DID THE GOVERNMENT FUND 1MDB TO ACQUIRE BOTH THE IPPs?



As promised in my earlier posting, I did mention that I will share with you information on how much did 1MDB pay to acquire both the IPPs or as claimed by the opposition did the Government used its money to help 1MDB  in making the acquisition.

Here it goes,

1MDB bought Tanjong for RM8.5 billion and GentingSanyen for RM2.59 billion.

The next question would then be, how did 1MDB came up with the evaluation;

1MDB reviewed the operational and financial projections with the vendor, using traditional valuation methodology including discounted cashflow, precedent transactions and trading analysis. Besides that, 1MDB also conducted Internal Rate of Return and operating scenario analysis and reviewed similar regional transactions.  

Eventually, now you will be asking, how did 1MDB fund the acquisitions? The answer is, a combination of local financing and equity.

And, ladies and gentleman - NO, the acquisitions were not guaranteed by the Government, in simple terms, It is a private deal without government money or guarantee.

In my next posting, I will share information if 1MDB has the experience to manage the IPPs and why did 1MDB purchase the IPPs whne the PPA is close to expiry.

WHAT IS THE RATIONALE FOR THE ACQUISITION OF THE IPPs BY 1MDB


Over the next few days I will be sharing with you some information and explanations on why 1MDB made an acquisition of the IPPs.

Energy has always been one of the core focus areas for 1MDB

At the moment, there is a supply  demand imbalance in power hungry countries like Malaysia as well as other countries such as Egypt and Bangladesh, which makes going into the power business a lot of sense.

The acquisitions are 1MDB’s first steps towards1MDB fulfilling the government’s aspiration to drive sustainable energy security in the long term.

Critical to economic growth is electricity supplies that are free of interruptions and shortages so that businesses and factories can work unimpeded.

As a strategic development company wholly owned by the Government, 1MDB is in a strong position to create new synergies.

1MDB can leverage on its unique new private-public sector dynamics to further strengthen energy supply by creating a more competitive market and reducing energy subsidy in stages as envisioned in the New Energy Policy.

In my next posting I will share with you information on how much did 1MDB pay to acquire both the IPPs, did the Government (or rakyat's money - as claimed by the opposition) gave them any money? 

Wednesday, October 3, 2012

UCAPAN SAYA MENYOKONG BAJET 2013 YANG DI BENTANGKAN OLEH YAB MENTERI KEWANGAN YAB DATO SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK


Berikut adalah ucapan yang telah saya bahaskan pada 1hb Oktober 2012 menyokong Bajet 2013 yang di bentangkan oleh YAB Menteri Kewangan.

Sekiranya ada kesilapan ejaan atau pembetulan sila kemukakan kepada saya ke email saya : kamalanathanp@gmail.com




Terima Kasih Speaker.

MUKADIMAH

Setelah meneliti dan menganalisa secara mendalam isi-isi belanjawan 2013 yang bertemakan 'Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat; Suatu Janji Di Tepati' saya sangat yakin yang negara kita memang dalam proses transformasi paradigma untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju dalam masa yang terdekat. 

Lima fokus utama bajet ini juga memastikan yang pertumbuhan negara yang holistik dan komprehensif dapat direalasasikan dan setiap genap masyarakat Malaysia akan menikmati faedah-faedah perancangan rapi bajet tahun 2013. 

Bajet tahun hadapan juga mempunyai ciri-ciri sebuah bajet yang peka terhadap suasana ekonomi sedunia yang mencabar dan merangkumi langkah-langkah yang akan memastikan daya saing negara mampu menawan kejayaan dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang jauh melebihi pertumbuhan ekonomi aggregate sedunia.

'RIVER OF LIFE' 

Tahniah kepada YAB PM atas tindakan beliau memperuntukan RM500 juta untuk River of life project yang akan mengindahkan Sungai Klang. Setiap tamadun agung telah bermula pada tapak yang bersebelahan sungai dan walaupun perolehan masa telah mengurangkan peranan sungai sebagai epic center perwatakan tamadun namun dari segi ekologi dan flora-fauna peranan sungai tidak boleh dinafikan. 

Projek river of life adalah contoh kepimpinan yang memahami yang penjagaan alam sekitar semula jadi adalah tanggunjawab generasi kini untuk generasi masa hadapan. Antara legasi paling berharga kita menyumbang kepada masyarakat masa depan adalah penjagaan dan pemeliharaan kurniaan tuhan dalam rupa alam semulajadi seperti sungai. Saya berharap projek sebegini boleh diperluaskan ke sungai sungai lain di negara kita yang memerlukannya pada masa akan datang.

PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS) 

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diakui oleh pakar-pakar ekonomi sedunia sebagai pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi sebuah negara. Justeru itu langkah kerajaan untuk memperuntukan dana RM1 billion dibawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME bank adalah tindakan yang tepat pada masanya and amat wajar untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara kita. 

Akses kepada skim ini akan memberikan warga PKS bantuan dan pertolongan kewangan untuk memperkasakan diri mereka untuk lebih giat memajukan perniagaan mereka. Sebagai ayam tambatan sebuah ekonomi yang sihat dan vibrant dana ini pasti akan menjadi jambatan untuk mengukuhkan dan memperluaskan peranan PKS dalam menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara. 

Walaubagaimananpun ramai antara pemilik PKS mungkin tidak sedar akan kewujudan skim ini serta kriteria untuk menjadi layak untuk memohon pinjaman di bawah skim ini. Saya harap yang SME bank serta kementerian yang relevan akan menjalankan kempen-kempen yang sewajarnya untuk meningkatkan kesedaraan antara warga PKS akan kewujudan dan faedah Skim Pembangunan PKS ini.

PELANCONGAN 

Pelancongaan merupakan antara tonggak ekonomi negara kita dan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi masih boleh dimaksimakan dan dipertingkatkan lagi. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai antara flora dan fauna semulajadi yang paling unik dan indah  diseluruh dunia. 

Yakni langkah kerajaan untuk menaikkan peruntukan perbelanjaan pembangunan pelancongan sebanyak 42% adalah tindakan yang bijak dan penting kearah menjayakan tahun Melawat Malaysia 2013-2014. Aspirasi kerajaan dalam membangunankan pasaran pelancong pasti akan mencapai kejayaan dan mampu menjadi penjana ekonomi yang sangat penting dan lumayan kepada negara kita. 

Saya ingin meminta pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan untuk menyalurkan sedikit pelaburan daripada peruntukkan RM 358 juta ke kawasan Hulu Selangor untuk menyediakan infrastuktur seperti hotel dan resort peranginan. Hulu Selangor adalah suatu tempat yang potensinya untuk dibangunankan sebagai destinasi pelancongan belum direalasasikan dan saya ingin meminta pihak kerajaan untuk membantu dalam proses menukar Hulu Selangor menjadi tapak pelancongan yang premium. 

Hulu Selangor mempunyai banyak tempat yang keindahhannya mempegunkan. Terdapat hutan belantara yang sesuai untuk “nature trek”  dan “hike” seperti Bukit Kutu yang potensinya belum pada tahap optima. Selain itu Sungai Pertak juga boleh dibangunankan lagi kerana keindahnya air terjunnya serta sungainya yang sesuai untuk aktiviti “white water rafting”. Kolam air pertak adalah lagi satu tempat yang sangat indah dan mempunyai daya menarik pelancong, dikatakan yang air di dalam kolamnya mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai kesakitan dan keaibaan badan. Kawasan sekitar empangan Selangor juga mempunyai potensi yang hebat untuk dibangunankan sebagai destinasi eco tourism yang unggul. Ia adalah harapan saya yang pihak kerajaan menolong membangunankan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancong kerana potensinya amat besar untuk menjadi penjana ekonomi kepada rakyat tempatan dan industri pelancongan.

KRISIS KEKURANGAN MAKANAN

Menurut World Health Organization antara cabaran utama yang akan dunia perlu mengatasi pada masa akan datang adalah kekurangan makanan akibat populasi dunia yang kian meningkat dan sumber makanan yang tidak meningkat pada kadar yang sama. Cuaca yang tidak menentu juga akan membawa impak yang negatif kepada pengeluaran makanan sedunia. 

Krisis makanan ini sudah bermula, malah baru semalam UN telah meminta pertolongan sebanyak  RM39 juta dollar Amerika untuk mengatasi krisis makanan di negara Lesotho di benua Afrika. Maka langkah kerajaan untuk memperuntukkan RM 5.8 billion kepada Kementerian Pertanian dan asas tani untuk memastikan kelesterian jaminan bekalan makanan negara kita adalah langkah yang bijak dan berpandangan jauh. 

Sikap bertanggungjawab kerajaan untuk memastikan yang rakyatnya tidak ditimpa krisis makanan adalah lagi satu contoh aspirasi kerajaan untuk menyediakan diri untuk pelbagai cabaran dan dugaan yang mungkin menimpa rakyat sedunia dan juga menunjukkan keutuhan dan tekad kerajaan untuk bersedia  berdepan dengan masalah besok pada hari ini juga. Saya yakin peruntukan ini akan digunakan dengan baik untuk menjamin negara kita tidak akan mengalami krisis kekurangan makanan.

PETANI-PETANI NEGARA

Para petani negara kita adalah golongan yang bekerja keras di panas terik tanpa mengenal lelah untuk memastikan yang orang lain dapat makanan yang secukupnya dan berkhasiat. Jasa mereka tidak patut dilupakan dan kerajaan telah menunjukkan keperihatinan mereka terhadap masalah para petani dengan meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 billion. 

Peruntukan ini pasti menjadi batu lonjatan untuk mengurangkan kos pengeluaran para petani dan sekali gus meningkatkan keuntungan mereka dari segi disposable income. Langkah kerajaan untuk memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi untuk kemudahan perlindungan untuk 172 ribu para petani adalah lagi satu langkah yang pasti diterima dengan kesyukuran oleh para petani. Skim Azam tani juga telah diperuntukkan sebanyak RM41 juta untuk menolong 6730 peserta. 

Syabas mesti diucapkan kepada pengelola serta peserta skim ini yang telah mencapai kejayaan yang besar dengan mengeluarkan 1234 keluarga daripada garis kemiskinan dengan purata pendapatan meningkat antara RM200 dan RM2,000. Malah ada peserta skim ini yang telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Kejayaan sebegini menunjukkan betapa berkesannya perancangan dan implementasi skim tersebut untuk membawa perubahan yang postif kepada kehidupan warga petani.

IPO - INITIAL PUBLIC OFFERING

YB Speaker;

Memang menjadi kebanggaan negara apabila 2 daripada 3 Initial Price Offering (IPO) terbesar dunia berlaku di pasaran tanahair kita. Felda Global Venture Holdings (FGHV) dengan nilai terbitan mencecah RM10 billion dan IHH Healthcare Berhad dengan nilai terbitan RM6.3 billion ringgit menunjukkan betapa kuat keyakinan dan sentimen pasaran global terhadap produk kewangan negara kita. Ini juga menunjukkan yang kerajaan mampu membawa pertumbuhan ekonomi serta menarik pelaburan asing walaupun keadaan ekonomi sedunia masih memudaratkan. Perancangan yang rapi serta perlaksanaan yang effektif kerajaan telah membawa kejayaan yang bersejarah ini. 

Malah terdapat beberapa pakar kewangan seperti Jeremy Grant yang menulis untuk suratkhabar kewangan yang mashyur the Financial Times yang menyifatkan pertumbuhan ekonomi negara sebagai “gravity defying growth”. Kesemua data ini membawa kita kepada kesimpulan logikal yang Kerajaan kita mempunyai kepakaran dan mekanisma utuh untuk melindungi serta memertabatkkan ekonomi negara kita di mata dunia dan kemakmuran jangka panjang negara kits terletak pada tangan yang selamat lagi berwibawa.

EKUITI UNTUK KAUM INDIA

Kejayaan IPO ini patut dirayakan namun saya ingin membuat permintaan kepada pihak kerajaan khasnya YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mencari penyelesaian dan mekanisma untuk menolong kaum India Malaysia untuk mempertingkatkan ekuiti mereka dan bersama-sama menikmati kekayaan pertumbuhan ekonomi negara. 

Dari tahun 90an ekuiti kaum India disasarkan mencengkam 3% pada tahun 2010 namun apabila sasaran ini gagal dicapai maka tahun 2020 pula menjadi sasaran baru untuk kaum India di Malaysia mencapai ekuiti 3%. Buat masa ini ekuiti India di negara kita berada dalam lingkungan 1.2 - 1.4% dan saya ingin meminta YAB Perdana Menteri untuk mencari cara yang paling effisien dan effektif untuk kaum India mencapai sasaran 3% ekuiti dalam 8 tahun akan datang. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan adalah kerajaan menubuhkan sebuah syarikat ala Permodalan Nasional Berhad yang akan menumpukan fokus dan perhatian untuk memastikan sasaran tahun 2020 untuk mencapai ekuiti 3% kaum india akan tercapai.

PERUMAHAN DALAM KAWASAN FELDA

Hasrat Kerajaan untuk membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA di terima dengan hati yang terbuka oleh rakan-rakan saya dari Felda Sg. Tengi, Felda Sg. Tengi Selatan, Felda Soeharto, Felda Gedangsa & saya juga berharap agar Kpg. Sg. Buaya yang mana merupakan satu masa dahulu di bawah skim Felda juga di pertimbangkan dalam skim Perumahan ini.

SKIM PERLINDUNGAN INSURAN KEMALANGAN UNTUK MURID SEKOLAH

Terima Kasih YAB Perdana Menteri kerana memperkenalkan Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu) di harap implementasi ini dapat di segerakan.

TUN RAZAK EXCHANGE

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri atas langkah beliau menjadikan Malaysia hab kewangan antarabangsa melalui inisiatif Tun Razak Exchange atau TRX. Sudah tiba masanya kita menggunakan segala kepakaran dan sumber kita untuk menjadi sebuah Hab kewangan. 

Jika negara-negara yang jauh lebih kecil boleh mencapai status ini tidak ada alasan munasabah mengapa negara kita tidak boleh bersaing dan berjaya dalam menjadi insitusi kewangan serantau mahupun Asia. Pewujudan TRX adalah lagi satu “milestone” dalam Economic Transformation Program atau ETP dan juga adalah sehaluan dengan objektif negara untuk membolehkan Malaysia memerdekakan diri daripada menjadi sebuah negara yang terjerat sebagai negara berpendapatan sederhana dan melakukan trasformasi paradigma ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang mempunyai daya saing kental yang mampu menyahut cabaran-cabaran globelisme dengan berjaya. 

Dianggarkan nilai pembangunan kasar projek ini adalah RM 26 billion dan akan menawarkan 40 000 ribu peluang pekerjaan mahir dan berpengetahuan.

SKIM TEKUN UNTUK KAUM INDIA

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas empati dan dorongan beliau dalam meningkatkan peruntukan TEKUN untuk kaum India kepada RM50 Juta. Setakat ini program TEKUN telah menyalurkan sebanyak RM34.5 juta kepada usahawan India dan faedahnya dinikmati 4212 usahawan India. RM50 juta yang diperuntukkan untuk pengusaha kaum india dalam bajet tahun hadapan menunjukkan kesiriusaan kerajaan dalam membantu kaum India negara ini untuk bersama-sama mencapai kejayaan ekonomi. 

Langkah ini juga adalah demonstrasi laungan 1Malaysia dalam tindakan praktikal dan membuktikan tekad kerajaan kepada mereka yang meragui keikhlasan Kerajaan dalam mengubah lanskap ekonomi kaum india di Malaysia. Saya berharap yang kerajaan akan meneruskan ikhtibar membaikpulihkan keadaan ekonomi kaum India dan  juga mencari cara-cara lain untuk membantu kaum India di negara kita untuk menaiki tangga kejayaan ekonomi negara.

LAPORAN AWAL PELAN PENDIDIKAN NEGARA 2103 - 2025

“Sapiente Pontentia Est” adalah bahasa latin yang bermakna Ilmu itu kuasa. Saya ingin mengucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia atas kejayaan beliau mengambil intipati dictum latin tersebut dalam mengeluarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 

Pelan tersebut adalah sangat mendalam dan adalah peta serta haluan negara kita untuk menghasilkan pelajar-pelajar bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa dan saya yakin yang transformasi pendidikan negara akan tercapai dengan perlaksanaan pelan ini. Kerajaan telah menunjukkan betapa penting komitmennya kepada sistem pendidikan negara dengan memperuntukkan hampir satu perlima bajet tahun 2013 untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Kerajaan akur yang perubahan yang penting perlu diambil untuk memastikan yang generasi akan datang negara kita dilengkapi dengan “software” pendidikan yang setaraf dengan negara sudah membangun.

PEMBANGUNAN UNTUK SJKT

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri serta YAB Timbalan Perdana Menteri atas peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam bajet tahun depan. Isu sekolah tamil adalah suatu isu yang sangat dekat kepada sanubari kaum India di negara kita. Peruntukkan sebanyak RM100 juta ini menunjukkan keteleusan dan keikhlasan kerajaan dalam menyediakkan persekitaran pembelajaran yang optima untuk semua pelajar tidak kira bangsa dan agama. 

Peruntukan sebegini menunjukkan perwatakan konsep 1Malaysia yang disebut-sebut oleh pelbagai lapisan masyarakat negara kita. Ini adalah bukti kukuh yang kerajaan sedang mempraktikan slogan 1Malaysia dan ianya bukan hanya retorik politik semata-mata. Disini saya juga ingin meminta pihak kerajaan untuk cuba walaupun tidak segera tetapi bermula dengan proses menukarkan kesemua sekolah separa bantuan kepada sekolah bantuan penuh. Langkah ini akan membolehkan sekolah-sekolah tersebut mendapat bantuan dengan lebih mudah serta mengurangkan beban ibu bapa pelajar-pelajar sekolah separa bantuan.

SKIM LATIHAN UNTUK BELIA-BELIA INDIA

Lagi satu bukti kukuh keprihatian kerajaan kepada masalah-masalah kaum India di Malaysia adalah peruntukan sebanyak RM50 Juta untuk menolong pelajar-pelajar estet yang miskin dan tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka dan akibatnya tidak mendapat peluang pekerjaan. Kerajaan telah mewujudkan dana RM50 juta ini untuk melatih 3200 pelajar masyarakat India untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang selaras dengan permintaan pasaran. 

Dana ini akan memberikan peluang kedua kepada belia India yang tersisir dalam pertumbuhan ekonomi arus perdana. Langkah ini juga menunjukkan kepekaan kerajaan dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah kaum India negara kita. YAB Perdana Menteri telah membuktikan berkali-kali yang beliau memahami dan merasakan beban masalah kaum India Malaysia dan beliau telah dan akan terus menjadi penawar untuk masalah masalah kommuniti India Malaysia. Beliau secara konsisten telah menghulurkan bantuan dan sokongan kearah memastikan kaum india tidak tertinggal dalam rombakan transformasi negara dan saya ingin mengucapkan terima kasiah kepada beliau dan kerajaan Malaysia atas segala inisiatif mereka untuk menyumbang kepada kecerahan masa depan kaum india di negara ini.

TASKA OKU

Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU, OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran menunjukkan keperihatinan Kerajaan untuk terus membela mereka, saya pasti langkah ini akan membantu memperkasakan mereka.

ATHLET PARALIMPIK NEGARA

Dalama pada masa yang sama - saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapakan syabas kepada athlet Paralimpik Negara Saudara Hasihin Sanawi, Muhammad Ziyad Zolkefli yang berjaya mengharumkan nama negara baru-baru ini, kita juga tidak harus lupa Encik Mariappan Perumal, Siow Lee Chan, Cheok Kon Fatt & Muhamad Khasseri Othman - saya berharap agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ataupun Kementerian Belia & Sukan dapat mengujudkan satu skim khas yang mana athlet-athlet tersebut dapat di beri satu skim pencen seumur hidup.

BANTUAN KEBAJIKAN OKU

Saya juga berharap agar Kementerian akan mempertimbangkan untuk meningkatkan bantuan bulanan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kini mendapat bantuan Kebajikan.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH

Hasrat Kerajaan Mengurangkan Kadar Jenayah amat ketara, segala perancangan Kerajaan saya nampak akan dapat mengurangkan kadar jenayah lebih awal daripada jangka masa yang Di tetapkan; Tambahan perjawatan baru polis, Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal, Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis, Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak semua ini akan membantu mengurangkan kadar jenayah.

Malah, kerajaan juga memberi pengikitirafan kepada Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman juga Di beri keutamaan,  Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan - geran RM10,000 kepada persatuan penduduk, Mempertingkatkan peranan rukun tetangga (KRT), Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif dan Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan, saya berharap lebih banyak lagi Syarikat-Syarikat yang tampil kedepan untuk membantu Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah  - Terima Kasih sekali lagi kepada Kerajaan yang telah memberi penekanan.

KESELAMATAN JALAN RAYA

Dalam aspek keselamatan juga, Saya juga berharap untuk mengurangkan bilangan kemalangan di Jalan Raya, Kementerian yang berkenaan dapat memperkenalkan satu hari khusus - seperti Hari Pemandu Berhemah. Pada Hari ini kita boleh memastikan satu kempen besar-besaran di adakan. 

SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan atas tindakan mereka menambah lagi RM2 billion kepada Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) dan memanjangkan tempoh permohonan skim tersebut selama tiga tahun iaitu sehingga 31 Disember 2015. Setakat ini kira-kira 800 juta telah diluluskan kepada 50 syarikat tempatan. Skim ini mempunyai two pronged effect iaitu menstimulasikan revolusi teknologi hijau di negara kita sementara juga mencipta produk dan servis yang mampu meraut keuntungan ekonomi untuk negara. 

Langkah memperbesarkan peruntukan dana skim ini juga menunjukkan keazaman kerajaan untuk berada di barisan hadapan teknologi hijau yang amat penting untuk pemeliharaan jangka panjang alam sekitar kita.

Saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menelaah dengan lebih mendalam dan juga menggalakan para usahawan untuk mengambil bahagian dalam perdagangan karbon kredit. Perdagangan kredit ini mempunyai banyak potensi untuk negara kita yang ingin mengurangkan emisi karbonya dan juga menjadi sebuah negara yang memberikan kepentingan kepada misi menjaga alam sekitar untuk generasi-generasi yang akan datang. 

Perdagangan karbon kredit ini juga amat penting kepada negara kita kerana kita masih menggunakan cara penjanaan tenaga yang mengeluarkan emisi karbon yang tinngi dan juga Malaysia mempunyai banyak industri yang mengeluarkan karbon yang banyak seperti kilang pemprosesan kelapa sawit dan getah. Perdagangan karbon credit ini adalah suatu peluang yang unik untuk negara kita meraut keuntungan ekonomi dengan menjual kredit karbon kita dan pada masa yang sama menjamin kesucian alam sekitar negara kita. 

Perdagangan karbon kredit ini dipantau oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Secara ringkas jikalau sesebuah negara,perniagaan, pengilang mempunyai kadar karbon yang tinggi misalnya 10 000 tan metric co2 dan mereka mengambil langkah untuk menurunkannya kepada 8000 tan metric co2 melalui applikasi tenaga hijau maka 2000tan metric co2 tersebut yang dikurangkan boleh didagangkan sebagai sebuah komoditi di pasaran antarabangsa. Inilah masanya negara kita mula megambil bahagian dalam activity ekonomi sebegini yang merupakan “activity new economy” yang mempunyai potensi untuk menjadi perniagaan yang besar. 

Menurut Louise Redshaw, ketua pasaran perdagangan kredit Barclays capital “carbon will become the world’s biggest commodity market, and it could become the world’s biggest market overall”. Oleh yang demikian saya ingin memenita pihak kerajaan untuk menggalakkan usahawan dinegara kita untul mencari peluang untuk mempelajari dan mengambil bahagian dengan aktif dalam pasaran ini.

KRISIS PEMANASAN GLOBAL

Saya juga mempunyai beberapa soalan untuk pihak kerajaan mengenai kesedian pihak kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah yang mungkin menimpa negara kita akibat krisis pemanasan global. Ramai saintis bertaraf dunia telah mengeluarkan amaran keras kepada dunia yang krisis Global Warming ini akan membawa malapetaka yang serius kepada dunia. Selain daripada corak cuaca yang tidak menentu serta kemarau dan banjir yang tidak diduga tempohnya dan sumber makanan sedunia juga akan terjejas dengan ketara dan masalah-masalah sosial akan menaik dengan mendadak jika ini berlaku. 

Adakah kerajaan telah membuat kajian terhadap kesahihan dan ketepatan pandangan saintis-saintis ini? 
Adakah kita sebagai sebuah negara bersedia untuk menghadapi krises ini jika ia mengimpak kita. 
Apakah langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang kerajaan akan menambil untuk mengharungi krisis ini?  

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan yang satu suruhanjaya yang terdiri daripada kesemua kementerian yang relevan ditubuhkan untuk menjawab soalan-soalan ini dan meningkatkan tahap kesedian negara kita jikalau krises ini melanda negara kita dengan kuat.

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

Program transformasi luar bandar atau Rural Transformation Centre (RTC) adalah satu program berwawasan yang mampu mengubah cara hidup serta kualiti kehidupan warga luar bandar. Program ini adalah berlandaskan objektif menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan,pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran, pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat pernigaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga. 

Buat masa ini RTC telah dimulakan di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yah Kelantan dan saya ingin meminta pihak Kerajaan untuk memberikan Hulu Selangor peluang untuk menjadi satu lagi kawasan yang dipilih untuk menyertai RTC. Pada pendapat saya Hulu Selangor mempunyai demografik dan geografi yang ideal untuk menjadi pilihan sebagai salah satu RTC dan banyak faedah yang akan diraut oleh rakyat Hulu Selangor sekiranya kawasan mereka terpilih untuk menyertai Program RTP. 

Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya ingin dengan hati yang ikhlas mempelawa kerajaan untuk memilih kami sebagai kawasan pertama di negeri Selangor untuk menyertai RTC dan mengucapkan terima kasih kerana pertimbangan kerajaan dan YAB Perdana Menteri terhadap permintaan rakyat Hulu Selangor.

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kerajaan atas langkah mereka memperuntukan RM4.6 billion untuk pembangunan luar bandar dan masyarakat orang asli. Daripada jumlah ini 1.2 billion ringgit adalah untuk melaksanakan 441 kilometer projek jalan luar bandar. Harapan saya ialah semoga dalam 441 kilometer tersebut, permintaan warga Hulu Selangor untuk menaiktaraf 47 kilometer FT 001 (Rawang ke Tanjung Malim) termasuk sekali. 

Kawasan Hulu Selangor adalah sangat strategik dan pertumbuhan ekonominya sangat bergantung kepda pembinaan jalan-jalan raya. Selain itu saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membina satu hab pengangkutan di Hulu Selangor. Rasional saya untuk membuat permintaan tersebut adalah saiz Hulu Selangor adalah 1724 kilometer persegi dan saiz negeri Melaka adalah 1650 km persegi. 

Untuk menyambungkan segala pelosok kawasan Hulu Selangor memerlukan satu sistem pengangkutan yang moden dan menyeluruh. Selain 3 kilang pembuatan kereta, 2 IPTS yang bakal di ujudkan dan 4 padang golf terdapat juga tenaga kerja dan pelajar yang memerlukan sebuah sistem pengangkutan yang cekap dan effisien. Oleh yang demikan saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan konsep menjadikan Hulu Selangor suatu hab Pengangkutan.

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT

Projek perumahan untuk rakyat merupakan lagi satu program yang mengambil kira aspirasi dan perasaan rakyat khasnya dalam memiliki rumah mereka sendiri. Kenaikkan had pendapatan individu dari RM3000 ribu ke RM5000 akan membolehkan lebih ramai individu menjadi layak untuk mengambil bahagian dalam Skim Rumah Pertamaku dan langkah mulia ini pasti membawa kebahagian kepada mereka-mereka yang bermimpi untuk membeli kediamaan sendiri. 

Projek yang dikelolakan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) juga adalah cara kerajaan dapat membantu golongan pertengahan dan bawah pertengahan untuk mempunyai rumah mereka sendiri. Kira-kira 40 000 individu akan mendapat faedah daripada program ini. Walaupaun program ini sangat wajar dan berinspirasi akan tetapi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khasnya kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan untuk memastikan yang prasarana lain yang penting untuk pemilik rumah juga patut diselengarakan supaya mereka tidak saja membeli rumah tetapi mendapat kemudahan yang sepatutnya. 

TAPAK PENGKEBUMIAN

Sebagai contoh terdapat orang yang terpaksa mengambil perjalanan lebih 50km -100km hanya untuk menjalankan istiadat pengebumian untuk keluarga mereka. Saya cadangkan kepada pihak kerjaan supaya modal baru diteliti dan prasarana pengebumian dan tanah untuk perkuburan dimulakan berdasarkan jumlah populasi sesebuah kawasan. Demografik seperti agama adalah kriteria yang paling penting supaya tidak ada penganut yang terpaksa mengambil perjalanan yang terlalu jauh pada masa yang penuh kesedihan. Saya juga mencadangkan modal ini digunakan untuk semua kawasan perumahan yang sedia ada sekarang dan juga yang bakal dimulakan.

PESARA TENTERA TIDAK BERPENCEN

Keputusan Kerajaan untuk memberi bantuan tunai one-off sebanyak RM1,000 kepada Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun) yang akan memberi manfaat 224 ribu bekas tentera mengesahkan bahawa Kerajaan mendengar rintihan persara-persara tentera ini yang telah lama memohon bantuan ini, bagi pihak rakan-rakan saya peserta-peserta tentera yang tidak berpencen - saya ucapkan ribuan terima Kasih.

GRADUAN-GRADUAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

Saya juga berharap agar Kerajaan akan membantu graduan-graduan Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) supaya mereka dapat di tempatkan sebagai guru-guru kerana saya di maklumkan bahawa ada graduan-graduan yang masih belum menerima penempatan mereka.

PENUTUP

Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri serta kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan Bajet 2013 yang berwibawa ini. 

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menekankan bahawa hanya membuat janji manis yang tidak ditepati dan kritikan sinis yang tidak berasas tidak boleh membawa kepimpinan yang makmur. 

Apabila harga gula dinaikkan dikatakan kerajaan  membebankan rakyat. 

Jikalau BRIM diberikan ini adalah Bajet Pilihanraya. 

Jika bantuan dan pertolongan dihulurkan kerajaan hanya ingin membeli sokongan.

Tetapi, apabila mereka beri air percuma ianya hanya untuk kebaikkan rakyat. 

Saya pasti yang helah dan lelah politik pihak pembangkang tidak lagi memperdayakan rakyat umum dan yang pastinya kerajaan yang membentangkan bajet 5 tahun akan datang adalah terdiri dari adalah terdiri dari golongan yang  MENEPATI JANJI.

Akhir kata, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan Bahasa Tamil 'Yellam Pugalum Iraivannakey' maksudnya segala puji-pujian kepada Tuhan yang telah memberikan sebuah Kerajaan yang stabil. 

Saya menyokong penuh Belanjawan yang di bentangkan YAB Perdana Menteri.