Monday, June 27, 2011

SOALAN YB BUKIT GANTANG TERHADAP VIDEO LUCAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

SOALAN LISAN DARIPADA YB DATO' SERI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN [BUKIT GANTANG]

Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah bentuk standard siasatan yang diguna pakai dalam isu penyebaran video lucah melibatkan Presiden MCA dan Dato' Seri Anwar Ibrahim

JAWAPAN MENTERI DALAM NEGERI

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, standard siasatan yang digunapakai di dalam kes penyebaran video lucah yang melibatkan Presiden MCA dan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah sama dengan siasatan kes-kes lain sebagaiamana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan undang-undang yang berkaitan dan tiada imuniti akan diberikan kepada mereka.

Pihak Polis perlu mengumpul keterangan yang kukuh sebelum pihak pendakwaraya menjalankan agar pembuktian dapat dibuktikan ke tahap "tanpa keraguan munasabah". (beyond reasonable doubt).

PENDAPAT SAYA MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG INSTITUT SUKAN NEGARA 2011

Terima Kasih Tuan Yang Di Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Institut Sukan Negara 2011.

Saya akan memberi perhatian kepada Bahagian 4 dalam Rang Undang-Undang ini yang berkaitan dengan Perkhidmatan Dalam Sains Sukan & Perubatan Sukan.

Institut Sukan Negara merupakan satu badan yang akan menguruskan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet. ISN juga di tanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan.

Berdasarkan kepada rang undang-undang ini, Institut Sukan Negara akan mengunakan sejumlah besar kakitangan yang bekerja dalam bidang sains sukan & perubatan sukan. Seksyen sains sukan & perubatan sukan yang sedia ada harus diubah dan dijadikan sebagai Institut Sukan Latihan perdana Malaysia.

Keputusan Atlit cemerlang, digabungkan dengan jurulatih yang mahir, kemudahan bertaraf dunia dan canggih dalam perkhidmatan sains sukan & perubatan sukan akan memberi reputasi kepada Malaysia sebagai modal amalan terbaik bagi pembangunan atlit berprestasi tinggi.

ISN dianjurkan melalui kumpulan-kumpulan berikut;

PERKHIDMATAN KLINIKAL

Perubatan, Terapi fizikal, Kekuatan dan conditioning & Psikologi

SAINS SUKAN

Pemakanan, Sains pergerakan, Fisiologi (menggabungkan fatigue dan pemulihan)

Disiplin pergerakan sains Institut Sains Negara adalah untuk membangunkan satu pendekatan bersepadu untuk pemerhatian dan analisis prestasi latihan dan pertandingan persekitaran.

Pendekatan ini diambil dari kedistinktifan dari pandangan biomekanik berdisiplin dan metodologi baru muncul dan pandangan teori yang ditawarkan oleh analisis prestasi dan pemerolehan kemahiran.

Kumpulan-kumpulan ini boleh bekerjasama dengan jurulatih MSN dalam pelbagai projek-projek yang termasuk Olimpik musim panas dan sukan Paralimpik, pembangunan sukan dan program untuk atlet-atlet muda dalam sukan profesional

Biomekanik merupakan kajian kuasa dan kesan daya pada dan dalam badan manusia. Apabila daya dikenakan kepada badan, biomekanik boleh menganalisa dan mentafsir kesannya terhadap badan.

Biomechanists Institut Sukan Negara harus melibatkan diri dalam pemerhatian, pengukuran, dan analisis prestasi latihan dan pertandingan dan boleh menggunakan kepakaran mereka untuk menyokong pembangunan atlet.

Unit Prestasi Analasis harus memberi fokus kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi oleh jurulatih untuk membangunkan prestasi atlet dalam latihan dan pertandingan persekitaran. Salah satu ciri-ciri utama analisis prestasi adalah integrasi dari pandangan berdisiplin dalam pembelajaran dan prestasi.

Mereka yang berminat dalam membangunkan aplikasi analisis prestasi dalam latihan dan pertandingan persekitaran berkongsi ciri-ciri berikut;

1. Membuat suatu rekod yang kekal prestasinya,
2. Rekod dan kemudian menganalisis aspek prestasi yang dipilih.
3. Memberi maklumat kuantitatif dan kualitatif.

Saya ingin mencadangkan agar Institut Sukan Negara boleh juga memperkenalkan
Athlete and Career Education (ACE) = Atlet dan Kerjaya Pendidikan.

Institut Sukan Negara boleh berbangga sekiranya mereka boleh menyediakan atlet untuk kehidupan selepas mereka bersara dalam bidang sukan. Program Athlete and Career Education ini akan memastikan atlet elit kita dilengkapi dengan kemahiran yang akan memberi manfaat kepada mereka. Institut Sukan Negara boleh menjemput atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara satu masa dahulu untuk memberi ucapan semasa majlis makan malam ataupun program-program promosi sukan ataupun apa jua acara yang dapat melibatkan kemahiran mereka. Penasihat-penasihat ACE boleh mengaturkan bagi mereka untuk menerima latihan dalam pengucapan awam, persembahan media, perancangan kerjaya dan pengurusan masa.

Diantara Institusi yang mempunyai kemahiran dalam aspek ini yang mungkin dapat menjadi point of reference kepada Institusi Sukan Negara ialah;

1. Australian Institutes of Sports
2. University of Bath (UK) - Pusat latihan Malaysia menjelang Olimpik 2012.
3. University of Leipzig, Germany

Kesimpulannya,

Kejayaan atlet Malaysia mewarnai pentas dunia dengan bantuan jurulatih mahir, kemudahan fasiliti bertaraf dunia, program sains sukan dan sains perubatan yang tersohor tentunya akan meletakkan Institut Sukan Negara antara nama besar sebagai model yang telah berjaya membangunkan sukan prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

Jurulatih elite dan atlet Malaysia bukan sahaja mempunyai fasiliti bertaraf dunia dalam genggaman mereka tetapi ruang dan peluang untuk menyertai program-program khas yang telah diaturkan dan sumber luas daripada KBS turut disediakan untuk mereka.

Selian daripada latihan, makanan, rehat, belajar dan bekerja atlet menggunakan sains sukan / sains perubatan di ISN untuk mendapatkan khidmat psikologi sukan, dietetik, ‘sports massage’ atau menyertai ujian di makmal biomekanik. Persahabatan yang sedia terjalin antara atlet dan staf sokongan di ISN tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yangremeh dalam dunia sukan kerana ia mencerminkan satu ikatan yang jitu bagi individu dan moral pasukan.

Disebalik kejayaan setiap atlet elit juga ada seorang jurulatih, ketua jurulatih hingga kepada pembantu jurulatih dan jurulatih sambilan yang mempunyai ikatan dan kesatuan yang jitu ke arah matlamat bagi membantu atlet merealisasikan potensi dan bakat mereka. Jika ditanya kepada mana-mana pengurus sukan, mereka akan menyatakan bahawa sukan elit semestinya dipimpin oleh seorang jurulatih yang berkaliber. Kewujudan ISN adalah satu manifestasi dan wadah untuk melahirkan atlet-atlet Malaysia bertaraf dunia yang sentiasa mengisi dan bakal mewarnai pentas sukan dunia

Friday, June 24, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - TANGGUNGJAWAB DI DEWAN RAKYAT


Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya telah menghadiri semua sidang Parlimen. Saya hanya tidak dapat hadir sidang Parlimen satu hari kerana menghadiri upacara pengebumian mendiang Yang Berhormat Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober 2010.

Saya juga diberi peluang untuk memberi ucapan perbahasan di Parlimen. Berikut adalah maklumat mengenai ucapan perbahasan tersebut :-

17hb Jun 2010

Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia ke-10

18hb Oktober 2010

Ucapan Perbahasan Pembentangan Belanjawan 2010

8hb Mac 2011

Diberi peluang untuk menyokong titah ucapan Yang DiPertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen ke-12.


Sebagai Ahli Parlimen saya telah mengemukakan beberapa soalan mengenai kawasan Hulu Selangor dan juga Nasional. Berikut adalah soalan-soalan Parlimen saya pada tahun 2010 dan 2011 :-

Tahun 2010


Soalan

10 Jun 2010 Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Lisan

Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi liputan telefon bimbit yang menghampakan di kawasan Hulu Selangor dalam masa yang terdekat.

8 Jun 2010 Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Lisan

A) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah prasarana kemudahan air untuk penghuni-penghuni estet


B) Bolehkah Kerajaan menggubal satu polisi untuk mewajibkan pemilik estet bertanggungjawab untuk menjamin kemudahan-kemudahan bekalan elektrik dan air kepada penghuni-penghuni estet.

9 Jun 2010 Menteri Belia Dan Sukan

Lisan

A) Program-program yang telah dianjurkan di Hulu Selangor sehingga bulan April 2010


B ) Apakah program-program latihan serta aktiviti yang bakal dilangsungkan untuk memanfaatkan belia-belia di Hulu Selangor sehingga akhir tahun 2010.

22 Jun 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

Sama ada selain daripada sumbangan lebih daripada RM100 juta untuk memantapkan infrastruktur sekolah-sekolah Tamil di Malaysia, adakah bantuan tambahan akan disalurkan kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar sekolah Tamil mendapat pendidikan yang berkualiti dan sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

8 Julai 2010 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Lisan

Langkah-langkah yang diambil untuk menyingkatkan tempoh pemprosesan untuk bantuan kebajikan supaya bantuan sewajarnya boleh disampaikan kepada orang yang memerlukan secepat mungkin.

28 Jun 2010 Menteri Pertanian Dan Asas Tani

Lisan

Sama ada Kementerian boleh memulakan satu rancangan Penerokaan 1Malaysia untuk mengambil kesempatan tanah yang luas di Hulu Selangor dan menggalakkan lagi usaha petani untuk menaikkan taraf ekonomi mereka dan sehaluan dengan dasar ekonomi negara yang mementingkan pembangunan bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan.

6 Julai 2010 Menteri Pengajian Tinggi

Lisan

Tindakan-tindakan yang diambil untuk meningkatkan daya saing dan kekurangan sikap inovatif di kalangan mahasiswa:-

1 Julai 2010 Menteri Pengangkutan

Lisan

Apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah prasarana kemudahan pengangkutan awam di Hulu Selangor:-

5 Julai 2010 Menteri Kesihatan

Lisan

Mengenai perancangan untuk membina hospital Daerah di kawasan Hulu Selangor

30 Jun 2010 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Sama ada Kementerian boleh membaik-pulih projek-projek perumahan yang terbelengkalai dan terbiar di kawasan Bukit Beruntung supaya ianya boleh digunakan semula untuk menubuhkan institusi latihan vokasional yang boleh dimanfaatkan oleh belia-belia di Hulu Selangor. Sekiranya ia berlaku maka Bukit Beruntung akan menjadi bukit yang membawa untung.


Menteri Kewangan

Bertulis

Pengumuman baru-baru ini oleh Y.A.B Perdana Menteri bahawa suku pertama tahun ini Malaysia telah merekodkan kadar pertumbuhan ekonomi 10%, apakah industri-industri dan bidang perniagaan yang telah memangkinkan pertumbuhan tersebut dan adakah pertumbuhan tersebut boleh dklasifikasikan mengikut kedudukan geografi atau negeri.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, berapakah jumlah graduan India yang telah menamatkan pelajaran di IPTA negara kita untuk semua kursus yang sedia ada


B) Daripada jumlah yang menamatkan pengajian mereka berapakah peratus graduan India dalam semua kursus yang mereka ikuti berbanding keseluruhan yang mengambil kursus-kursus tersebut pada tempoh yang sama dan berapa peratus pelajar India yang berjaya masuk ke universiti tetapi tidak menamatkan pelajaran di menara gading.



Menteri Kewangan

Bertulis

A) Memandangkan Kerajaan Malaysia pada akhir tahun 2009 mempunyai hutang bersaman RM362.4 billion atau 53.7% dari KDNK, adakah Kerajaan mampu menangani hutang yang terlalu besar ini


B) Apakah langkah fizikal dan monetari yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan hutang tersebut tidak menjadi parah dan menjejaskan kekukuhan kesihatan ekonomi negara pada jangka masa panjang sama seperti yang terjadi masa kini di Greece dan Eropah.



Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Bertulis

Semenjak tahun 2008 berapakah jumlah kontrak yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia daripada Kerajaan India khasnya dalam projek-projek pembangunan infrastruktur dan pembinaan lebuh raya memandangkan projek-projek yang bernilai berbillion ringgit Malaysia yang wujud di negara India dalam usaha negara tersebut untuk menaikkan taraf dan kualiti lebuhraya mereka.




1 November 2010 Menteri Kerja Raya

Lisan

Jalan Persekutuan yang menghubungkan bandar Rawang ke Serendah melalui jalan Sungai Chu sering mengalami kesesakkan lalulintas yang serik. Kesesakkan ini menjadi lebih buruk khasnya pada ‘peak hour’. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk meringankan dan melicinkan kesesakan tersebut.

12 Oktober 2010 Menteri Kerja Raya

Lisan

Bilakah projek pembinaan ‘Interchange’ atau persimpangan Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungi kawasan Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor akan bermula.

9 Disember 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

A) Apakah perancangan pihak kementerian untuk membina sekolah di kawasan Hulu Selangor
B) Sekolah jenis apakah yang akan dibina dan bilakah projek ini akan bermula.

15 Disember 2010 Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Lisan

Terdapat banyak projek perumahan yang terbengkalai ataupun terbiar di kawasan Hulu Selangor, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Suruhanjaya Perumahan Negara (SPN) untuk membaik pulih kawasan-kawasan perumahan ini untuk didiami dan dijual.

8 November 2010 Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Lisan

Terdapat banyak kawasan perumahan yang tidak dapat menikmati prasarana lampu jalanraya kerana Pihak Berkuasa Tempatan belum menyelesaikan hutang mereka kepada pihak Tenaga Nasional Berhad. Berapakah jumlah bil elektrik yang belum diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan hutang ini diselesaikan.

20 Oktober 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

Masih terdapat beberapa sekolah-sekolah di negara kita yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air, bekalan elektrik, tandas yang baik dan bilik darjah yang sempurna. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasai masalah kekurangan prasarana-prasarana ini.

9 November 2010 Menteri Pengajian Tinggi

Lisan

Universiti Malaya merupakan antara institusi pengajian tinggi yang terunggul di negara kita. Namun demikian kedudukan university tersebut telah merosot sehingga tidak lagi diiktiraf sebagai antara 200 universiti terbaik dunia. Apakah punca kemerosotan ini dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengembalikan status keunggulan Universiti Malaya.

13 Disember 2010 Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Lisan

Terdapat 16 perkampungan orang asli di kawasan parlimen Hulu Selangor namun hanya satu daripada perkampungan ini telah mendapat status tanah rezab untuk perkampungan mereka. Apakah langlah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk menambahkan bilangan perkampungan orang asli yang diberi pengiktirafan tanah rezab untuk tanah perkampungan mereka.

8 Disember 2010 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Lisan

Buat masa ini duit kebajikan minima yang dihulurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah RM50 dan RM80. Memandangkan kos kehidupan seharian yang kian meningkat mampukah pihak kementerian meningkatkan had minima ini ke sekurang-kurangnya RM 120/150 sebulan.

23 November 2010 Perdana Menteri

Lisan

A) Jumlah rumah ibadat (Bukan Islam) yang berdaftar di Malaysia;


B) Jumlah peruntukkan yang telah diberi kepada rumah-rumah ibadat tersebut sejak tahun 2000 hingga sekarang dan jumlah peruntukan yang akan diagihkan untuk membantu rumah-rumah ibadat tersebut dalam jangka masa 5 tahun akan datang.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Mengapakah IPTA di negara ini hanya berjaya mengeluarkan senarai 2.79% dan 2.81% pada tahun 2008 dan 2009 masing-masingnya para fraduan Kaum India seperti statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian walaupun masyarakat India merupakan 8% dari penduduk Malaysia


B) Langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan jurang graduan masyarakat India berbanding populasinya.



Menteri Pelajaran

Bertulis

A) Adakah Kementerian bercadang melantik seorang pakar daerah di negara ini bagi memantau kualiti makanan di kantin sekolah supaya makanan yang dimakan oleh pelajar-pelajar akan menyihatkankanak-kanak dan mencergaskan minda


B) Apakah tindakan Kementerian jika makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah tidak berkualiti dan seimbang.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Apakah Kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap IPTS-IPTS yang telah memperdayakan para pelajar bahawa kursus pengajian diploma serta sijil yang ditawarkan mereka adalah diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


B) Adakah Kementerian akan memantau IPTS-IPTS yang mengiklankan program pengajian diploma serta sijil yang palsu.



Menteri Pelajaran

Bertulis

A) Berapakah jumlah peruntukan dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAM) yang disalurkan kepada pelajar-pelajar sekolah Tamil dan bilangan pelajar Tamil yang menerima bantuan tersebut

B) Berapakah pelajar daripada sekolah-sekolah Tamil yang menerima Skim bantuan tuisyen.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Bertulis

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mencapai matlamat sistem pencapaiannya supaya tempoh menunggu bagi bantuan kebajikan akan dipercepatkan dari 8 minggu kepada 1 minggu menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Kementerian pada 8 Julai 2010 contohnya pemohon bantuan kebajikan Hulu Selangor masih belum diluluskan permohonannya sejak April 2010.





Tahun 2011



4 Apri 2011- Perdana Menteri

Lisan

Apakah langkah-langkah yang telah dan akan di ambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memastikan bahawa Dasar Ekonomi Baru merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang dan juga profesion masing-masing.

29 Mac 2011 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Lisan

Berapa peratusan meter pukal yang di tukar kepada meter individu sepanjang tahun 2010 oleh SYABAS di negeri Selangor bagi membolehkan rakyat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri? Maklumat pecahan berdasarkan kepada setiap kawasan Parlimen.

6 April 2011 Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Lisan

Keluasan perusahaan perladangan di kawasan Hulu Selangor? Siapakah pemilik-pemilik ladang tersebut? dan, apakah kemudahan asas yang di sediakan oleh pemilik-pemilik tersebut untuk memastikan pekerja-pekerja ladang menikmati kehidupan yang selesa.

28 Mac 2011 Menteri Pengangkutan

Lisan

Telah terbukti bahawa dengan adanya laluan khas untuk penunggang motosikal di lebuhraya Persekutuan jumlah kemalangan dapat di kurangkan. Ingin meminta Menteri Pengangkutan sama ada merancang untuk mengujudkan laluan khas untuk penunggang motosikal di jalanraya yang padat pengunaanya? Sekiranya Ya, lebuhraya yang mana di rancang, dan, sekiranya Tidak, apakah perancangan Kementerian

15 Mac 2011 Menteri Pelajaran

Lisan

Telah mengambil langkah kanan untuk mencari penyelesaian yang munasabah terhadap novel sastera 'Interlok'. Apakah tindakan yang di rancang oleh Kementerian supaya masaalah seumpama ini dapat di kurangkan atau tidak ujud sama sekali pada masa yang akan datang

7 April 2011 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Lisan

Selama 40 tahun paip-paip saluran air tidak di baharui dan ini menyebabkan tekanan air yang begitu rendah, ada masa pula, di kawasan yang tanah tinggi bekalan air tidak sampai langsung. Apakah perancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

23 Mac 2011 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia.Setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini? Berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

30 Mac 2011 Menteri Kesihatan

Lisan

Dalam RMK-10, Kementerian telah meluluskan pembinaan satu hospital KK 3 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, bilakah projek ini akan bermula. Adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di kawasan Batang Kali dimana kawasan tersebut mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

24 Mac 2011 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Dalam proses pengambilan pekerja asing yang mempunyai kepakaran bekerja di negara kita, adakah pekerja tempatan kita di pinggirkan? Bagaimana Kementerian dapat memastikan supaya pekerja tempatan di beri keutamaan.

5 April 2011 Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Lisan

Ingin meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri status perlaksanaan industri kereta hybrid yang akan di ujudkan di Bukit Tagar? Selain daripada industri tersebut, adakah perancangan untuk membawa masuk pelabur asing untuk mengujudkan industri yang lain di kawasan Hulu Selangor.



Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Bertulis

Minta Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk menyatakan jumlah Lap-Top 1Malaysia yang telah diagihkan berdasarkan kepada kawasan Parlimen dengan pecahan berdasarkan kaum? Apakah masaalah yang di alami dalam proses pemberian Lap-Top 1Malaysia ini.



Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Bertulis

Minta Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk menyenaraikan projek-projek perumahan yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kementerian untuk menghidupkan semula projek-projek tersebut.



Menteri Kerja Raya

Bertulis

Bahawa Daerah Hulu Selangor mempunyai masalah kerosakan bangunan yang kritikal, ianya disebabkan kerana projek terbiar atau terbengkalai. Pada tahun 2007, YB Mantan Menteri ada menyatakan bahawa satu akta Juruukur Bangunan akan di laksanakan - apakah status akta tersebut.



Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Bertulis

Minta Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan setakat ini berapa Pihak Berkuasa Tempatan mengunakan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tagar dan apakah insentif yang diberi kepada PBT berkenaaan. Berapa PBT yang masih belum mengunakan tapak tersebut dan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kementerian untuk memastikan PBT mengunakan tapak tersebut.



Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Bertulis

Minta Menteri apakah rancangan yang telah disediakan/dirancang untuk memastikan para usahawan terus mendapat galakan dan sokongan, selain dari bantuan kewangan yang disediakan. Apakah kadar kejayaan dan keuntungan para usahawan yang menerima bantuan kewangan? Apakah bentuk program khidmat nasihat yang disediakan untuk syarikat/individu yang gagal.

Thursday, June 23, 2011

MY SKILLS CARNIVAL 2011

Karnival My Skills merupakan suatu usaha oleh Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri bersama-sama MIC (Wanita, Pemuda, Puteri & Putera) dengan kerjasama Kelab Bell Belia Tamil, Majlis Belia Hindu Malaysia dan Majlis Belia India Malaysia untuk membantu membimbing serta menempatkan belia India yang ingin mengikuti latihan kemahiran di bawah tajaan kerajaan. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar iaitu lebih kurang 8,000 orang pelajar India yang menduduki SPM mendapat keputusan tidak memuaskan setiap tahun. Lebih mengejutkan lagi, kebanyakan pelajar-pelajar ini didapati tidak menyambung pelajaran/latihan kemahiran mereka sama ada di institusi kemahiran di bawah kerajaan mahupun swasta. Oleh itu, usaha ini berfokus untuk mempromosi kepentingan latihan kemahiran, sekaligus menjejaki pelajar-pelajar yang 'tercicir' ini dan menawarkan kursus latihan kemahiran bagi memastikan masa deepen mereka lebih terjamin.

Karnival My Skills 2011 berhasrat untuk menempatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang pelajar India di Institusi-Institusi latihan kemahiran di bawah kerajaan. Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan 5,000 keluarga.

KURSUS YANG DI TAWARKAN

CIDB (Construction Industrial Development Board)
Kelayakan Minima: 17 hingga 35 tahun

IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara)
Kelayakan Minima: 18 hingga 30 tahun

NATC (National Agriculture Training Centre)
Kelayakan Minima: Tidak melebihi 25 tahun

SKIM PERANTISAN PSMB
Kelayakan Minima: 16 hingga 25 tahun

ILP (Institut Latihan Perindustrian)
Kelayakan Minima: 17 hingga 30 tahun

SLDN (Skim Latihan Dual Nasional)
Kelayakan Minima: 16 hingga 35 tahun

Untuk maklumat lanjut anda boleh sertai kempen MY SKILLS di lokasi-lokasi berikut dari pukul 10 pagi hingga 6 petang;

25hb June 2011 - Mydin Hypermarket, Malacca

3hb July 2011 - Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

9hb July 2011 - Wisma MIC, Seremban, Negeri Sembilan

15hb July 2011 - Dewan Kuil Mariamman, Buntong, Perak

16hb July 2011 - Dewan MPB Bentong, Pahang

23hb July 2011 - Dewan Serbaguna Skudai, Johor

24hb July 2011 - SJKT Saraswathy Sg. Petani, Kedah

6hb August 2011 - Dewan Hj. Ahmad Badawi, Bagan Dalam, Penang

Sekretariat MY SKILLS CARNIVAL

Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 9, Block D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Tel.: 03-8871 1280
Fax.: 03-8890 5204

Wednesday, June 22, 2011

PUSAT PEMULIHAN ALKOHOLIK

P Kamalanathan a/l P Panchanathan (Hulu Selangor) minta Menteri Pembangungan Wanita, Keluarga & Masyarakat menyatakan adakah perancangan untuk mewujudkan 'Pusat Pemulihan Alkoholik' sama seperti 'Pusat Pemulihan Dadah' untuk membantu mangsa-mangsa alkoholik melepaskan tabiat buruk ini yang membawa pelbagai masalah sosial sekiranya tidak dibendung.

JAWAPAN

Pihak Kementerian menyambut baik akan cadangan Ahli yang Berhormat untuk mewujudkan pusat pemulihan alkoholik bagi membantu individu yang menghadapi masalah ketagihan alkohol.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 'Alcoholic Anonymous' (AA) iaitu satu badan sukarelawan telah pun membuka 5 buah pusat pemulihan Alkoholik iaitu di;

1) Kuala Lumpur (Tamil Methodist Church, Brickfields dan St. Johns, Bukit Nenas);
2) Pulau Pinang (St. Josephs Orphanage);
3) Johor Bahru (Hospital Permai);
4) Sarawak (Rumah Kenyalang, Miri); dan
5) Ipoh (YMCA)

Program oleh AA ini dijalankan oleh sekumpulan individu yang telah berjaya keluar daripada masalah ketagihan alkohol. Sehubungan itu, buat masa ini KPWKM belum bercadang untuk membuka pusat pemulihan alkoholik

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat melalui agensi di bawahnya menjalankan pelbagai program dan aktiviti pembangunan sosial untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat ke arah membina masyarakat Malaysia yang kukuh dengan nilai-nilai yang murni.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) misalnya telah melaksanakan program Cakna Diri dan Permata Kasih khusus untuk golongan remaja memperkukuhkan jati diri dalam menghadapi cabaran hidup masa kini.

Kementerian juga telah melancarkan Modul Kesejahteraan Hidup untuk golongan muda yang berumur 13 hingga 24 tahun. Modul ini bertujuan untuk membentuk golongan remaja dan keluarga yang sihat dan sejahtera demi mendukung hasrat menyertai kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan menghindari gejala sosial tidak baik seperti mengambil minuman alkohol, mengamalkan budaya seks bebas, lepak, vandalisme dan seumpamanya.

Selain LPPKN, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menjalankan berbagai program demi kepentingan masyarakat dan rakyat seluruhnya. Semua program dan aktiviti yang dirancang adalah menjurus kepada usaha-usaha untuk mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan menjauhi kegiatan serta amalan negatif.

Saya berharap Yang Berhormat dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain juga dapat membantu menyampaikan hasrat ikhlas Kerajaan kepada semua rakyat di kawasan masing-masing dalam menangani masalah sosial yang semakin mencabar serta turut melibatkan semua pihak terutama NGO, pemimpin tempatan, ketua-ketua masyarakat, badan-badan korporat dan orang-perseorangan.

Saya percaya dengan tindakan bersepadu antara Kerajaan dan masyarakat, kita tidak perlu mengadakan pusat-pusat pemulihan alkoholik seperti ini kerana gejala negatif seperti itu boleh dibenteras lebih awal lagi.

Monday, June 20, 2011

UCAPAN SAYA DI MAJLIS PECAH TANAH PLUS INTERCHANGE, SUNGAI BUAYA 'GANJARAN SYURGA KEPADA MEREKA YANG TAAT & NERAKA UNTUK MEREKA YANG DERHAKA'



Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam 1Malaysia


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada barisan penduduk Hulu Selangor khususnya yang tinggal di Bandar Sungai Buaya, Felda Sungai Buaya, Kampung Koskan, Sungai Choh dan kawasan berhampiran kerana bersama dengan kerajaan memberikan sokongan , dokongan dan kerjasama bagi merealisasikan Persimpangan Bertingkat Susur Keluar Lebuhraya Utara Selatan (interchange) PLUS di sini pada hari ini, 19 Jun 2011.

Kita perlu perlu sedar inilah perjuangan yang diterapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi bagi menjaga kebajikan rakyat yang juga sedia mendengar denyut nadi rakyat. Lantaran perjuangan lebih 13 tahun penduduk mendapatkan sebuah persimpangan susur keluar PLUS ini telah pun melalui pelbagai fasa yang cukup mencabar yang kini menjadi kebangaan semua.

Untuk tujuan ini, saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada para pejuang dari kalangan pimpinan tertinggi dalam parti komponen BN bermula dari Tan Sri Hj Muhammad Bin Mohb Taib, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Hj Zainal Abidin Hj Sakom, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Hj Muhammad Idris B Abu Bakar , Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor merangkap ADUN Hulu Bernam dan Setiausaha BN Negeri Selangor, Dato' Seri S Samy Vellu, bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato Mohd Isa Abu Kasim, ADUN Batang Kali dan semua Ketua UMNO, Ketua MIC, MCA, PPP, Gerakan tempatan yang bertungkus lumus berganding bahu menjayakan projek bernilai RM80 JUTA dibina Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini.

Tidak ketingggalan kita tidak boleh melupakan jasa dan titik peluh Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya yang diketuai oleh Dato Ruslee Hj Hashim yang menjadi tenaga utama penggerak usaha ke arah pembinaan persimpangan bertingkat ini hingga ke tahap yang membanggakan penduduk. Tanpa perjuangan badan bukan kerajaan (NGO) akti seperti ini pastinya sukar kerajaan BN membantu rakyat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sudah pasti usaha ditabur lebih 10 tahun dengan membuat pendedahan di media masa elektronik dan media cetak, sukar untuk masalah ini hendak diselesaikan.

Sementara itu, barisan pimpinan tempatan terdiri Ketua UMNO beberapa cawangan di Bandar Sungai Buaya dan Kampung Sungai Buaya serta JKKP Kampung Sungai Buaya turut memainkan peranan cukup penting menjayakan usaha kerajaan BN ini bagi kemudahan rakyat di Hulu Selangor.

Saya optimis rakyat akan sedar bahawa , inilah dasar kerajaan BN yang tetap membela rakyat dalam semua keadaan. Nescaya satu lagi projek yang menjadi janji Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor tahun lalu dapat direalisasikan. Saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih rakyat Hulu Selangor adalah penyambung wadah perjuangan bersama yang tetap mengamalkan prinsip 1Malaysia.

Bersamalah kita berdoa dan terus memberikan kepercayaan padu kepada pihak berwajib khususnya LLM dan PLUS agar memantau projek ini secara berterusan bagi memastikan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kita perlu bersabar dan terus menghulurkan kepercayaan jitu kepada pihak berkenaan menyelesaikan tugasan mereka.

Bagi pihak rakyat Hulu Selangor , saya juga merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak yang membantu meluluskan projek mega di sini.

Seterusnya tidak ketinggalan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang tidak putus putus membantu kita membawa cadangan pembinaan interchange ini ke mesyuarat Kabinet beberapa kali sehingga selesai. Tanpa usaha YB Menteri kita tidak dapat hasil yang diharapkan ini.

Saya percaya , hasrat kita untuk ‘mengantarabangsakan’ Hulu Selangor pasti menjadi realiti dalam tempoh masa terdekat apabila ramai pelancong tempatan dan luar dapat memanfaatkan projek lebuhraya ini. Laluan ini dapat memendekkan masa perjalanan dengan jarak lebih dekat untuk ke Kuala Lumpur dan Utara tanah air.

Dalam perkembangan sama, penduduk tempatan juga mendapat peluang lebih baik dari segi nilai hartanah, peluang ekonomi , pekerjaan dan industri hiliran lain setelah persimpangan lebuh raya ini disiapkan sepenuhnya. Kita perlu bangga menjadi rakyat Hulu Selangor yang juga dikenali seluruh negara dan dunia amnya.

Saya menyeru kepada semua agar teruskan bersama member kerjasama dalam semua perkara agar kita dapat membangunkan daerah Hulu Selangor ke tahap terbaik. Permuafakatan yang dijalin bersama ini pemangkin kejayaan yang diharapkan itu. Hanya suara dan pandangan terbuka yang positif dilahirkan membantu kerajaan Pusat merealisasikan pembangunan infrastruktur rakyat secara berterusan.

Akhir kata, bersama-samalah kita hayati dan renung renungkan kata-kata dan ungkapan ilmuan dan cerdik pandai bahawa “ Ganjaran syurga itu hanyalah kepada mereka yang taat Manakala neraka untuk mereka yang menderhaka’ Dalam konteks ini, jelas terbukti ketaatan penduduk Bandar Sungai Buaya dan Kampung Sungai Buaya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini memberikan ganjaran yang terbaik. Sebaliknya mereka yang sering menabur fitnah dan membuat pelbagai hasutan bakal menerima kesan yang tidak baik.

Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

Sekian, terima kasih.

Friday, June 17, 2011

TENAGA NASIONAL BERHAD AKAN MENGADAKAN "OPERASI PEMOTONGAN MEGA" DI HULU SELANGOR

Saya dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad akan mengadakan "Operasi Pemotongan Mega" secara berterusan bagi akaun-akaun yang tertunggak pengguna TNB di kawasan-kawasan seperti berikut;

Serendah

Batang Kali

Kalumpang

Lembah Beringin

Kuala Kubu Bharu

Sungai Buaya, dan

Bukit Beruntung

"Operasi Pemotongan Mega" ini akan bermula pada 18hb Jun 2011.

Sepanjang operasi ini dijalankan kaunter pembayaran akan dibuka dari pukul 8:15 pagi hingga 10:00 malam termasuk hari Sabtu & Ahad.

Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi En. Zaidi Abdul Kadir atau Encik Mohd. Fauzi Mohd. Hassan di talian 03-6091 0576 atau 03-6091 5645.

Wednesday, June 15, 2011

JAMBATAN SG. BATANG KALI DI JANGKA DI PERBAIKI DALAM TEMPOH SEPARUH KEDUA RMKe-10

Ahli Parlimen Hulu Selangor minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah perancangan dalam RMKe-10 untuk melebarkan jambatan Batang Kali di Laluan Persekutuan 1 (FT001) yang sempit dan sering menyebabkan berlakunya kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan dan berapakah anggaran kos kerja pelebaran tersebut.

Jawapan YB Menteri Kerja Raya;

Cadangan untuk menggantikan jambatan di atas Sg. Batang Kali di Jalan Persekutuan 1 Hulu Selangor sememangnya merupakan antara projek yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah Program Penggantian Jambatan-Jambatan Usang di seluruh negara dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10. Anggaran kos bagi projek penggantian jambatan ini ialah sebanyak RM6 juta, termasuk melebarkan jalan tuju dan susur keluar masuk.

Dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10 ini, Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan keseluruhan sebanyak RM500 juta untuk melaksanakan program Penggantian Jambatan-Jambatan Usang di seluruh negara.

Pada masa kini Jabatan Kerja Raya (JKR) baru sahaja selesai menjalankan kajian terhadap 564 jambatan di Jalan Persekutuan seluruh negara dan mendapati sekurang-kurangnya terdapat 90 jambatan sempit dan usang yang perlu digantikan secara berperingkat-peringkat, termasuk jambatan di atas Sg. Batang Kali ini - dengan anggaran kos keseluruhan projek ialah sebanyak RM313 juta.

Walau bagaimana pun, pelaksanaan program ini tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri dan peruntukan dari Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Tuesday, June 14, 2011

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT GAGAL BANTU PENDUDUK SRI KLEDANG, HULU BERNAM


Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status permohonan menaik taraf Jalan Sri Kledang di Hulu Bernam yang telah dipohon di dalam RMK-10, bilakah projek itu akan dimulakan Dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan bagi projek menaik taraf jalan tersebut.


Jawapan daripada YB Menteri

Jalan B44 dari persimpangan Kg. Seri Keledang ke Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baru sepanjang 10.5 kilometer satu lorong dua hala itu terletak di bawah kategori Jalan Negeri.

Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai keadaan jalan tersebut yang tidak disenggara dengan baik sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna di Kawasan tersebut. Sehubungan itu, kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan audit pemeriksaan dan mendapati jalan berkenaan perlu dibaik pulih secara keseluruhan dengan menggunakan kaedah pembinaan semula (reconstruction). Anggaran kos projek terlibat ialah sebanyak RM18 juta. Walaupun projek ini di luar dari tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, namun atas dasar keprihatinan dan kepentingan orang awam, kementerian ini akan berbincang terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya sebelum berusaha mendapatkan peruntukan khas dari Kementerian Kewangan.

Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaran Jalan-Jalan Negeri terletak bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri yang terlibat, iaitu menggunakan peruntukan MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia. Peruntukan ini sememangnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri pada setiap tahun dengan mengambil kira rekod pendaftaran dan jarak kilometer Jalan Negeri yang terlibat.

Tuesday, June 7, 2011

NEW BUS EXPRESSWAY TRANSIT FOR BUKIT BERUNTUNG RESIDENTS

The Transport Ministry launched Bus Expressway Transit 6 (BET 6) on June 1, enabling commuters from Bukit Beruntung and its surrounding areas to save up to an hour in travel time to Kuala Lumpur.


By using the PLUS Highway, the buses will take a shorter time to reach their destination.

Under the old route, it took bus commuters more than two hours to travel from Bukit Beruntung to Kuala Lumpur on the old trunk road. They also had to change buses in Rawang.

The bus fare for a one-way journey using BET6 is RM4.

The ministry's lead National Key Results Area (NKRA) coordinator Ruhaizah Mohamed Rashid said that BET6 was the newest addition to the BET system under the Government Transformation Programme (GTP) to improve urban public transport where buses utilise existing highways to link heavily populated areas and the city centre.

“With BET6, commuters are expected to experience a more reliable and smoother ride as the new route reduces journey time, provides comfort, easy accessibility and connectivity,” said Ruhaizah.

She said the route would be operated by Setara Jaya Sdn Bhd, which also runs BET5.

“After seven months of operation, BET5 has proven to be successful in the Government's efforts to improve public transportation and to increase ridership under the GTP,” she said.

According to a press release yesterday, since the launch of BET5 in October last year, ridership from Bandar Tasik Puteri via Country Homes in Rawang to KL increased two-fold to 8,390 total ridership within its first five months of operation.

There were only 43 passengers daily when BET5 was first launched but this tripled to 138 passengers daily in March 2011.

“Similar improvement in ridership is expected for the newly-launched BET6,” she said.

She said the ministry had also recorded tremendous improvements in BET1 (Kota Damansara-KL) and BET2 (Bandar Sg Long-KL) launched on Jan 12 last year as well as BET3 (Subang Mewah-KL) and BET4 (Taman Sri Muda-KL), launched on Jan 21 last year.

“Ridership for BET1-4 posted a 78% increase (1,970 ridership daily) from 2,688 ridership per day in QI last year to 4,638 ridership per day in Q1 this year,” she said.

For further information on BET5 and BET6 services, call Setara Jaya at 03-40214566 or 03-40216166.