Thursday, December 9, 2010

SEKOLAH-SEKOLAH BARU DI HULU SELANGOR


Saya meminta Menteri Pelajaran menyatakan:-

a) apakah perancangan pihak Kementerian untuk membina sekolah di kawasan Hulu Selangor; dan

b) sekolah jenis apakah yang akan di bina dan bilakah projek ini akan bermula.

JAWAPAN DARI MENTERI PELAJARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dalam memastikan kemudahan pendidikan disediakan adalah untuk keperluan semua kaum atau golongan masyarakat. projek-projek pembangunan pendidikan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan bilangan dan keperluan penduduk sesuatu kawasan ataupun kewujudan kawasan perumahan baru.

Sepertimana Ahli yang Berhormat sedia maklum, di bawah PRE 2 pada tahun ini dana sebanyak RM 3 juta telah disalurkan kepada LPS untuk projek perpindahan SJK(C) Bukit Tangga ke Bukit Beruntung atas tanak kurniaan KPM. SJK(C) baru ini telah siap dibina dan memperolihi CF baru-baru ini dan akan mula beroperasi pada 3hb Januari 2011.

Tambahan pula, Y.A.B. Perdana Menteri telah menyalurkan RM 3 juta kepada LPS SJK(C) Rasa untuk projek perpindahan ke taman perumahan berdekatan. Projek ini akan di laksanakan apabila urusan perolehan tanah dengna kerajaan Negeri Selangor dapat di selesaikan dan memperoleh kelulusan pelan bangunan dari Majlis Daerah Hulu Selangor. Projek ini adalah di bawah peruntukan ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, Kerajaan melalui ICU, Jabatan Perdana Menteri juga telah memperuntukkan RM 1 juta untuk pembinaan sebuah SJK(T) di Serendah. Pihak ICY sedang membantu mengenal pasti tanah yang sesuai untuk tujuan tersebut.


1 comment:

amri5205 said...

YB P.Kamalanathan,
Saya ingin bertanya mengenai perancangan pembangunan di Bandar Bukit Beruntung & Bukit Sentosa, kawasan yang mempunyai stok hartanah yang besar. Adakah cadangan untuk meningkatkan nilai hartanah di sana? Selain daripada PERODUA, NISSAN & GOLF CLUB,Adakah cadangan untuk membina Hypermarket (Tesco,Carrefour,Giant) ataupun Kolej Universiti ataupun projek mega lain.
Saya bukan pengundi P94 tetapi membeli hartanah di Bkt Sentosa 3 semasa era bekas MP Tan Sri Muhammad Muhd Taib cuba membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Hulu Selangor tapi dipindahkan ke Sepang.
Diharapkan YB P.Kamalanathan dapat buat sesuatu di Bandar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan juga Sungai Buaya.

Salam 1Malaysia,
Mohd Amri