Thursday, March 24, 2011

PELUANG PERNIAGAAN & PINJAMAN PERNIAGAAN - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 3]

PART 3

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.


Dalam tempoh 2008 - 2010 usaha-usaha untuk meningkatkan akses kepada pinjaman mikro telah di ambil.

  • Dibawah program Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) sebanyak 2,593 wanita India telah menerima pinjaman sebanyak RM14.3 juta.
  • Bagi program TEKUN dengan kerjasama Yayasan Strategik Sosial, sebanyak 2,322 pinjaman perniagaan mikro berjumlah RM19.4 juta di luluskan.

SITF juga telah mengadakan beberapa sesi dialog dengan Institusi Kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, Bank Rakyat dan SME Corporation untuk memperolihi kerjasama dari Institusi Kewangan ini untuk menyediakan peluang pinjaman kepada kaum India yang ditetapkan.

SITF dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan program kesedaran kewangan (Financial literacy program) dengan kerjasama SME Corp. menganjurkan program pembangunan kapasiti.

1 comment:

Anonymous said...

approve , Pepole can see my comment, why u worry ...