Sunday, May 22, 2011

SOALAN-SOALAN LISAN & BERTULIS UNTUK PERSIDANGAN PARLIMEN JUN 2011

The following are questions that I would be raising in the Parliament. The next Parliament sitting would be starting on June 13th 2011. I would like to take this opportunity to thank all my constituents, friends and critics for suggesting some of the questions and also by providing inputs.

The number of questions this time around were overwhelming and I assure you that, I will be raising some of the questions during the question and answer sessions in the parliament, should I get the opportunity.


SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan 1:

Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan sama ada akan membiarkan pengguna air Selangor & Lembah Kelang menunggu sahaja dengan penuh kebimbangan krisis bekalan air yang bakal berlaku pada 2014 tanpa sebarang usaha penyelemat, memandangkan setakat ini tiada tanda-tanda kerjasama akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Soalan 2;

Minta Perdana Menteri untuk menyatakan sama ada Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan elaun khas kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk membantu rakyat tempatan: dan pada masa yang sama menaiktarafkan status KRT ini sebaya dengan JKKKP.

Soalan 3;

Minta Perdana Menteri memberi maklumat bilakah Balai Bomba di Bukit Sentosa, Hulu Selangor akan dibina, memandangkan satu tapak telah pun dikenalpasti dan hanya menunggu projek pembinaan Balai Bomba itu dimulakan.

Soalan 4;

Minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah perancangan dalam RMK10 untuk melebarkan jambatan Batang Kali di Laluan Persekutuan 1 (FT001) yang sempit dan sering menyebabkan berlakunya kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan dan berapakah anggaran kos kerja pelebaran tersebut?

Soalan 5;

Minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah perancangan untuk mewujudkan 'Pusat Pemulihan Alkoholik' sama seperti 'Pusat Pemulihan Dadah', untuk membantu mangsa-mangsa Alkoholik melepaskan tabiat buruk ini yang membawa pelbagai masalah sosial sekiranya tidak dibendung.

Soalan 6;

Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah cadangan untuk menyatukan bil pembentungan (IWK) dan bil air negeri-negeri akan dilaksanakan sebagai salah satu formula dilihat paling berkesan untuk mengatasi isu kutipan bil pembentungan yang selalu tertunggak.

Soalan 7;

Minta Menteri Kerja Raya menyatakan status permohonan menaiktaraf Jalan Sri Kledang di Hulu Bernam yang telah dipohon di dalam RMK10, bilakah projek itu akan dimulakan dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan bagi projek menaiktaraf jalan tersebut.

Soalan 8;

Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menyelami apakah punca-punca dan sebab-sebab kadar jenayah meningkat dikalangan remaja kaum India dan pada masa yang sama mencari cara-cara mengatasi masalah ini.


Soalan 9;

Minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang akan di ambil oleh JPA untuk membantu pelajar-pelajar (bukan bumiputera) yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM/STPM dan memenuhi semua syarat kelayakan, dan ramai daripada mereka daripada keluarga yang miskin, tetapi tidak layak menerima biasiswa atau bantuan melanjutkan pelajaran.

Soalan 10;

Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang tidak menyiapkan projek-projek perumahan mereka seperti yang dijanjikan oleh mereka; bagaimana Kementerian dapat membantu pembeli-pembeli yang harus membayar pinjaman bank, walaupun rumah yang dibeli belum boleh diduduki.


SOALAN-SOALAN BERTULIS

Soalan 1;

Minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat dan akan dibuat (perancangan) oleh Kerajaan Persekutuan dalam projek membina, memperelok dan juga menaik taraf Jalan Persekutuan 1 (FT 001) di sepanjang Daerah Hulu Selangor dari tahun 2008 sehingga tahun 2015.

Soalan 2;

Minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kakitangan (Penjawat Awam dan Agensi Kerajaan) yang bukan bumiputera (berdasarkan kaum) yang telah di lantik sejak 2008 sehingga kini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan lebih ramai Penjawat Awam bukan bumiputera berkhidmat bersama kerajaan.

Soalan 3;

Minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan berapa banyak tanah berstatus tanah kerajaan yang masih tidak dicereboh dan berapakah tanah hutan simpanan yang dicereboh mengikut negeri di Malaysia; apakah kaedah penyelesaian diamalkan dalam akta 313.

Soalan 4;

Minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada pemegang taraf penduduk tetap yang lahir sebelum Merdeka diberi bantuan kebajikan; sekiranya ada, berapa ramai yang menerima (berdasarkan pecahan kaum); dan sekiranya tidak, adakah Kementerian bercadang untuk memberi bantuan kepada mereka yang akan menjadi warga emas.

Soalan 5;

Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah tapak perkuburan yang telah direzabkan (Islam & bukan Islam) yang terdapat di Malaysia; dan adakah bantuan diberi kepada tanah-tanah perkuburan tersebut; sekiranya ya, apakah jenis bantuan diberi; dan sekiranya tidak, adakah perancangan untuk membantu kos senggeraan tapak perkuburan.

No comments: