SOALAN LISAN & BERTULIS
MESYUARAT KE-3, PENGGAL KE-4
LISAN 1
Minta Perdana Menteri memberikan penjelasan terperinci mengenai manafaat yang telah, sedang dan bakal dinikmati oleh Masyarakat India di negara ini berkaitan dengan Pelan Transformasi Ekonomi di bawah konsep 1Malaysia; dan
Adakah pihak kerajaan meyakini bahawa usaha-usaha secukupnya telah dibuat bagi menambahbaik prasarana ekonomi kaum India.
LISAN 2
Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air menjelaskan apakah ada rancangan pihak Kerajaan untuk mengganti/membaikpulih paip-paip air lama di kawasan Parlimen Hulu Selangor? Jika ada;
a) Sila nyatakan jumlah projek, dan
b) Kos yang terlibat di bawah program menaik taraf logistik air yang sedang dan akan dilaksanakan.
LISAN 3
Minta Menteri Kerja Raya menyatakan kos menyelenggara jalan MARRIS (Malaysian Road Record Information System) yang telah di peruntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor Dari tahun 2008 hingga 2011 secara terperinci; dan,
Berapakah kos yang di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut.
LISAN 4
Minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilangan jalan yang akan dibina/di naiktaraf yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk dilaksanakan di Kawasan Parlimen Hulu Selangor?
LISAN 5
Minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukkan yang telah di agihkan dan penerima (berdasarkan kepada kaum) untuk perkara-perkara seperti berikut;
a) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
b) Biasiswa Kecil Persediaan Universiti (BKPU).
c) Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
d) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM); dan,
Apakah bantuan lain yang di beri kepada pelajar-pelajar untuk meringankan beban Ibu-bapa untuk menampung kos pendidikan.
LISAN 6
Minta Menteri Pengajian Tinggi untuk memberi maklumat berikut secara terperinci;
a) Jumlah pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di 20 IPTA (berdasarkan kaum) dan bidang pengajian mereka; dan,
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menaiktaraf kualiti pengajian tinggi di IPTA di Malaysia.
LISAN 7
Minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan untuk menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mengawal harga barang-barang keperluan dan komoditi, dan
Bagaimana penguatkuasaan di jalankan untuk memantau harga barang-barang keperluan ini di Hypermarket, Supermarket, Kedai-Kedai Runcit, pasar malam dan lain-lain tempat.
LISAN 8
Minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyatakan apakah jenis bantuan yang dapat disalurkan kepada Industri Sederhana Kecil di luar bandar khasnya di Hulu Selangor dari segi penaiktarafan infrastruktur; dan
Sehingga kini, berapakah jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada Industri Sederhana Kecil di Hulu Selangor.
LISAN 9
Minta Perdana Menteri menyatakan pencapaian dan kejayaan Dana Belia 1Malaysia setakat ini; dan
Maklumat terperinci penerima serta projek dan kejayaan penerima-penerima Dana ini; dan akhirnya,
Sama ada Kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi Dana supaya dapat membantu lebih ramai lagi Belia.
LISAN 10
Minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah tindakan dan strategi baru yang akan diselami oleh Kementerian khasnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan bilangan kemalangan maut semasa musim perayaan.
BERTULIS 1
Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan jumlah Syarikat 'Government Linked Corporation' (GLC) yang telah di ujudkan oleh Kerajaan; dan,
Berapakah jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik berdasarkan kaum untuk memenuhi Jawatan Ahli Lembaga Pengarah; dan akhir sekali,
Apakah tindakan yang akan di ambil untuk memastikan lebih ramai wakil-wakil kaum India di lantik untuk menduduki Lembaga Pengarah 'GLC' tersebut.
BERTULIS 2
Minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada satu dana khas telah di ujudkan di Kementerian untuk membantu sekolah-sekolah yang mengalami kerosakan semasa bencana atau malapetaka?
Sekiranya ada, berapakah jumlah peruntukkan yang telah diagihkan berdasarkan kepada negeri-negeri dan sekolah-sekolah.
BERTULIS 3
Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan secara terperinci jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada Ushawan Muda India melalui Skim Pembangunan Ushawan Muda India (SPUMI) sejak tahun 2008; dan
Sama ada Kementerian bercadang untuk menambah baik skim ini supaya bantuan seumpama ini dapat dinikmati oleh semua Ushawan Muda India tanpa mengira masa dan juga usia mereka?
BERTULIS 4
Minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dan secara terperinci pencapaian Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF); dan,
Apakah masalah yang membantut pencapaian Pasukan Petugas Khas ini dan apakah cara Kerajaan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
BERTULIS 5
Minta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci Peruntukkan yang telah diagihkan untuk pembangunan dan penaiktarafan SJKT (bantuan penuh & modal) bermula dari tahun 2006 hingga 2010; dan
Berapakah peruntukkan yang akan diagihkan untuk pembangunan dan penaiktarafan SJKT 5 tahun (2011 hingga 2015) yang akan datang.
No comments:
Post a Comment