Friday, November 11, 2011

NASIHAT YB DATO' SERI HADI AWANG KEPADA AHLI-AHLI PAS MENGENAI ISU LYNAS

Semasa Mutamar PAS ke-57 pada Jun 2011 beberapa isu telah dibangkitkan oleh perwakilan termasuklah isu Lynas di mana usul telah dibentangkan supaya Kerajaan menghentikan projek tersebut. YB Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS di dalam ucapan penggulungannya telah menyatakan bahawa isu ini perlu dirujuk kepada Pakar. Beliau seterusnya menambah bahawa PAS mempunyai pakar nuklear, iaitu YB Dr. Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat.

Semasa ditemuramah oleh Karam Singh Walia di dalam segmen khas mengenai Lynas di TV3 pada September 2011, YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang seorang saintis nuklear telah menyatakan bahawa Lynas bukan sebuah loji nuklear tetapi hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld, Australia yang lebih rendah dari segi radiasinya kalau dibandingkan dengan lombong bijih.

Beliau turut menyatakan bahawa penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas. Tuduhan yang dibuat oleh kumpulan anti-Lynas adalah tidak saintifik dan tidak akademik langsung. YB Dr. Che Rosli turut mengakui kilang kimia Lynas adalah selamat setelah dilihat dari segi infrastrukturnya, bahan yang dibawa dan kaedah-kaedah pemantauan oleh agensi-agensi seperti Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia.

Pandangan beliau turut disokong oleh Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan. Beliau berpandangan risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara jika ia berpadanan dengan manfaat. Beliau menambah bahawa dos sinaran yang dikeluarkan oleh aktiviti projek Lynas terlalu rendah setara dengan yang sedia ada dalam alam sekitar dan memenuhi standard piawaian antarabangsa Oleh itu, tidak logik menyamakan kilang Lynas dengan loji nuklear di Fukushima, Jepun.

Prof. Ahmad Termizi juga menyangkal pembohongan bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu. Lynas mempunyai lesen untuk beroperasi di Australia tapi kos tinggi. Syarikat memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia.

5 comments:

Anonymous said...

Stop your nonsense la PKamalanathan. Why dont you put in your blog that Haji Hadi ask PAS supporters to work hard to defeat BN in this coming GE.

Anonymous said...

OK.All academic explantions are in place!
We shall trust what being explained in terms radiation etc etc.
Since there are local residents protesting on the project,why not the GOV cancell the project?Why must this project implemented forcefully?Spin off of economic activities?GDP growth for the country?And what next,hand over THE ECONOMIC GAINS to some Ministers/'s kids in the name of grand and hit back at all rakyat where it hurts most?
All we are seeking is just fairness!If the project is good,we shall support!If there is an element of ?????,please review and win over the opposing group!Don't politicise!Be FACTUAL about the issue not what PAS has said about whatever!

Anonymous said...

Kalau Dato Hj. Hadi Awang dah cakap begitu (iaitu supaya merujuk kepada pakar nuklear PAS sendiri YB Dr. Che Rosli) kenapa ahli-ahli PAS masih berdegil lagi? Jawabnya, setiakawan dengan PKR (dalam hal Lynas ini diwakili oleh YB Fauziah)telah membuatkan ahli PAS sanggup memutarbelitkan kebenaran berlandaskan fakta.

Itulah politikus pembangkang kita yang terus hidup dengan slogan "pembangkang tetap bangkang" sebab projek ini disokong kerajaan BN.

UnclearEngineer

Anonymous said...

If the country ever stop a project or construction because of a few irrational protesters, NOTHING will ever be completed and achieved in the country. We all might as well live in lime caves(oops, sorry, even lime caves emit low level radiation).

Reality, either we move back in lime caves or we advance and move forward and develop.

Anonymous said...

love to hear opposition people speak, remember few years back, PAS said, if they won the election, they sell putrajaya.. how clever they were.. so damn clever..

they said most every development is wasted, but thats how people know malaysia, not only the history but for future. the development.

makes the new generation proud of what has been done.