Tuesday, January 24, 2012

JUSTIFICATION BY MINDEF ON SGPV CONTRACT PRICE OF RM9.0 billion

I would like to take this opportunity to thank YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Minister of Defence and Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad for briefing me and a few of my colleagues recently with regards to the above subject.

I am indeed pleased to share some of the explanation given by Hon. Minister and the KSU for MINDEF for your reading.


INTRODUCTION

As contained in the letter of Award dated December 2011, the RM9.0 billion is the ceiling price of the contract. The MINDEF is presently finalizing the costing with the various stakeholders (OEMs, RMN, GoM) in order to determine the final contract price.

JUSTIFICATION

1. Current Value of NGPV Justifies An Increase to at least RM8 billion.

The contract value for the NGPV, awarded in 1998, was RM5.35 billion. At an inflation rate of 3.5% per annum, the current price of the NHPVs is estimated at RM8.37 billion.

2. Different and Superior Nature of the SGPV (Littoral Combat Ships).

The NGPV is a Meko A-100 patrol vessel. These ships are primarily for patrol with limited weapon systems and are used to patrol the sea. The SGPV will be built with frigate specifications and are larger than patrol vessels or corvettes and have a fair mix of offensive and defence capabilities.

Thus, by it's nature, the SGPV is a far superior vessel as compared with the NGPV, and is designed in accordance to the present requirements of our GoM / RMN. The new ships will have long range surveillance capability including anti-surface, anti-air and anti-submarine warfare capabilities, not fitted on the NGPV ships. Specifically, the SGPV will be equipped with:

a) Surface to air missiles,
b) Surface to surface missiles,
c) Torpedo launching systems,
d) Towed array sonar, and
e) Surveillance radar.

Accordingly, the price quoted from foreign OEMs, for both equipments and services; shows an average price increase of 4.0% p.a. The increase was partly due to inflation but mainly due to the upgraded equipments and services required in the construction of the SGPVs.

The SGPV or 'littoral combat ships' specifications, some of which are mentioned above, calls for an overall larger and faster vessel as compared with NGPV or patrol vessels built earlier. The length of an SGPV will be more than 100 meter and it will be designed to sail at a maximum continuous speed of 28 knots, in comparison with NGPV figures 91.9 meter and a continuous speed of 22 knots. Thus the SGPV also requires a higher capacity engine and propulsion system.

SUPPORTING JUSTIFICATION ON SGPVs PRICE

CONTRACT VALUE - NGPV awarded in 1998 (6 PVs): RM 5,350,000,000.00
Value per ship: RM 891,666,666.67

Escalation rate per year * (note 1): 3.50%

Compounded period (1998 - 2011): 13

CURRENT VALUE NGPV: RM 8,367,164,922.89
Value per ship: RM 1,394,527,487.15

* (note 1): average price increase as per quotation from foreign suppliers @ 4.0%

SGPV's price is higher than current value of NGPV due to additional cost to accommodate the followings:

1) SGPV will be Frigate classifications as opposed to Patrol for NGPV.
2) SGPV will be bigger and longer than NGPV.
3) SGPV's speed will be faster than NGPV (required higher capacity engine and propulsion system)
4) SGPV will have additional combatant features:-
a) Surface to air missiles,
b) Surface to surface missiles,
c) Torpedo launching systems, and
d) Towed array sonar.

Friday, January 13, 2012

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - THAILAND

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mesti tinggal di sesuatu kawasan pilihan raya selama sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan.

2. Perlu daftar sebagai pengundi luar negara sebelum tarikh tutup yang di tetapkan.

Sistem Pilihan Raya: Gabungan sistem 'First Past The Post' (FPTP) & Proportional Representation.

Kaedah Mengundi:

1. Secara pos.

2. Kertas undi dihantar kepada pengundi melalui cara pos.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - SINGAPORE

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Nama pengundi perlu sedia berada dalam daftar pemilih.

2. Mesti berada sekurang-kurangnya 30 hari di Singapura dalam tempoh 3 (tiga) tahun kebelakangan sebelum bulan Januari tahun Pilihan Raya.

Sistem Pilihan Raya: Multiple Round System

Kaedah Mengundi:

1. Mengundi di Kedutaan Singapura di luar negara.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - INDIA

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mesti pernah tinggal di alamat daerah mengundi 6 (enam) bulan atau lebih.

Sistem Pilihan Raya: First Past The Post (FPTP)

Kaedah Mengundi: Mesti balik mengundi di India.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - AUSTRALIA

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mana-mana warganegara Australia yang sedia berdaftar sebagai pengundi tetapi tinggal lebih 3 (tiga) tahun di luar negara tidak dibenarkan mendaftar untuk mengundi pada pilihan raya yang terdekat. Nama mereka juga akan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih.

2. Bagi mana-mana warganegara Australia yang bercadang untuk berada lebih dari setahun di luar negara mereka disyorkan mengisi borang pemberitahuan mengenai ketiadaan mereka di tanah air bagi membolehkan nama mereka dikekalkan dalam daftar pengundi.

Sistem Pilihan Raya: Direct preferential majority vote.

Kaedah Mengundi;

1. Secara Pos.

2. Kertas undi dihantar kepada pengundi melalui cara pos dan perlu dikembalikan dengan cara yang sama kepada EC.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - KANADA

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Tinggal di luar negara tidak lebih dari 5 (Lima) tahun.

2. Bagi yang tinggal di luar negara lebih dari 5 (lima) tahun mereka tidak layak untuk mendaftar, kecuali bagi keluarga anggota tentera.

3. Mempunyai keinginan untuk kembali menetap di Kanada.

Sistem Pilihan Raya: First Past The Post (FPTP)

Kaedah Mengundi:

1. Secara Pos.

2. Kertas undi dihantar kepada pengundi melalui cara pos dan perlu dikembalikan dengan cara yang sama kepada EC.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - UNITED KINGDOM

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mesti memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Absentee Voter) iaitu samada sebagai pengundi pos atau pengundi proksi (proxy voting).

2. Pengundi perlu dapatkan pengesahan mengenai keberadaan beliau di luar negara daripada pihak pejabat Kounselor atau daripada mana-mana warganegara U.K. di negara beliau berada.

3. Nama pengundi perlu berada dalam senarai daftar pemilih bagi tempoh tidak kurang daripada 5 tahun semasa permohonan menjadi Pengundi Tidak hadir dibuat.

Sistem Pilihan Raya: First Past The Post (FPTP)

Kaedah Mengundi:

1. Secara Pos.

2. Kertas undi di hantar 7 (tujuh) hari sebelum tarikh mengundi dan perlu sampai kembali kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum waktu pengundian tamat.

3. Kertas undi boleh dihantar secara pos atau secara serahan sendiri ke pusat pengundian berkaitan.

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - AMERIKA SYARIKAT

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mesti memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Absentee Voter).

2. Mesti membuktikan maklumat pembayaran cukai pendapatan kepada Kerajaan.

3. Perlu mengemaskinikan maklumat alamat di luar negara pada setiap tahun.

Sistem Pilihan Raya: Proportionate

Kaedah Mengundi: Secara Pos (Terima kertas undi secara pos dan perlu hantar balik kertas undi yang ditanda secara pos).

Saturday, January 7, 2012

UCAPAN (PANTUN-PANTUN) SAYA SEMASA PELANCARAN KARNIVAL PERDANA KOMUNITI 1MALAYSIA

 
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Kunjungan Perdana Menteri menjadi ingatan
 
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi YAB Dato’ Seri sentiasa dikenang
 
Enak sungguh rasanya kuini
Elok dijolok dengan galah
Karnival Perdana terlaksana kini
Hulu Selangor gelanggang bertuah
 
Ayam selasih dari Kalumpang
Ayam denak di dalam hutan
Dari awal tuan datang
Budimu kekal dalam ingatan
 
Kicauan berbunyi tatkala cerah
Makan dicari sebelum pulang
Penat sungguh keringat diperah
Menjayakan majlis penuh gemilang
 
Anak muda membanting padi
Membanting padi di tepi tempayan
Terima kasih sekalung budi
Buat PM atas kepercayaan
 
Kemilau warnanya emas tempawan
Disepuh suasa tampak sinarnya
Terima kasih pucuk pimpinan
Kepercayaan diberi untuk dilaksana
 
Enak sungguh si madu lebah
Madu dari Bukit Sagor
Amanah mentadbir rakyat muhibah
Medan bertuah di Hulu Selangor
 
Tumbuh melati di hujung angsana
Megah berdiri akar di bawah
Kepercayaan untuk karnival dilaksana
Melaksana acara mengukuh ukhwah
 
Panji Semirang ceritanya hikayat
Candera Kirana watak dicita
Kerajaan prihatin pilihan rakyat
Dimercu jaya wadah tercipta
 
Nampak berkilau permata disemat
Permata nilam bersepuh cahaya
Barisan Nasional barisan keramat
Membawa negara ke mercu jaya
 
Kerawang Cina coraknya halus
Dipakai oleh Nyonya Peranakan
Pimpinan PM barisannya telus
Rakyat sejahtera dalam peliharaan
 
Buah berangan buah delima
Disusun rapi di atas dulang
Agenda pembangunan sentiasa diutama
1Malaysia aspirasi dijulang
 
Tumbuh melata si pohon cendana
Tumbuh meliar di Kuala Sunggah
Sungai Buaya agenda perdana
Jaringan lebuh raya terbina megah
 
Terbang merbah di tengah sawah
Hinggap sebentar di hujung titi
Klinik 1Malaysia semakin meriah
Kedai 1Malaysia harap menyusul nanti
 
Askar Wataniah membina kota
Kota dibina di hujung negeri
Bumi Serendah sejarah tercipta
Sekolah Tamil akan megah berdiri
 
Kacau riuh si mergas tua
Terbang hinggap di dahan
Hulu Selangor Untuk Semua
Program Bestari Pemangkin Perpaduan
 
Pergi ke Tanjung Mencari Lokan
Enak ditambah  Si assam Kandis
Sembah Takzim Kami berikan
Kiranya Sudi Merasmi Majlis

Ramai orang membuat tapai
Tapai dibuat dihujung genta
Banyak perubahan sudah digapai
Hub terkenal mula dicita
 
Singgah berehat di Pengkalan Hulu
Berhenti makan di rumah Dato Zainal
Bukan hulu sebarang hulu
Hulu Selangor pasti terkenal
 
Subur nian pohon pedada
Tumbuh dibalik pokok sakat
BR1M kini menjadi agenda
Mengubah landskap ekonomi masyarakat

Gula Melaka disaring halus
Dibuat pengat juga serawa
Luhur sifatnya pekertinya mulus
Tertambat hati pimpinan wibawa
 
Siti Zubaidah permaisuri ternama
Menjaga istana Raja Kembayat
Kata dikota janji dilaksana
Pemimpin mulia berjiwa rakyat
 
Tebang kelapa mengambil umbut
Dimasak gulai si anak dara
Gagasan perdana madah bersambut
Pasti makmur wangsa sejahtera
 
Terbang rendah si burung punai
Sambil bertenggek di tepi pangkin (Lembah Beringin)
Janji ditabur pasti ditunai
Ibarat cakap serupa bikin
 
Tumbuh mekar si bunga telang
Dijerang rebus jadilah puri
Angkuhnya si dia (Pakatan) bukan kepalang
Akhirnya senyap menggigit jemari
 
Pergi menjaja di Pekan Rasa
Barang jajaan lakunya harap
Pembangunan rancak mulai dirasa
Hulu Selangor maju sederap
 
Bunga seroja jatuh melata
Jatuh bertabur di Batang Kali
Biar kami jauh di mata
Tapi biar dekat di hati
 
Terbang selisih si burung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi

Buah selasih di Sg kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
 
Tari beradat langkah bertingkah
Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita berpisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada
 
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang saya pohonkan
 
Dari Kedah ke Pekan Sehari
Beli suasa di Sungai Tengi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bertemu lagi

Acham Illai, Acham Illai, Acham Enbathu Ellaye
Uchi meethu vaan edenthuveezkindra pothiloum
Acham Illai, Acham Illai, Acham Enbathu Ellaye

Xin Nian Kuai Le, Wan Shii Ru Yi, Xie Xie

Yellam pugalum Iraivanakey

Terima Kasih
 
 

Monday, January 2, 2012

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI UPSI?

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat  bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang  berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar  akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.  Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta  pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas  untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.
 
Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.
 

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM