Saturday, January 7, 2012
UCAPAN (PANTUN-PANTUN) SAYA SEMASA PELANCARAN KARNIVAL PERDANA KOMUNITI 1MALAYSIA
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Kunjungan Perdana Menteri menjadi ingatan
Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi YAB Dato’ Seri sentiasa dikenang
Enak sungguh rasanya kuini
Elok dijolok dengan galah
Karnival Perdana terlaksana kini
Hulu Selangor gelanggang bertuah
Ayam selasih dari Kalumpang
Ayam denak di dalam hutan
Dari awal tuan datang
Budimu kekal dalam ingatan
Kicauan berbunyi tatkala cerah
Makan dicari sebelum pulang
Penat sungguh keringat diperah
Menjayakan majlis penuh gemilang
Anak muda membanting padi
Membanting padi di tepi tempayan
Terima kasih sekalung budi
Buat PM atas kepercayaan
Kemilau warnanya emas tempawan
Disepuh suasa tampak sinarnya
Terima kasih pucuk pimpinan
Kepercayaan diberi untuk dilaksana
Enak sungguh si madu lebah
Madu dari Bukit Sagor
Amanah mentadbir rakyat muhibah
Medan bertuah di Hulu Selangor
Tumbuh melati di hujung angsana
Megah berdiri akar di bawah
Kepercayaan untuk karnival dilaksana
Melaksana acara mengukuh ukhwah
Panji Semirang ceritanya hikayat
Candera Kirana watak dicita
Kerajaan prihatin pilihan rakyat
Dimercu jaya wadah tercipta
Nampak berkilau permata disemat
Permata nilam bersepuh cahaya
Barisan Nasional barisan keramat
Membawa negara ke mercu jaya
Kerawang Cina coraknya halus
Dipakai oleh Nyonya Peranakan
Pimpinan PM barisannya telus
Rakyat sejahtera dalam peliharaan
Buah berangan buah delima
Disusun rapi di atas dulang
Agenda pembangunan sentiasa diutama
1Malaysia aspirasi dijulang
Tumbuh melata si pohon cendana
Tumbuh meliar di Kuala Sunggah
Sungai Buaya agenda perdana
Jaringan lebuh raya terbina megah
Terbang merbah di tengah sawah
Hinggap sebentar di hujung titi
Klinik 1Malaysia semakin meriah
Kedai 1Malaysia harap menyusul nanti
Askar Wataniah membina kota
Kota dibina di hujung negeri
Bumi Serendah sejarah tercipta
Sekolah Tamil akan megah berdiri
Kacau riuh si mergas tua
Terbang hinggap di dahan
Hulu Selangor Untuk Semua
Program Bestari Pemangkin Perpaduan
Pergi ke Tanjung Mencari Lokan
Enak ditambah Si assam Kandis
Sembah Takzim Kami berikan
Kiranya Sudi Merasmi Majlis
Ramai orang membuat tapai
Tapai dibuat dihujung genta
Banyak perubahan sudah digapai
Hub terkenal mula dicita
Singgah berehat di Pengkalan Hulu
Berhenti makan di rumah Dato Zainal
Bukan hulu sebarang hulu
Hulu Selangor pasti terkenal
Subur nian pohon pedada
Tumbuh dibalik pokok sakat
BR1M kini menjadi agenda
Mengubah landskap ekonomi masyarakat
Gula Melaka disaring halus
Dibuat pengat juga serawa
Luhur sifatnya pekertinya mulus
Tertambat hati pimpinan wibawa
Siti Zubaidah permaisuri ternama
Menjaga istana Raja Kembayat
Kata dikota janji dilaksana
Pemimpin mulia berjiwa rakyat
Tebang kelapa mengambil umbut
Dimasak gulai si anak dara
Gagasan perdana madah bersambut
Pasti makmur wangsa sejahtera
Terbang rendah si burung punai
Sambil bertenggek di tepi pangkin (Lembah Beringin)
Janji ditabur pasti ditunai
Ibarat cakap serupa bikin
Tumbuh mekar si bunga telang
Dijerang rebus jadilah puri
Angkuhnya si dia (Pakatan) bukan kepalang
Akhirnya senyap menggigit jemari
Pergi menjaja di Pekan Rasa
Barang jajaan lakunya harap
Pembangunan rancak mulai dirasa
Hulu Selangor maju sederap
Bunga seroja jatuh melata
Jatuh bertabur di Batang Kali
Biar kami jauh di mata
Tapi biar dekat di hati
Terbang selisih si burung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi
Buah selasih di Sg kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
Tari beradat langkah bertingkah
Kalung suasa menghias dada
Tiba saat kita berpisah
Cemerlang ditingkat jemu tiada
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang saya pohonkan
Dari Kedah ke Pekan Sehari
Beli suasa di Sungai Tengi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bertemu lagi
Acham Illai, Acham Illai, Acham Enbathu Ellaye
Uchi meethu vaan edenthuveezkindra pothiloum
Acham Illai, Acham Illai, Acham Enbathu Ellaye
Xin Nian Kuai Le, Wan Shii Ru Yi, Xie Xie
Yellam pugalum Iraivanakey
Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
tahniah YB..... YB memang pilihan terbaik dari BN untuk rakyat Hulu Selangor
What you done for the Indians so far? I'm not interested in Pantun. We dont vote you to recite pantun.
Syabas teruskan YB.Cikgu Ravi
kamal,
ucapan u melalui pantun mengingatkan saya kepada perbahasan di mesyuarat agung umno sekitar 80an dan awal 90an yang selalu dibawa oleh ismail yaacob, perwakilan umno bahagian jerlun -langkawi ketika itu. tahniah di atas kerja kuat sebagai ahli parlimen hulu selangor.
Saudara2 Sahabat Gunung, Cikgu Ravi & John White,
Terima Kasih atas kata2 semangat yang memberi keyakinan kepada saya untuk meneruskan perjuangan.
Terima Kasih and GOD bless all of you.
Dear Mr. Anonymous,
I would suggest that you read my earlier blog postings on all my activities and work that has been carried out.
I thank you for reading my postings and GOD bless you.
Post a Comment