Thursday, April 12, 2012

PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR

11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut;

i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;
ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;
iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan
iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.

11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.

11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.

No comments: