Tuesday, April 17, 2012

RM34.25 JUTA DI PERUNTUKAN UNTUK MELAKSANAKAN 14 PROJEK MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH DI HULU SELANGOR

Jawapan YAB Menteri Pelajaran kepada soalan saya yang saya kemukakan semasa Persidangan Dewan Rakyat;

Y.B. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [Hulu Selangor] minta Menteri Pelajaran menyatakan maklumat terperinci Projek-Projek menaiktaraf, pembinaan bangunan tambahan, infrastruktur serta pembinaan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Selangor dalam RMKe-10.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Usaha bagi memantapkan infrastruktur sekolah adalah agenda berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di bilk darjah.

Bagi meningkatkan infrastruktur sekolah di daerah Hulu Selangor, KPM telah merancang untuk melaksanakan 14 projek yang melibatkan bangunan baru, tambahan dan ubahsuai naik taraf dengan peruntukan sebanyak RM34.25 juta dalam tempoh RMKe-10 (2011 - 2015).

No comments: