Tuesday, May 22, 2012

SOALAN-SOALAN LISAN & BERTULIS UNTUK MESYUARAT KEDUA - PENGGAL KE-5 PESIDANGAN PARLIMEN 2012

SOALAN LISAN & BERTULIS
MESYUARAT KEDUA - PENGGAL KE-5


LISAN 1

Minta Menteri Kerja Raya memberi penjelasan terperinci mengenai status projek-projek jalanraya di Hulu Selangor seperti berikut;

a) Projek by-pass di antara Rawang dan Serendah,
b) Projek pelebaran Jalan Persekutuan FT 001 dari Rawang ke Tanjung Malim, dan
c) Projek PLUS Interchange Sungai Buaya.

LISAN 2

Minta Perdana Menteri menyatakan dengan terperinci:

a) jumlah peruntukan untuk Parlimen Hulu Selangor dalam Rancangan Malaysia Ke-10; dan
b) nyatakan jumlah yang telah disalurkan dan projek yang telah siap untuk Parlimen Hulu Selangor semenjak 2008 hingga sekarang serta senarai lengkap projek yang masih dalam perancangan.

LISAN 3

Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat seperti berikut;

a) projek-projek perumahan terbengkalai dan terbiar di Kawasan Parlimen Hulu Selangor,
b) siapakah pemaju projek-projek tersebut; dan
c) apakah perancangan kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek tersebut.

LISAN 4

Minta Menteri Pelajaran menyenaraikan maklumat berikut;

a) jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pembangungan/penambahbaikan SJKT sejak tahun 2008 sehingga kini; dan,
b) senarai terperinci sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan tersebut sejak tahun 2008 sehingga kini.

LISAN 5

Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membentangkan satu rang undang-undang khusus untuk melindungi hak dan kewajipan pekerja-pekerja asing dan juga majikan mereka.

LISAN 6

Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan jumlah pelaburan yang dianggarkan oleh 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) yang boleh di salurkan ke dalam ekonomi negara dalam tahun akan datang serta apakah impaknya kepada rakyat biasa; dan,

a) nyatakan langkah-langkah yang telah dan akan di ambil oleh 1MDB untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia-belia khasnya graduan-graduan tempatan.

LISAN 7

Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan sama ada Bank Negara Malaysia merancang untuk melongarkan syarat-syarat memberikan pinjaman kereta kepada pembeli-pembeli kereta khususnya kepada pembeli-pembeli kereta luar bandar yang tidak mempunyai dokumen-dokumen yang releven untuk mendapatkan pinjaman kereta tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman ini dalam masa yang dijanjikan.

LISAN 8

Minta Menteri Dalam Negeri memberi maklumat terperinci untuk perkara-perkara berikut;

a) jumlah rakyat Malaysia yang berketurunan India yang masih belum menerima sijil beranak, kad pengenalan dan sijil kewarganegraan sehingga kini,
b) daripada jumlah tersebut berapa ramai daripada mereka telah menerima dokumen-dokumen melalui kempen 'MyDaftar' & 'My Document'; dan,
c) apakah masalah dan cabaran yang di hadapi oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat.

LISAN 9

Minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program yang dirancang dengan sistematik untuk membangunkan sukan prestasi tinggi di kalangan masyarakat orang asli, penan atau pribumi Sabah dan Sarawak.

LISAN 10

Minta Menteri Pelajaran memberi penjelasan mengenai status liputan prasekolah sehingga kini; dan,

Sama ada Kementerian berjaya mencapai sasaran 87% sebelum 2012 yang di tetapkan oleh NKRA Pendidikan; dan,

Berapa bangunan baru prasekolah akan di bina, telah di bina dan berapa buah bangunan prasekolah yang di bina sedang di gunakan.


BERTULIS 1

Minta Menteri Pengajian Tinggi menyenaraikan maklumat-maklumat (Nama, Alamat, IPTA yang di tempatkan & jurusan pengajian mereka) anak-anak Hulu Selangor yang kini sedang melanjutkan pelajaran mereka di IPTA di Malaysia.

BERTULIS 2

Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bagaimana dan apa rancangan untuk Pekebun Kecil Perusahan Getah RISDA satu hari nanti mendapat ‘durian runtuh’ seperti peneroka FELDA.

BERTULIS 3

Minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program sukan jangka panjang yang dirancang bersama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan sukan Negara di persada dunia terutamanya merapatkan jurang kekosongan atlet pelapis menandingi malah mengantikan tempat atlet senior – contoh Badminton, Skuasy dan lain-lain.

BERTULIS 4

Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan peruntukan Pembangunan dari Kementerian untuk Perkampungan Orang Asli di Kawasan Parlimen Hulu Selangor.

BERTULIS 5

Minta Menteri Kewangan untuk menyenaraikan jumlah peruntukan Kerajaan Pusat kepada rumah-rumah ibadat Agama Hindu sejak dari tahun 2005 sehingga kini; dan

a) Nama pertubuhan-pertubuhan/rumah-rumah ibadat yang menerima peruntukan tersebut sejak tahun 2005 sehingga kini.

No comments: