Friday, June 23, 2017

SJK(T) Ramakrishna dapat Bangunan Baharu

Pada 16 Jun 2017 lalu, saya hadir menyerahkan blok bangunan baharu SJK(T) Ramakrishna di Negeri Pulau

Pinang kepada pihak pengurusan sekolah secara rasmi. SJK(T) Ramakrishna mendapat 3 blok bangunan baharu untuk menampung 260 orang murid dan guru – guru  yang sedia ada. Blok Bangunan Baharu SJKT Ramakrishna ini telah mula dibina pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Blok bangunan Baharu ini dibina dengan Kos Rm4.70 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya mempunyai 3 blok bangunan baharu yang dibina dalam bentuk “U”. Sebanyak 12 bilik darjah dan bilik – bilik khas seperti Bilik ICT, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik BOSS,Bilik Mesyuarat, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Pemulihan, Bilik Cetak, Bilik fail, bilik peperiksaan dan Kedai Buku.

Bukan itu sahaja, saya telah pun mengagihkan peruntukan penyelenggaraan RM320,000 ringgit pada tahun 2016 dan pada tahun 2016 tambahan peruntukkan sebanyak Rm150,000 untuk membuat penyelenggaraan sehingga bangunan baharu ini siap sepenuhnya.

Dengan adanya bangunan baharu ini, dijangka ada ada pertambahan pendaftaran murid – murid pada masa – masa yang akan datang.  Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B Dato Sri’ Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato Sri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia dan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC yang komited dalam memartabatkan imej dan infrastruktur SJKT di Malaysia.

No comments: