1/5/2018 ; Pagi ini saya
bersama Datuk Rosni Sohar, calon N05 Hulu Bernam telah
mengadakan
Para peniaga yang
berniaga di Pasar Pagi Peladang Felda Gedangsa ini terdiri daripada penduduk
Felda Gedangsa dan ada sebahagian daripada mereka dari Felda Soeharto yang
menjual hasil pertanian dan penternakan mereka sendiri kerana ramai pembeli
menyukai barangan – barangan segar terus dari ladang. Harga barangan yang
dijual amat berbaloi serta memenuhi kadar permintaan masyarakat setempat.
Saya berasa amat terharu
dengan sambutan baik yang telah diberikan oleh komuniti setempat sewaktu
lawatan kami. Saya juga berkesempatan untuk bersarapan pagi bersama dengan masyarakat
tempatan di Pasar Pagi ini. Layanan mesra yang diberikan oleh mereka amat
memberangsangkan dimana ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara
yang patriotik sejajar dengan slogan 1Malaysia.
Aura pilihan raya yang
positif bersemarakan di tempat tersebut dimana ia melahirkan satu semangat
kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat Hulu Selangor seperti mana
saya melaksanakan tanggungjawab saya selama 2 penggal lepas sebagai ahli
parlimen Hulu Selangor.