Tuesday, May 1, 2018

Walkabout di Pasar Pagi Peladang Felda Gedangsa - #HebatkanNegaraku #HidupRakyat


1/5/2018 ; Pagi ini saya bersama Datuk Rosni Sohar, calon N05 Hulu Bernam telah
mengadakan program “walkabout” di Pasar Pagi Peladang Felda Gedangsa, Hulu Bernam. Sewaktu “Walkabout” saya berkesempatan untuk terinteraksi dengan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum daripada pengunjung sehingga peniaga. Rata – rata mereka berkongsi bahawa Pasar Pagi ini merupakan Pasar Pilihan pertama masyarakat setempat.

Para peniaga yang berniaga di Pasar Pagi Peladang Felda Gedangsa ini terdiri daripada penduduk Felda Gedangsa dan ada sebahagian daripada mereka dari Felda Soeharto yang menjual hasil pertanian dan penternakan mereka sendiri kerana ramai pembeli menyukai barangan – barangan segar terus dari ladang. Harga barangan yang dijual amat berbaloi serta memenuhi kadar permintaan masyarakat setempat.

Saya berasa amat terharu dengan sambutan baik yang telah diberikan oleh komuniti setempat sewaktu lawatan kami. Saya juga berkesempatan untuk bersarapan pagi bersama dengan masyarakat tempatan di Pasar Pagi ini. Layanan mesra yang diberikan oleh mereka amat memberangsangkan dimana ia membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang patriotik sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Aura pilihan raya yang positif bersemarakan di tempat tersebut dimana ia melahirkan satu semangat kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat Hulu Selangor seperti mana saya melaksanakan tanggungjawab saya selama 2 penggal lepas sebagai ahli parlimen Hulu Selangor.

No comments: