Thursday, June 17, 2010

MY FIRST SPEECH IN THE PARLIAMENT - RANCANGAN MALAYSIA KE-10


Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia saya ingin ucapkan kepada Yg Dipertua dewan yang mulia ini serta Yang Berhormat –Yang berhormat lain. Setelah membaca dan meneliti Rancangan Malaysia yang ke- 10(RMK10) ini saya sangat yakin yang rancangan ini mempunyai kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan kemakmuran semua penduduk bumi yang bertuah ini. Kesemua aspek yang diberikan tumpuan dalam rancangan ini akan membolehkan kita memerdekakan diri daripada menjadi sebuah negara yang terjerat sebagai negara berpendapatan sederhana dan melonjak menjadi negara berpendapatan tinggi yang mempunyai daya saing kental yang mampu menyahut cabaran globelisme.

Selain pembangunan ekonomi RMK 10 juga memberi tekanan yang kuat kepada pembangunan insan dan juga langkah langkah yang menyeluruh dan berkesan untuk menangani gejala social yang negative. Yang pasti RMK10 ini adalah rancangan yang berjiwa rakyat dan berdebar dengan tema 1Malaysia. Tidak ada sesiapa pun yang akan tertinggal dalam pembangunan negara tak kira bangsa, umur, jantina dan agama. Rancangan komprehensif ini membuka laluan untuk setiap warganegara Malaysia memantapkan diri dan menuju ke destinasi kejayaan.

Antara program-program yang saya ingin memberikan perhatian dan tahniah kepada adalah Program PRA SEKOLAH, Program ini akan memastikan yang generasi muda dan harapan masa depan negara akan memulakan perjalanan akedemik mereka pada umur yang lebih muda dan selaras dengan sistem akedemik negara-negara maju. Minda –minda muda ini akan dapat latihan yang kritikal dari umur yang lebih muda untuk menharungi cabaran-cabaran dunia persokalahan akedemik dan rancangan ini akan memperkasakan lagi diri mereka untuk bejaya.Selain daripada itu, program Pra Sekolah ini juga membuka ruang kepada kerajaan untuk menurunkan umur persekolahan daripada 6 hingga 5 tahun dan saya pasti bahawa menjelang 2012 matlamat kerajaan memastikan program ini giat di 87% sekolah di Malaysia pasti dapat dicapai dan dengan berkat tuhan mungkin dapat diatasi. Insentif kerajaan dalam bentuk RM 10 000 untuk memangkinkan pertubuhan institusi prasekolah swasta juga harus ditabik kerana insentif ini juga akan mewujudkan sector ekonomi baru dan mampu menjadi kegiatan ekonomi yang boleh diceburi oleh usahawan-usahawan negara kita.

Tuan yg Dipertua dan hadirin YB-YB saya juga ingin mengucapkan syabas kepada YAB Perdana Mentari dan pasukan RMK10 nya serta kerajaan Malaysia atas peruntukan tambahan RM 70 juta untuk sekolah bantuan modal Tamil untuk tempoh 2011 dan 2012. Peruntukan tambahan ini adalah selepas RM 130 juta telah diberikan untuk tujuaan sama pada tahun 2009. Ini menunjukkan yang kerajaan barisan nasional prihatin dan serius untuk memastikan semua sekolah tak kira bangsa mendapat sokongan dan bantuan kerajaan untuk memantapkan infrastuktur dan menjadikan suasana sekolah lebih lena dan kondusif untuk pelajar-pelajarnya mencapai impian akedemik mereka. Saya telah melihat dengan mata sendiri betapa perlunya bantuan tersebut apabila melawat 9 sekolah tamil di kawasan parlimen Hulu Selangor dan peruntukan ini pasti disambut baik oleh kesemua pelejar, guru-guru dan masysarakat india diseluruh negara . Ini menunjukkan yang slogan 1Malaysia bukan sekadar slogan tetapi prinsip yang akan ditegakkan on kerajaan.” The BN government is talking the talk and walking the walk”. Satu lagi sumbangan dibawah RMK10 yang pasti disambut baik adalah bantuan bayaran bil elektrik dan bil air sehingga RM 2000 bagi setiap sekolah bantual modal. Peruntukan ini pasti meringankan beban kewangan sekolah sekolah modal bantuan tersebut dan wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk perkara dan activity lain yang membawa faedah kepada pelajar-pelajar sekolah.Keputusan kerajaan untuk menambahkan nisbah guru siswazah di sekolah rendah dari 28% hingga ke 60% pasti akan membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran di sekolah sekolah rendah tersebut. Ini juga adalah selaras dengan visi Kementarian Pelajaran Malaysia iaitu “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Lebih dari 3 juta pelajar sekolah rendah akan mengamati kualiti pengajaran yang lebih tinggi kerana langkah ini. Selain itu langkah ini juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada para siswazah negara yang menganggur dan dapat menjana “spill over economic growth and activity”

Dari segi social rancangan kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Kesejahteraan Bandar di bawah Kementerian Wilayah Perseketuaan khasnya untuk menangani isu kemiskinan bandar dengan dana RM 48 juta merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dalam negara. Ramai penduduk bandar yang diklassifikasi sebagai miskin tegar akan memperolehi bantuan dan muafakat daripada langkah ini.Kerajaan juga telah memfokuskan perhatiannya untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah tanpa mengira bangsa melalui program Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat.Sejumlah RM500 juta sebagai ‘seed money” atau peruntukan permulaan telah diperuntukan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat meningkatkan kualiti dan pendapat masyarakat miskin ini. Selain itu rancangan kerajaan untuk membina 78 000 buah rumah mampu milik bagi setiap segmen masyarakat juga pasti disambut baik oleh semua pelosok masyarakat Malaysia yang belum mememiliki tempat kediaman sendiri. Projek ini adalah satu lagi langkah untuk memastikan setiap keluarga di negara mempunyai rumah sendiri dan adalah pelan yang mulia yang menitikberatkan sentiment dan keperluan rakyat jelata.Kerajaan juga telah memperuntukan RM 500 juta untuk usaha membaiki pulih rumah pangsa mampu beli yang sedia ada. Inisiatif ini akan dapat memastikan yang penghuni-penghuni rumah pangsa tersebut tidak tinggal dalam keadaan yang kurang memuaskan. Kesemua langkah-langkah ini menunjukkan kerajjan rela dan ingin memastikan yang proses urbanisasi yang giat berlaku tidak membawa kepada masalah ekonomi dan social yang baru.

Tuan pengerusi dan YB-YB yang dihormati, selepas 52 tahun merdeka namun masih ada lagi wargeneraga Malaysia yang tidak mempunyai keperluan asas seperti bekalan air dan bekalan elektrik dan hidup dalam keadaan yang memudaratkan. Di sebuah estet di kawasan Hulu Selangor masih terdapat penghuni estet yang bejalan kira kira 3km sehari untuk mendapatkan bekalan air bersih. Prasarana-prasarana asas seperti jalan akses, sekolah dan rumah untuk pekerja estet masih ketandusan. Oleh yang demikian langkah kerajaan untuk memperuntukan RM 109 juta bagi tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan kemudahan bekalan air bersih di 182 buah ladang amat tepat dan diperlukan untuk mengatasi masalah rumit dan sirius ini. Langkah ini pasti membawa senyuman yang lebar dan hati yang ringan kepada penghuni-penghuni estet ini yang terpaksa bertungkus lumus setiap hari hanya untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.Saya juga ingin menyeru pihak kerajaan untuk memastikan yang pemilik-pemilik ladang lebih mengambil berat tentang tanggunngjawab mereka untuk menyediakan jalan akses, sekolah dan rumah untuk pekerja estet. Tindakan undang –undang yang tegas dan tindakan lain yang sewajarnys harus dikenakan terhadap pelilik estet yang tidak bekerjasama untuk mencapai objektif ini dan leka terhadap tanggungjawab mereka.

Satu lagi aspek RMK10 yang sangat diperlukan dan pasti diterima dengan tangan terbuka dan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia adalah keputusaan kerajaan untuk membina 8 buah hospital di seluruh negara. Pada pendapat saya akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan dan effectif adalah hak asasi seseorang, “good healthcare is a right not a privilege.” Oleh yang demikian saya sangat berpuas hati dan gembira atas tindakan kerajaan untuk memberikan rawatan yang berkualiti pada kos yang rendah supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil keputusan untuk membuka 197 buah klinik baru di seluruh negara selain daripada 50 klinik 1Malaysia. Kemudahan klinik-klinik ini pasti akan menjadi jawapan kepada doa doa rakyat tinggal jauh daripada hospital-hospital besar dan tidak mempunyai pengangkutan dan kemampuan untuk melawati hospital besar. Kerajaan Malaysia melalui langkah ini telah memudahkan kehidupan beribu-ribu rakyat Malaysia dan juga menunjukkan ikhtibar keraajan untuk mendahulukan rakyat. Mungkin kerajaan Malaysia ingin memastikan yang jika seseorang tidak dapat mengambil perjalanan jauh untuk rawatan maka klinik akan melawat mereka…”if the patient cannot come for treatment….the treatment will come to the patient.” Saya juga harap dan memohon kepada kerajaan agar Hulu Selangor akan menjadi sebuah kawasan yang mendapat kemudahan klinik klink ini.

Walaupaun terdapat pelbagai aspek yang positif dan sangat memberikan kepentingan dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia dalam RMK10 namun terdapat beberapa perkara yang saya ingin sentuh supaya konsep 1Malaysia menjadi lebih relevan dan kenyataan dalam kehidupan setiap warganegara Malaysia. Yang utama antara perkara tersebut adalah menyentuh kepada pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Tuan pengerusi majlis dan YB-Yb sekalian, pelajaran itu adalah sesuatu yang sangat sangat penting kepada pembangunan insan mahupun negara.Bidang pengajian tinggi bukan lagi hal bangsa tetapi adalah demi kepentingan prinsip pembangunan negara. Cuba andaikanlah perasaan seorang pelajar yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang unggul. Selepas mendapat keputusanya yang sangat berjaya hati pelajar tersebut berkecai apabila mendapat tahu bahawa dia tidak mendapat biasiswa yang akan membolehkannya mengikuti kursus yang diimpikan olehnya. Dan cuba bayangkan perasaan pelajar tersebut apabila mendapat tahu yang pelajar yang mendapat keputusan yang tidak sehebat dirinya sendiri mendapat peluang pembelajaran tersebut.Bagaimanankah kita akan dapat menerangkan mengapa hal sedemikian berlaku kepada pelajar tersebut? How are we going to reconcile the situation and 1malaysia? Saya meminta agar kerajaan meneliti dan memastikan supaya setiap pelajar yang mendapat keputusaan yang cemerlang diberikan pengiktirafan biasiswa yang sewajarnya. Ini adalah demi kepentingan prinsis pembanguanan negara, semua pelajar cemerlang adalah sumber negara yang patut dibela supaya pelajat tersebut boleh mencapai tahap optimanya. Dengan mengatasi masalah ini saya juga pasti yang masalah ketara “Brian Drain” negara juga boleh diselesaikan. 

Isu lain yang saya ingin menyentuh adalah berkaitan dengan sistem penyampaiaan kerajaan. Walaupun kerajaan telah menginstitusikan beberapa langkah untuk untuk memastikan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan seperti KPI(Key Performance Index) untuk kementerian-kementerian dan juga KPA(key performance areas) namun kepercayaan umum terhadap sistem penyampaian kerajaan masih boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih unggul. Sistem pemantauan untuk memastikan sistem penyampaian adalah telus dan memastikan objektif kerajaan dicapai patut diwujudkan. Sebagai contoh pada tahun 2008 pihak kabinet yang merupakan badan eksekutif tertingi negara telah memutuskan bahawa 7.4% daipada perjawatan dalam sistem perkhidmatan awam di semua peringkat akan disandang oleh kaum india, tetapi sehingga sekarang tiada usaha-usaha yang benar untuk mercerminkan hala tuju ini. Seruan ini bukan untuk menegakkan perjuangkan kaum tetapi untuk menunjukkan bahawa terdapat kelalaian dan kelemahan dalam sistem penyampaian kerajaan. Bagaimanakah rakyat umum boleh mempercayai sistem penyampaian jika keputusan kabinet sendiri tidak menjadi kenyataan dalam hampir 2 tahun. Saya ingin menyeru pihak kerajaan untuk memastikan yang sistem penyampaian kerajaan akan menjadi pemangkin kepada proses mentransformasi negara kearah mencapai Wawasan 2020 dan bukan menjadi sebab trasformasi ini tergendala.

Tuan Pengerusi, baru -baru ini YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi komitment beliau untuk mengurangkan sisa karbon Malaysia sebanyak 40% di sebuah persidangan iklim antarabangsa di bandar Copenhagen. Susulan itu dalam RMK10 beliau telah menunjukkan cara bagaimana negara kita boleh mula berkecimpung dalam sebuah jenis perdagangan yang membawa pelbagai faedah kepada negara kita selain daripads meraut keuntungan ekonomi. Dana untuk skim pembiayaan teknologi hijau dibawah RMK10 adalah RM1.5 billion. Dana ini adalah untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pengeluaran produk dan penyedian perkhidmatan. Akan tetapi saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menelaah dengan lebih mendalam dan juga menggalakan para usahawan untuk mengambil bahagian dalam perdagangan karbon kredit. Perdagangan kredit ini mempunyai banyak potensi untuk negara kita yang ingin mengurangkan emisi karbonya dan juga menjadi sebuah negara yang memberikan kepentingan kepada misi menjaga alam sekitar untuk generasi-generasi yang akan datang. Perdagangan karbon kredit ini juga amat penting kepada negara kita kerana kita masih menggunakan cara penjanaan tenaga yang mengeluarkan emisi karbon yang tinngi dan juga Malaysia mempunyai banyak industri yang mengeluarkan karbon yang banyak seperti kilang pemprosesan kelapa sawit dan getah. Perdagangan karbon credit ini adalah suatu peluang yang unik untuk negara kita meraut keuntungan ekonomi dengan menjual kredit karbon kita dan pada masa yang sama menjamin kesucian alam sekitar negara kita. Perdagangan karbon kredit ini dipantau oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. Secara ringkas jikalau sesebuah negara,perniagaan, pengilang mempunyai kadar karbon yang tinggi misalnya 10 000 tan metric co2 dan mereka mengambil langkah untuk menurunkannya kepada 8000 tan metric co2 melalui applikasi tenaga hijau maka 2000tan metric co2 tersebut yang dikurangkan boleh didagangkan sebagai sebuah komoditi di pasaran antarabangsa. Inilah masanya negara kita mula megambil bahagian dalam activity ekonomi sebegini yang merukan “activity new economy” yang mempunyai potensi untuk menjadi perniagaan yang besar. Menurut Louise Redshaw,ketua pasaran perdagangan kredit Barclays capital “carbon will become the world’s biggest commodity market, and it could become the world’s biggest market overall”. Oleh yang demikian saya ingin memenita pihak kerajaan untuk menggalakkan usahawan dinegara kita untul mencari peluang untuk mempelajari and mengambil bahagian secara actif dalm perniagaan perdagangan karbon kredit ini yang mempunyai potensi yang begitu besar.

Tuan pengerusi majlis, saya berpendapat bahawa RMK 10 adakah sebuah rancangan yang komprehensif dan menyeluruh. Rancangan ini mempunyai ciri ciri yang mampu menyemarakkkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing untuk bertarung dalam gelanggnag dunia yang penuh dengan cabaran. Perancangan tersusun dan semangat RMK10 ini akan memberikan kerajaan semua peralatan untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan. RMK10 ini juga adalah bukti yang 1malaysia adalah kenyataan yang sebati dengan prinsip dan jiwa kerajaan BN. Tiada siapa yang akan terpinggir dan tidak dapat menikmati Malaysia yang gemilang yang bakal menjadi hasil RNK10 ini. Pengagihan yang bijak bajet RM 230 Billion ini akan menjadi stimuli untuk negara kita melakukan “paradigm shift” dalam segala aspek kepentingan dan kemakmuran nasional negara kita.Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak serta kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan RMK10 yang berwibawa ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapakn terima kasih kepada jawatankuasa kabinet khas untuk kaum india yang telah memberikan sumbangan kepada RMK10 yang pasti menyentuh hati dan hidup masyarakat india di negara kita.

Kepada Yb-yb dari pihak pembangkang saya ingin mengundang mereka untuk memberikan komen komen serta pandangan yang konstrutive untuk memartabatkan lagi RMK10…..hanya membuat kiritikan semata –mata dan komen sinis dan tidak memberi rancangan atau penyelesaian tidak menjustifikasi harapan rakyat yang merberi peluang untuk berada di dewan yang mulia ini. “I implore you to be part of the solution and not the problem” akhir sekali saya ingin nenyatakan dengan izin 'ELLAM PUGALUM IRAIVANUKKE' yang bermaksud segala puji-pujian kepada tuhan yang maha penyayang kerana memberikan saya peluang mewakili rakyat Malaysia dan Hulu Selangor dalam proses memeta masa depan negara yang tercinta kita Malaysia.Saya berdoa agar segala impian dan objektif RMK10 akan direalasasikan secepat mungkin dan sejaya mungkin. Sekian terima Kasih. 

Tuesday, June 8, 2010

MY FIRST PARLIAMENTARY QUESTION


Yesterday [6th June 2010] was indeed an important day in my life, i was sworn in as the Member of Parliament of Hulu Selangor. It was not only a happy moment for me, but also for my family and friends and also for my Party - Malaysian Indian Congress and Barisan Nasional.

Today is yet another important day for me;

My first parliamentary question would be up today. You may want to know what is the question. 

My question is directed to the Minister of Human Resources;

"I want to know what are the measures taken to overcome the problem of water facilities for estate residents; and

whether the Government will formulate a policy to make all estate owners be responsible for electricity and water supply facilities to the estate communities."

I am indeed looking forward for an reply and will keep you posted.

Just for your information, right now, YAB Deputy Prime Minister is replying a question raised by Dato' Nuraini bt Ahmad [MP - Parit Sulong].