Terima Kasih Tuan Yang Dipertua,
Setelah membaca dan meneliti dengan rapi Bajet tahun 2011, saya sangat yakin bahawa Bajet ini mempunyai kesemua ciri-ciri yang diperlukan untuk meningkatkan lagi tahap sosial, ekonomi dan taraf hidup serta kemakmuran semua penduduk negara Malaysia yang bertuah ini.
Kesemua aspek yang diberikan tumpuan dalam rancangan ini akan membolehkan kita memerdekakan diri daripada menjadi sebuah negara yang terjerat sebagai negara berpendapatan sederhana dan melakukan trasformasi paradigma ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang mempunyai daya saing kental yang mampu menyahut cabaran-cabaran globelisma dengan berjaya.
Bajet tahun 2011 mempunyai keseimbangan yang menyeluruh dan merangkumi kesemua segi kehidupan rakyat jelata. Bajet yang komprehensif ini menunjukkan semangat kerajaan Barisan Nasional untuk mengharungi segara rintangan dan dugaan yang menghalang hala tuju Malaysia untuk menjadi negara dunia pertama menjelang 2020. Intipati bajet 2011 juga berdebar dengan inspirasi laungan 1Malaysia, tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan (melainkan mereka sengaja hendak ditinggalkan) dalam proses trasformasi negara dan belanjawan 2011 mempamerkan kommitment kerajaan untuk mempraktikan konsep 1Malaysia – Rakyat Di dahulukan ; Pencapaian Di utamakan.
Kesemua bidang yang diberikan pertolongan oleh kerajaan dalam belanjawan ini merentasi perbezaan bangsa dan agama dan adalah demonstrasi kukuh kerajaan 1Malaysia yang memeluk segala impian dan aspirasi rakyat tanpa mengira pebezaan etnik dan agama.
Tuan Yang Dipertua;
Bajet tahun depan tidak menaikkan cukai untuk mereka-mereka yang merokok dan meminum arak. Malaysia merupakan negara 10 terbesar dalam pengambilan alkhohol di dunia, situasi ini berlaku walaupun Malaysia mempunyai cukai yang tinggi untuk kebanyakkan jenis alkhohol ini dan adalah antara cukai yang paling tinggi di dunia untuk minuman keras, mungkin ini merupakan sebab utama mengapa Kerajaan tidak mencadangkan untuk menaikkan cukai – yang saya rasa boleh di terima.
Walaubagaimanapun ada sejenis minuman keras khasnya dengan izin “compounded hard liquor” atau lebih dikenali dengan nama samsu yang cukainya tidak cukup tinggi. Alkohol jenis ini adalah sangat pekat dan peratusan alkohol yang tinggi iaitu di rantau 40%. Minuman jenis ini tiada proses pematangan dan juga mengandungi perisa serta karamel dan gula. Penyalahgunaan alkohol jenis ini adalah suatu masalah yang memudaratkan yang sedang berlaku di negara kita sekian lama khasnys antara golongon berpendapatan rendah (pendapatan bawah RM 1600 sebulan). Antara sebab alchohol jenis ini adalah sangat meluas adalah harganya adalah sangat murah berbanding minuman keras lain serta ianya mudah diperolehi di merata tempat seperti kedai ubat, pasar mini dan pasar raya. Harganya yang begitu murah membuatnya pilihan utama antara mereka yang mengamati tabiat minuman keras ini antara golongan berpendapatan rendah. Harganya untuk setiap hidangan adalah hanya RM1.20 berbanding RM5.60 satu hidangan untuk arak bir dan RM7.27 untuk minuman keras berkualiti premium.
Masalah penyalahgunaan samsu ini dalalah masalah yang bukan hanya tertumpu kepada satu segmen masyarakat tetapi adalah masalah nasional yang akan membawa padah kepada negara kita secara umumnya dari aspek social, kesihatan, dan juga ekonomi. Mereka yang menyalahgunakan alcohol jenis samsu ini telah menjadi hamba kepada tabiat ini dan akibatnya adalah mereka tidak lagi boleh bekerja pada tahap optima dan produktiviti mereka akan menurun. Selain itu tabiat ini juga menjadi punya banyak gejala sosial khasnya yang membawa kesan negative kepada keluarga mereka yang terlalu banyak ketagih kepada minuman samsu ini. Stesyen television AL Jazeera telah membuat suatu rencana yang menunjukkan pelbagai kesan negative tabiat ini yang telah menonjolkan betapa seriusnya masalah ini. Mereka telah mendapati bahawa kes kes kekerasan dalam institusi keluarga dimana tabiat meminum alcohol ini berleluasa. Selain itu masalah kesihatan jangka panjang dan serius juga didapati antara mereka yang menjadi ketagih minuman keras ini. Selain itu rencana tersebut juga telah menunjukkan yang penyalahgunaan arak ini juga akan menjana suatu persekitaran yang negative untuk mendidik generasi muda anak anak mereka untuk menjadi berjaya.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengambil tindakan untuk mengatasi masalah penyalahgunnan arak samsu ini dengan memperkenalkan cukai exsais yang lebih tinggi supaya arak ini tidak begitu murah untuk diperolehi. Langkah ini sangat penting untuk memastikan supaya masalah ini tidak menjadi lebih runcing dan juga menjadi pemangkin untuk memastikan mereka yang terjerumus dengan tabiat ini tidak dapat minum terlalu banyak hinggakan mereka kehilangan kesihatan dan hidup keluarga mereka. Karajaan mempunyai tanggunjawab untuk menyekat masalah arak ini supaya generasi muda tidak menjadi mangsa kepada mereka yang cendorong dalam tabiat meminum samsu ini. Harga yang lebih tinggi juga akan memamstikan yang mereka yang belum mencuba arak ini mungkin tidak akan mencubanya dan ini sangat penting kerana dijangka bahawa pengguna samsu ini akan meningkat 3% hingga 5% dari tahun 2009 hingga 2014.
Tuan Yang diPertua;
Keselematan Negera merupakan benteng kekuatan Malaysia – tanah tumpahnya darah ku ini. Kita tidak harus mengadaikan keselamatan negara semata-mata untuk menjadi popular. Justeru, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri serta kerajaan Barisan Nasional atas peruntukkan RM 350 juta yang yang dikelolakan kepada Polis DiRaja Malaysia. Peruntukkan ini menunjukkan betapa tegasnya ikhtibar kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan aman untuk masyarakat umum negara. Peruntukkan ini juga adalah pengiktirafan kepada prestasi membanggakan Polis DiRaja Malaysia yang telah berjaya menurunkkan indeks jenayah jalanan sebanyak 38% serta menurunkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 16% dalam tempoh Sembilan bulan pertama 2010. Syabas diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri atas kejayaan ini dan diharap peruntukan ini akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Disini saya ingin mengilhamkan suatu konsep untuk merperluaskan pengaruh Polis DiRaja Malaysia kedalam kehidupan pelajar pelajar negara kita.
Tuan Yang DiPertua;
Tidak dapat dinafikan yang masa depan negara yang disayangi kita berada dalam tangan generasi muda yang kini berada di bangku sekolah. Generasi ini akan mewarisi negara kita pada suatu hari kelak dan ia adalah tanggungjawab kita semua untuk memastikan yang mereka dilengkapi dengan kesemua ciri-ciri keperibadian dan sahsiah yang unggul. Alangkah malangnya tahap disiplin di banyak sekolah ada pada tahap yang tidak begitu memuaskan. Walaupun terdapat banyak faktor yang telah menyumbang kepada situasi ini seperti peranan ibu-bapa, dunia serba moden di mana arus maklumat tidak terbatas boleh didapati namun saya ingin mencadangkan cara untuk memperkasakan peranan Polis DiRaja Malaysia dalam sistem persekolahan negara kita. Secara semulajadi kebanyakkan insan dan khasnya pelajar mempunyai rasa hormat dan terpesona dengan mereka yang menjadi anggota polis. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengambil kesempatan untuk memulakan satu unit (Contoh; Unit Polis Sekolah) yang hanya menumpukan perhatiannya terhadap pelajar-pelajar sekolah. Unit baru ini boleh dimodal selepas unit khas yang sedia ada yang tertumpu kepada isu-isu pelancong iaitu polis pelancong. Tanggunjawab unit ini adalah hanya untuk merapati golongan pelajar ini dan mempengaruhi mereka untuk menjadi pelajar yang baik serta warganegara yang menghormati serta mengikuti undang undang negara dan sekolah. Selain itu pihak polis yang ditugaskan kepada setiap sekolah juga akan menjadi dengan izin “deterent force” kepada pelajar yang sering melanggar undang- undang sekolah seperti memonteng sekolah dan bergiat dalam activiti gangsterisme. Mekanisme pihak polis merapati dan mengawasi pelajar pelajar sekolah ini pasti akan membawa kesan yang positif dan memupuk tahap disiplin yang lebih tinggi di kalangan pelajar pelajar sekolah negara kita. Ini secara langsung akan membawa generasi muda yang lebih bertanggunjawab dan suasana persekolahan yang lebih kondusif untuk mencapai keputusan akedemik yang tinggi.
Tuan Yang DiPertua;
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysian atas usaha mereka membangunkan infrastuktur sekolah-sekolah bantuan modal diseluruh negara yang merangkumi sekolah bantuan modal agama, mubaligh, tamil dan cina. Peruntukkan sebanyak RM250 juta ini menunjukkan ketelusan dan keikhlasan kerajaan dalam menyediakkan persekitaran pembelajaran yang optima untuk semua pelajar tidak kira bangsa dan agama. Peruntukan sebegini menunjukkan perwatakkkan konsep 1Malaysia yang disebut-sebut oleh pelbagai lapisan masyarakat negara kita. Ini adalah bukti kukuh yang kerajaan sedang mempraktikan slogan 1Malaysia dan ianya bukan hanya retorik politik semata-mata. Disini saya juga ingin meminta pihak kerajaan untuk cuba walaupun tidak segera tetapi bermula dengan proses menukarkan kesemua sekolah separa bantuan kepada sekolah bantuan penuh. Langkah ini akan membolehkan sekolah-sekolah tersebut mendapat bantuan dengan lebih mudah serta mengurangkan beban ibu bapa pelajar-pelajar sekolah separa bantuan
Tuan Yang DiPertua;
Memang tidak dapat di nafikan, kerajaan sepatutnya menjadi punca utama dalam proses pembangunan sekolah dan infrastukturnya namun sudah tiba masa untuk mendapatkan penyertaan yang lebih mantap daripada masyarakat umum serta sektor swasta untuk lebih giat melibatkan diri dalam proses memartabatkan suasana dan infrastuktur sekolah di kawasan mereka. Satu cara untuk menggalakkkan sifat pro aktif ini adalah dengan membenarkan segala derma dan sumbangan kepada sekolah sekolah menjadi dengan izin “tax exemption” atau pengecualian cukai untuk sumbangan tersebut. Ini secara langsung akan menjadi pemangkin untuk sector swasta dan individu untuk menghulurkan sumbangan kepada sekolah-sekolah yang memerlukannya. Untuk memastikan tidak hanya satu jenis sekolah atau sekolah tertentu tidak mendapat semua sumbangan mungkin pihak kerajaan boleh meletakkan satu “cap” atau tahap maksima sesuatu sumbangan kepada RM 10 000. Ini akan memastikan yang pengagihan yang lebih saksama dan adil berlaku apabila sumbangan ini disalurkan. Saya juga ingin mencadangkan yang pihak kerajaan cuba mengintegrasi konsep 1Malaysia dalam memulakan kempen derma pengecualian cukai ini. Satu cara untuk membuat sedemikian adalah pihak swasta dan individu yang ingin membuat sumbangan digalakkan untuk berbuat demikian kepada sekolah yang memerlukannya dan bukan hanya kepada sekolah yang sama jenis dengan bangsa mereka. Dengan cara ini bukan sahaja masyarakat umum boleh menjadi penyumbang kepada meningkatkan kualiti suasana pembelajaran tetapi juga memupuk semangat 1Malaysia dimana semua yang mermerlukan bantuan akan ditolong tidak kira bangsa, agama dan keturunan kerana pada pucuk akarnya semua pelajar dimana-mana sekolah adalah anak-anak ibu Malaysia.
Tuan Yang DiPertua;
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas peruntukkan beliau sebanyak RM 166 juta untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kebajikan golongan warga emas negara kita. Peruntukan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap warga negara yang telah membina negara kita dengan titik peluh dan darah mereka. Peruntukan tersebut adalah tepat dan amat wajar untuk memastikan warga emas negara kita tidak bersusah payah pada usia emas mereka.
Mengikut statistik Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat lebih kurang 2 juta warga emas di negara kita menjelang tahun 2009. Warga emas ini adalah generasi yang telah menyumbang banyak ke arah pembangunan negara kita sehingga kemakmuran yang kita sedang menikmati pada hari ini. Seluruh negara patut berhutang budi kepada segala pengorbanan dan sumbangan yang telah mereka buat. Alangkah malangnya segala sumbangan mereka sebagai pemimpin keluarga tidak dibalas dengan kasih sayang yang sepatutnya. Kes kes dimana ibu bapa dibiarkan tinggal bersendirian dan dihantar ke rumah orang orang tua dan kebajikan kian meningkat. Ini bukan satu fenomena yang patut dibanggakan dan pastinya bukannya adat dan budaya orang timur. Ia adalah tanggungjawab serta berkat seseorang anak untuk memastikan ibu bapanya dijaga dan segala keperluan mereka disediakan. Satu cara untuk membalikkan kecenderungan ini adalah untuk pihak kerajaan memberikan insentif cukai untuk mereka yang menjaga ibu bapa mereka di rumah mereka sendiri. Insentif cukai ini boleh perpandukan kepada model incentif cukai yang kita gunakkan untuk ibu-bapa yang menjaga anak-anak mereka. Dengan cara ini lebih ramai anak-anak akan mendapat galakkan untuk memastikan yang ibu-bapa mereka dijaga di rumah mereka sendiri dan tidak dihantar ke rumah orang tua atau ditinggalkan sendiri. Kepada mereka yang betul-betul tidak mempunyai kebolehan kewangan untuk menjaga ibu bapa mereka, mereka boleh menghantar permohonan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan ketidakupayaan mereka dan jika pihak kementerian mendapat permohonan mereka boleh di beri kelulusan berdasarkan kepada situasi, Kementerian boleh menghantar surat yang akan membolehkan mereka menghantar ibu-bapa mereka ke rumah orang tua. Jikalau surat daripada Kementerian tidak dikeluarkan maka ibu bapa tersebut tidak patut diterima sebagai penghuni sah dimana-mana rumah orang tua dan rumah kebajikan. Mekanisme insentif cukai dan surat dari kementerian ini adalah batu lonjatan yang amat perlu untuk memastikan yang warga emas negara kita tidak diabaikan dan sengsara pada usia lanjut mereka serta menjadi pendorong kepada anak-anak supaya menjaga ibu-bapa yang telah banyak berkorban untuk kebaikkan mereka.
Tuan Yang DiPertua;
Langkah kerajaan untuk memperuntukkan RM 50 juta untuk membantu golongan pekerja estet memilikki rumah sendiri adalah lagi satu langkah yang patut disanjungi yang terkandung dalam bajet 2011 ini. Sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat perihatin kepada nasib pekerja-pekarja ladang dan isu perumahan kepada mereka. Golongan ini telah lama menabur bakti di estet estet dan menyumbang kepada pembangunan negara kita dan ada diantara mereka yang masih tidak mempunyai sebuah rumah untuk dipanggil rumah sendiri walaupun sudah bekerja di estet-estet ini lebih 50 tahun dan merentasi tiga generasi keluarga mereka. Langkah ini menunjukkan betapa kerajaan menghargai sumbangan mereka kepada proses pembangunan negara dan pasti disambut baik oleh golongnan pekerja estet. Namun, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya satu badan khas ditubuhkan untuk memantau supaya bantuan kewangan dibawah skim pembiayaan rumah kos rendah untuk golongan pekerja estet ini sampai kepada mereka yang benar benar memerlukannya dan wajar menerimanya. Langkah ini adalah untuk memastikkan yang implementasi rancangan mulia kerajaan ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
Tuan Yang DiPertua;
Langkah kerajaan untuk memperuntukkan RM 250 juta kearah memperkasakan Malaysia sebagai pilihan utama pelancong adalah satu langkah yang bijak dan mempunyai dasar pandangan jauh yang amat wajar. Negara kita telah dianugerahkan pelbagai jenis flora dan fauna serta alam sekitar yang unik dan penuh keindahan. Selain itu kita sebagai sebuah negara mempunyai infrastuktur yang amat baik serta populasi yang berhemah dan berpendididkan. Masyarakat kita yang berbilang kaum, bangsa dan agama adalah lagi satu keunikkan yang boleh diambil kesempatan untuk menarik pelancong. Malaysia diberkati dengan hutan tropical yang berjuta-juta tahun lamanya serta pantai-pantai yang keindahannya tidak terhingga. Kerajaan akur dengan potensi pelancongan negara kita dan telah mengambil langkah yang tepat untuk menigkatkan jumlah pelancong ke negara kita yang telah menyumbang lebih daripaada RM 50 billion pada tahun 2009. Aspirasi kerajaan dalam membangunankan pasaran pelancong pasti akan mencapai kejayaan dan mampu menjadi penjana ekonomi yang sangat penting dan lumayan kepada negara kita. Saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menyalurkan pelaburan daripada peruntukkan RM85 juta ke kawasan Hulu Selangor untuk menyediakan infrastuktur seperti hotel dan resort peranginan. Hulu Selangor adalah suatu tempat yang potensinya untuk dibagunankan sebagai destinasi pelancongan belum direalasasikan dan saya ingin meminta pihak kerajaan untuk membantu dalam proses menukar Hulu Selangor menjadi tapak pelancongan yang premium. Hulu Selangor mempunyai banyak tempat yang keindahhannya mempegunkan. Terdapat hulan belanatra yang sesuai untuk “nature trek” dan “hike” seperti Bukit Kutu yang potensinya belum pada tahap optima. Selain itu Sungai Pertak juga boleh dibangunankan lagi kerana keindahnya air terjunya serta sungainya yang sesuai untuk aktiviti “white water rafting”. Kolam air pertak adalah lagi satu tempat yang sangat indah dan mempunyai daya menarik pelancong, dikatakan yang air di dalam kolamnya mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai keasakitan dan keaibaan badan. Kawasan sekitar empangan Selangor juga mempunyai potensi yang hebat untuk dibangunkan sebagai destinasi eco tourism yang unggul. Ia adalah harapan saya yang pihak kerajaan menolong membangunankan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancong kerana potensinya amat besar untuk menjadi penjana ekonomi kepada rakyat tempatan dan industri pelancongan.
Tuan Yang DiPertua,
Kepreihatinan YAB Perdana Menteri terhadap golong belia terserlah apabila kerajaan telah memperuntukkan sujumlah RM60 juta untuk program memperkasakan Kemahiran Industri di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan pada masa yang sama sejumlah RM220 juta di peruntukkan kepada graduan-graduan daripada jurusan lain untuk memastikan bahawa mereka bersiap-sedia untuk menceburi dalam bidang-bidang yang lain, sementera itu sebanyak RM474 juta diagihkan untuk mengukuhkan keupayaan kemahiran belia yang tidak mempunyai kelayakan ijazah yang termasuk pelajar lepasan sekolah, belia dan juga pekerja-pekerja.
Apa yang lebih manis ialah, peluang ini dapat di nikmati oleh semua belia di Malaysia tak kira agama, bangsa dan juga etnik mereka – sekali lagi konsep 1Malaysia berkumandang dalam Bajet 2011.
Tuan Yang DiPertua;
Saya ingin melafazkan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Razak kerana langkahnya dalam pemperuntukan RM 2OO juta untuk menawarkan kelas sebelah malam untuk pelbagai bahasa dan muzik, langkah ini pasti diterima baik oleh semua pelosok masyarakat yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka atatu bahasa tambahan serta muzik. Langkah ini sekali lagi mununjukkan yang kerajaan menekan untuk pembangunan sejagat kesemua masyarakat di Malaysia dan bersifat 1Malaysia. Saya ingin melontarkan cadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberikan peluang dan menggaji semula cikgu-cikgu yang sudah bersara untuk menjalankkan kelas kelas tersebut. Ini akan membolehkan warga cikgu yang telah bersara ini suplemen pendapatan mereka selain sumber pendapatan pension.
Tuan Yang DiPertua;
Saya berpendapat bahawa Belanjawan 2011 adalah sebuah Belanjawan yang dirancang dengan teliti serta yang komprehensif dan menyeluruh. Bajet ini mempunyai ciri ciri yang mampu menyemarakkkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing untuk bertarung dalam gelanggang dunia yang penuh dengan serba kompetitif. Perancangan tersusun dan semangat Bajet ini akan memberikan kerajaan semua peralatan untuk menempuhi segala rintangan dan dugaan. Bajet ini juga adalah bukti yang 1Malaysia adalah kenyataan yang sebati dengan prinsip dan jiwa kerajaan BN.
Tuan YangDiPertua;
Tiada siapa yang akan terpinggir selain daripada beberapa rakan pembangkan serta penyokong mereka yang tidak tahu bagaimana untuk menghargai,
kebaikkan daripada keburukan,
yang benar daripada yang menipu,
yang berjaya membentuk kerajaan daripada yang berangan-angan untuk membentuk kerajaan
dan mereka jugalah yang tidak dapat menikmati Malaysia yang gemilang yang bakal menjadi hasil Bajet ini.
Pengagihan yang bijak peruntukkan bajet ini akan menjadi stimuli untuk negara kita melakukan tranformasi berjaya dalam segala aspek kepentingan dan kemakmuran nasional negara kita. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak serta kabinet yang diterajui beliau yang telah berjaya mewujudkan Bajet yang berwibawa ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapakan terima kasih kepada Jawatankuasa Kabinet Khas untuk kaum India yang telah memberikan sumbangan kepada pembentukkan bajet yang pasti menyentuh hati dan hidup masyarakat india di negara kita. Akhir sekali dengan izin `Yellam Pugalum Iraivanekay’ maksudnya segala puji-pujian dan kesyukuran kepada tuhan yang maha penyayang kerana memberikan saya peluang memeta masa depan negara yang tercinta kita Malaysia. Saya berdoa agar segala impian dan objektif Bajet 2011 akan direalasasikan secepat mungkin dan sejaya mungkin.
Sekian Terima kasih dan saya mohon cadang untuk menerima Bajet 2011.

1 comment:
Hello there!
lama YB tak update blog?
been busy i guess??
apa cerita hulu selangor?
please update often bout aktiviti YB di sana.
Love to see your personality and the way you attract pengundi di HS dalam PRK yang lalu
keep with the good work :D
Post a Comment