Tuesday, November 23, 2010

ISU RUMAH IBADAT (BUKAN ISLAM)


Saya telah membangkitkan satu pertanyaan kepada Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, pertanyaan seperti berikut;

a) Jumlah rumah ibadat (bukan islam) yang berdaftar di Malaysia; dan

b) Jumlah peruntukan yang telah di beri kepada rumah-rumah ibadat tersebut sejak tahun 2000 hingga sekarang dan jumlah peruntukan yang akan di agihkan untuk membantu rumah-rumah ibadat tersebut dalam jangka masa 5 tahun akan datang.

JAWAPAN DARIPADA MENTERI;

a) Berdasarkan Kajian Inventori Tempat Ibadat Bukan Islam yang di jalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2008, jumlah rumah ibadat yang dikenalpasti samada berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 4,244 buah. ia terdiri daripada Tokong Cina/Buddha/Watt Siam sebanyak 2,117 buah, Gereja 524 buah, Kuil Hindu 1,466 buah, Gurdwara Sikh 78 buah dan lain-lain tempat keagamaan selain Islam 59 buah.

b) Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan tidak menyediakan peruntukan bagi kos pembangunan dan operasi rumah-rumah ibadat bukan Islam. Peruntukan bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di salurkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Unit tersebut, bagi tempuh 2000 hingga 2010, sejumlah RM30juta (RM28,960,928.00) telah diperuntukkan bagi menaiktaraf dan membina 1,360 buah rumah ibadat bukan Islam.



5 comments:

poobalan said...

interesting statistics. Wonder if any other MPs has asked the questions before this in recent years.

There's just 1466 Hindu temples (both registered and unregistered)? I thought some quarters claimed there's 10,000 or 20,000 temples.

roughly RM30 million over 11 year period for total of 1,360 places = less than RM2.7 mil per year or RM22,000 per place. Sad indeed!

Anonymous said...

whats the point having so many worship places while the condition of the people doesn't improve!

Panglima Perang Cyber said...

Statistik tetap statistik.

cuma berapa ramai akan akui BN memang adil kepada semua ?


cuma definisi adil itu siapa yang buat kajian mengenainya ?


yang tidak adil bila kebebasan beragama disekat atau dihalang.

namun semua agama selama ini amat bebas dengan cara dan ritual mereka selagi tidak melanggar undang2 atau mengancam keselamatan awam.

harap rakyat akan sedar.

Panglima Perang Cyber said...

YB saya ada link blog YB di blog Panglima.


tq

Anonymous said...

Want to be really meaningful with this info from the Ministry?

Try asking expilicit details of the locations of such places of worship for Hindus in this country.

Then share it with Malaysian Hindu Sangam and ask them to verify the accuracy of the information.

This is the follow through that will lead us to the truth and once and for all put an end to the speculation on the mumber of Hindu temples in the country.

And do take note please, Sabah and Sarawak are in Malaysia. So the Hindu temples there too must be included in the statistics.

Will this be done?

ARASU