Tuesday, January 18, 2011

SYABAS KEPADA ENCIK S MURUGESAN & ENCIK S VEL PAARI

Saya baru sampai ke rumah saya sebentar tadi, setelah satu hari berada di Segamat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi MIC yang pertama untuk tahun ini dan juga untuk turut serta dalam program YAB Perdana Menteri bersama penduduk-penduduk di Tenang.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya telah mengambil keputusan untuk menulis satu artikel dalam blog saya, ramai kawan-kawan saya dari Media mula memanggil saya untuk mendapat komen serta pendapat saya mengenai keputusan Majlis Tertinggi MIC mengenai perlantikan Encik S Murugesan sebagai Ketua Penerangan Parti MIC.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan seperjuangan saya Encik S.Murugesan atas perlantikkan beliau sebagai Ketua Penerangan MIC dan Encik S Vel Paari sebagai Pengerusi Biro Media Baru. Saya mengenali saudara S Murugesan sejak zaman saya di pergerakkan Pemuda MIC pada pertengahan dekad 90an. Beliau merupakan seorang yang berwawasan dan berdedikasi kepada perjuangan parti dan saya amat yakin yang beliau adalah pilihan yang tepat dan wajar untuk tanggungjawab besar posisi Ketua Penerangan parti. Manakala Encik S Vel Paari pula telah banyak membantu pergerakkan Pemuda serta Putera MIC peringkat Kebangsaan dalam pelbagai aspek, kecenderungan beliau dalam dunia media baru memang akan menjadi aset melalui perlantikkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri S.Samy Vellu bekas Presiden MIC atas segala kepercayaan beliau dalam diri saya dan kerana peluang yang diberikan oleh beliau untuk menyumbang kepada parti sebagai Ketua Penerangan sejak tahun 2009.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Parti Datuk G Palanivel yang juga telah memberi saya peluang berkhidmat di bawah kepimpinan dinamik beliau. Datuk G Palanivel merupakan seorang pemimpin yang sentiasa sedar bahawa kecemerlangan organisasi tertakluk kepada sejauhmana kita memaanfaatkan aset utamanya iaitu modal insan. Komitmen beliau kepada kepercayaan ini dibuktikan dengan perlantikkan saudara S Murugesan sebagai Ketua Penerangan MIC.

Visi Presiden Parti adalah untuk memastikan yang laungan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian DiUtamakan” dapat direalasasikan dalam MIC.

Perlantikan Saudara S Murugesan akan memberikan saya peluang yang lebih untuk terus berkhidmat di kawasan Hulu Selangor sebagai ahli parlimennya. Saya akan nenggandakan usaha saya untuk memastikan visi Presiden Parti Dan YAB Perdana Menteri dapat dipraktikkan dan membawa kepercayaan dan kejayaan kepada keraajan Barisan Nasional.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli-ahli MIC dari pelbagai peringkat bermula dari ahli biasa, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua Negeri serta serta Majlis Tertiggi MIC atas segala sokongan , tunjuk ajar serta bimbingan mereka semasa saya menjadi Ketua Penerangan.

Terima Kasih juga kepada rakan seperjuangan saya di bidang media cetak, elektronik dan media baru yang telah bekerjasama dengan saya untuk memenuhi tanggung jawab tersebut. Saya penuh yakin dan kesemua sokongan ini akan juga diberikan kepada saudara S Murugesan dan saya sendiri akan sedaya upaya saya untuk menolong beliau dalam apa cara yang di perlukan.


Salam 1Malaysia - RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

3 comments:

Ilamaran Ramamoorthy said...

Terima kasih YB! Walaupun saya agak terperanjat dengan perubahan dalam jawatan Ketua Penerangan MIC, saya berpendapat bahawa ianya dibuat berlandaskan kepada beberapa faktor tertentu.

Sepertimana yang YB sebut, ia memberikan lebih banyak masa kepada saudara memperuntukkan lebih banyak masa untuk berjumpa dengan penduduk di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Saudara adalah seorang idola kepada saya dalam politik dan saya amat menghormati segala usaha yang diambil oleh saudara untuk menyebarkan maklumat sehingga ke peringkat akar umbi di kalangan masyarakat India.

Tahniah dan syabas juga kepada Saudara Murugesan dan Saudara Vell Paari di atas perlantikan mereka!

Unknown said...

murugesan should not have been kicked by DS Samy in the first place.....u all should have commented this earlier....a good leader with excellent vision for the youths....as for the other guy....i reserve my comment!!

Mahandran Subrayan said...

Thank you for support Mr. Murugesan who is energetic and daring to voice what he thought is right. He is our future leader.