Tuesday, March 22, 2011

KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

Jawapan dari Kementerian kepada soalan saya mengenai Isu Rumah Terbengkalai di Kawasan Kulu Selangor;

"Setakat ini terdapat 5 projek terbengkalai di kawasan Hulu Selangor iaitu empat di Lembah Beringin dan satu di Desa Beruntung, Ulu Yam. Status masa bagi empat projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin ialah pengurus dan penerima, 'receiver and manager' bagi projek-projek sedang membuat pelawaan kepada pemaju penyelamat yang berminat. Manakala bagi satu projek di Desa Beruntung Ulu Yam, ianya masih dalam projek mendapatkan pemaju penyelamat.

Kementerian sememangnya memandang serius perkara ini dan menyedari bahawa buat masa ini tiada peruntukan khusus di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi mengambil tindakan ke atas pemaju peumahan yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kepada perundangan sedia ada sedang dilakukan dengan cadangan pindaan kepada peruntukan di bawah Akta 118 agar peruntukan khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju perumahan yang menyebabkan satu projek perumahan itu terbengkalai demi menjaga kepentingan pembeli rumah"

1 comment:

Jegadesh Simadere 0166277934 / 0176803384 (www.sweethomeplanet.com.my) said...

YB, any info on Ladang Sungai Belata estate workers housing project in Lembah Beringin?