Thursday, March 24, 2011

PROGRAM MESRA RAKYAT - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 1]

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

Pasukan Petugas Khas Pelaksana (SITF) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010 dengan persetujuan YAB Perdana Menteri.

Objektif Pasukan Petugas Khas adalah seperti berikut;

  • Untuk mengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India di dalam Program dan Projek-Projek Kerajaan.
  • Pembangunan Kapasiti (capacity building) untuk masyarakat India yang miskin dan keluarga yang tergolong di bawah paras 40% status sosio-ekonomi menjadi sasaran utama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan,

Untuk mengatasi masalah yang di hadapi oleh kumpulan ini, SITF telah mengenalpasti program-program untuk meningkatkan pendapatan isirumah yang berpendapatan rendah dan miskin. Meningkatkan peluang-peluang dalam pendidikan, latihan kemahiran, latihan perniagaan dan pengusahawanan serta pinjaman mikro dan peluang pekerjaan.

Sebagai langkah untuk memberikan impak kepada masyarakat India di peringkat akar umbi, SITF telah mengadakan berikut;

PROGRAM MESRA RAKYAT

Pada tahun 2010 6 Program Mesra Rakyat telah di anjurkan di Ijok, Lunas, Sepang, Perai, Sungai Siput dan Batu Anam.

Sejumlah 9,400 orang telah menghadiri program di 6 kawasan ini daripadanya 4,948 orang telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan yang di sediakan.

Daripada 4,948 kes yang di daftar;

2,236 adalah kes yang berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Daripada 2,236, sebanyak 551 kes-kes baru yang diluluskan bantuan (Isirumah berpendapatan RM750 kebawah)

Sebanyak 898 kes-kes yang layak kepada program Azam (isirumah berpendapatan RM750 - RM1500)

Sebanyak 167 adalah kes penerima bantuan JKM sedia ada, dan,

385 kes yang tidak layak untuk kebajikan kerana berpendapatan melebihi RM1,500.

dan 235 kes-kes yang tidak dapat di kesan kerana kesulitan kerana alamat yang diberikan sukar dihubungi.

Secara keseluruhan sebanyak 1,955 kes = 39.5% daripada jumlah kes yang didaftarkan di keenam-enam kawasan tersebut berjaya diselesaikan

Sebanyak 15 kawasan telah dikenalpasti untuk Program Mesra Rakyat pada tahun 2011.









No comments: