Wednesday, March 9, 2011

UCAPAN SAYA DI PARLIMEN - MENYOKONG TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG - 8HB MAC 2011

Berikut adalah ucapan saya di Parlimen. Saya telah di beri penghormatan untuk menyokong usul titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Saya mohon maaf, kerana ada ejaan yang salah dalam teks ucapan ini. Walau bagaimana pun, intipati ucapan semuanya ikhlas dari saya.


Dengan ini saya Ahli Parlimen bagi kawasan Hulu Selangor memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkkan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih kepada Yang Di Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan ke atas titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen ke 12.

Sebelum meneruskan ucapan saya, saya ingin merafakkan sembah menjunjung duli ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Depertuan Agong, atas perkenaan mencemar duli merasmikan persidangan Parlimen kita semalam. Marilah kita juga melafazkan kesyukuran kepada tuhan yang maha pengasih yang telah melimpahkan rahmat dan kurniannya untuk membolehkan kita berjumpa sekali lagi di penggal baru parlimen tahun ini.

Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk memberikan pandangan serta mempertengahkan beberapa isu-isu yang penting yang perlu diberi pertimbangan demi menjana kehidupan yang lebih berwibawa untuk rakyat serta tanahair yang dicintai.

Saya menyanjung tinggi serta berasa bangga dengan intipati titah diraja yang merangkumi semua aspek penting kehidupan rakyat jelata secara komprehensif dan menyeluruh. Saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat akan bertungkus lumus untuk memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan berjaya dan tanpa sebarang pengecualian.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menegaskan kepentingan negara kita dalam memupuk semangat bersatu-padu tidak kira bangsa dan agama. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, juga telah memperingatkan bahawa melindungi keselamatan negara yang mungkin terancam dari musuh dalam mahupun luar negara adalah tanggunjawab yang dipikul oleh sejagat rakyat tak kira pangkat dan darjat.

Walaupun Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menyoroti kejayaan yang membanggakan Polis Di Raja Malaysia dalam menurunkkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 15% namun kita perlu mencari penyelesaian pada peringkat akar umbi untuk memenangi perjuangan menentang jenayah. Tidak dapat dinafikan yang antara punca utama peningkatan dalam kadar jenayah adalah ketiadaan fahaman dan pegangan agama yang kuat dalam seseorang individu yang terjerat dalam activiti anti sosial.

Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk memulakan kelas-kelas agama bukan Islam di semua peringkat persekolahan dalam negara kita sebagai satu langkah untuk memperkuatkan sahsiah generasi muda supaya lebih kental dan tidak mudah terjerat dalam aktivit jenayah.

Seperti mana pelajar-pelajar Islam mempunyai subjek agama dalam jadual waktu persekolahan harian saya ingin perkara yang sama diwujudkkan untuk pelajar pelajar bukan islam. Dengan kelas-kelas ini saya yakin yang sahsiah serta keperibadian generasi bukan islam ini akan lebih cenderong untuk menjadi individu yang produktif dan bertanggujawab pada masa akan datang dan akan menjauhi diri mereka daripada kelakuan serta penglibatan dalam jegala negative dan anti sosial. Jikalau kesuntukkan masa menjadi factor dalam pengwujuddan kelas kelas tersebut mungkin pihak kementerian dapat mengelolakan kelas-kelas ini pada waktu lepas persekolahan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kejayaan kerajaan dalam melaksanakkan Rancangan Malaysia yang Ke sembilan yang berakhir pada tahun 2010 harus di beri kepujian. Hampir kesemua Peruntukkan RM 230 billion untuk projek-projek pembangunan telah digunakan oleh keraajaan untuk meningkatkan prasarana serta kualiti kehidupan rakyat.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khasnya kementerian Penerangan untuk mempamerkan kepada rakyat apakah faedah-faedah serta manfaat yang telah diperolehi oleh mereka melalui perbelanjaan kerajaan ini. Informasi ini perlu spesifik serta terperinci dan juga mengambil kira faktor faktor seperti bilangan kerja baru yang diwujudkkan, sumbangan perbelanjaan ini kepada pembangunan negara dalam konteks GDP serta kemudahan –kemudahan awam yang diwujudkkan melalui perbelanjaan ini terhadap menyelesakan dan meningkatkan kualiti kehidupan warganegara.

Mungkin kesemua kementerian boleh menunjukkan perbelanjaan mereka daripada peruntukan RMK-9 di laman web mereka mahupun media akhbar dan juga rankaian rangkain nasional seperti TV1 dan TV2 ataupun lain-lain saluran media yang di minati oleh rakyat. Perkara ini patut dilakukan supaya rakyat di serantau negara dapat tahu dan sedar bagaimana duit mereka digunakan dengan bertanggujawab dan untuk kebaikkan optima mereka. Langkah tersebut juga akan meningkatkan persepsi rakyat kepada ketelusan pihak keraajan serta kommiment kerajaan untuk menjadi akuntable untuk perbelanjaan tersebut.

Selain itu, lagi satu cara yang saya fikir sesuai untuk memenangi sanubari rakyat adalah untuk mewujudkan sistem quota untuk rakyat umum menjadi ahli lembaga dalam syarikat-syarikat GLC negara. Kuota ini akan membolehkan rakyat biasa yang bertauliah untuk memberi pandangan mereka kepada ahli lembaga lain dan memberikan ilham kepada arah tuju GLC tersebut dari pandangan warganegara biasa. Syarikat-syarikat milik kerajaan ini boleh mengiklankan kekosongan dalam lembaga pengarah apabila terdapat kekosongan serta menyatakan syarat-syarat untuk memohon posisi tersebut. Langkah ini juga akan effektif untuk mendapatkan pandangan orang yang bertauliah yang sekarang berada di luar sistem kerajaan untuk memberikan suara kepada rakyat biasa. Langkah sebegini juga akan menunjukkan keazaman kerajaan dalam mendengar suara rakyat serta pegangan kuat kerajaan untuk menjadi telus dalam apa juga syarikat perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan.

Tuan Yang Di Pertua, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengiktiraf dan memuji kejayaan konsep gagasan 1Malaysia. Pengiktirafan tersebut menunjukkan dedikasi pihak kerajaan untuk merealasasikan secara praktikal dan pragmatik gagasan 1Malaysia dalam kehidupan seharian warga Malaysia. Pendokongan pemimpin dalam menyahut sahutan YAB Perdana Mentari Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian adalah mantera kerajaan untuk mewujudkkan sistem penyampaian kerajaan yang unggul.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan yang waktunya dah sampai dan subur untuk pihak kerajaan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Kebangsaan 1Malaysia yang pertama. Konvensyan ini adalah untuk semua pihak yang menyokong dan menghargai gagasan mulia ini. Gagasan 1Malaysia bukanlah satu gimik politik seperti yang difitnahkan oleh pihak pembangkang tetapi adalah konsep nasionlisme yang meletakkan kepentingan dan perpaduan rakyat sebagai keutamaan. Konvensyen ini adalah untuk sesiapa sahaja yang mengamati dan ingin menghalusi gagasan ini. Konvensyen ini merentasi fahaman politik, perbezaan agama serta bangsa dan adalah untuk setiap individu yang ingin menyokong inisiatif mulia kerajaan.

Konvensyen Perpaduan 1Malaysia ini boleh dipengerusikan oleh wali Yayasan 1Malaysia seperti Tan Sri Lee Lam Thye dan Dr. Chandra Muzzafar. Konvensyan sebegini akan menjadi pemangkin untuk memartabatkan lagi sahutan 1Malaysia di kalangan rakyat umum dan juga satu pentas untuk berkongsi wawasan, pandangan dan aspirasi untuk menjadikan gagasan 1Malaysia lebih berkesan dan cekap.

Kejayaan negara dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 juga telah di ambil perhatian oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Kerajaan patut memberikan galakkan yang lebih kepada industri berkaitan teknologi hijau dan ini adalah selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengajiaan Tinggi untuk menawarkan ijazah ijazah serta diploma yang khusus kepada teknologi hijau. Walaupun negara kita berada pada landasan yang betul dalam membangunankan bidang teknologi hijau di negara tetapi kita juga perlu “soft skills” dalam bentuk pendidikan untuk mencerahkan lagi masa depan industry hijau di negara kita. Memandangkan keseriusan kerajaaan dalam membangunkan industry teknologi hijau langkah ini pasti akan padan dengan pelan induk Dasar Teknologi hijau Malaysia dan menyumbang kepada kejayaannya.

Inisiatif Talent Corporation adalah satu usaha yang murni dan ikhlas untuk merancakkan penarikkan dan pengekalan modal insan yang berkepakaran tinggi di negara kita. Talent corporation boleh menekankan pelbagai faktor sentripetal yang mampu menarik balik kepakaran warga Malaysia yang kini berada di luar negara. Antara faktor faktor tersebut adalah keindahan semuljadi negara yang mempegunkan dari aspek flora mahupun fauna. Selain itu kualiti kehidupan yang tinggi dan selesa adalah lagi satu faktor yang pasti merangsangkan kepakaran warga Malaysia di luar negara untuk kembali ke tanahair. Akhir sekali peluang untuk tinggal berdekatan dengan keluarga serta kawan kawan mereka juga merupakan satu sebab utama untuk ahli pakar kembali ke pangkal ibu pertiwi Malaysia.

Penubuhan Agensi Innovasi Negara serta penggubalan Dasar Industri Kreatif untuk menyemarakkan lagi penjanaan kekayaan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu lagi landasan untuk memacu pembangunan negara. Kedua dua mekanisme tersebut merupakan senjata kerajaan untuk mewujudkkan produk dan kepakaran yang bertaraf dunia dalam industri yang mementingkan innovasi dan kreativiti.

Saya ingin mencadangkan yang agensi tersebut mengelolakan satu” roadshow “ ke semua IPTA dan IPTS untuk menjelaskan kepada generasi graduan masa depan tentang kepentingan mereka mencungkil dan membangunkan daya kreativiti dan innovasi mereka walauapapun bidang yang mereka mempelopori. Mereka patut menyedari kepentingan daya –daya tersebut dalam menjadi ahli pernigaan atau pekerja yang berjaya. Dengan adanya roadshow sebegini saya yakin dan pasti tenaga kerja masa depan negara akan menunjukkan daya kreatif dan innovasi yang tinggi dalam prestasi seharian mereka. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendididkan Tinggi untuk cuba menyelitkan silabus mereka dengan pengajaran yang menunjukkan kepenting mencungkil daya kreativiti serta melengkapi pelajar dengan kemampuan untuk berfikir secara innovatif dan kreatif.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mahukan kerajaan untuk menigkatkan usaha untuk menjadikan negara destinasi pelancongan yang lebih menarik. Saya ingin menyeru pihak kementerian Pelancongon untuk mengoptimumkan potensi Hulu Selangor untuk menjadi destinasi pelancongan yang serba unik dan menarik. Hulu Selangor adalah suatu tempat yang potensinya untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan belum direalasasikan dan saya ingin meminta pihak kerajaan untuk membantu dalam proses menukar Hulu Selangor menjadi tapak pelancongan yang premium. Hulu Selangor mempunyai banyak tempat yang keindahhannya mempegunkan. Terdapat hulan belanatra yang sesuai untuk “nature trek” dan “hike” seperti Bukit Kutu yang potensinya belum pada tahap optima. Selain itu Sungai Pertak juga boleh dibangunankan lagi kerana keindahnya air terjunya serta sungainya yang sesuai untuk aktiviti “white water rafting”. Kolam air pertak adalah lagi satu tempat yang sangat indah dan mempunyai daya menarik pelancong, dikatakan yang air di dalam kolamnya mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai keasakitan dan keaibaan badan. Kawasan sekitar empangan Selangor juga mempunyai potensi yang hebat untuk dibangunankan sebagai destinasi eco tourism yang unggul. Ia adalah harapan saya yang pihak kerajaan menolong membangunankan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancong kerana potensinya amat besar untuk menjadi penjana ekonomi kepada rakyat tempatan dan industri pelancongan. Baru-baru ini saya telah di beri satu taklimat oleh sebuah syarikat yang ingin menjadikan Hulu Selangor sebagai Pusat Pelancongan Premium, saya berharap agar Syarikat tersebut akan di beri peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk memasyurkan Hulu Selangor.

Pihak Kerajaan akan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun-pekebun kecil. Kerajaan pasti akan mengambil ikhtibar untuk menurut titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Kementerian Pertanian dan Kementerian Perushahaan Ladang dan Kommoditi akan menarajui projek memperkasakan kehidupan peladang-peladang kecil.

Walaubagaimanapun saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada keadaan memudaratkan pekerja pekerja ladang getah dan kelapa sawit yang masih belum mendapat upah yang setimpal dengan kerja dan suasana ekonomi hari ini. Saya ingin meminta Majlis Penetapan Gaji untuk mengambil isu ini dengan serius dan juga menetapkan upah minimum yang adil dan sesuai dengan ekonomi dunia dimana harga barang asas sedang naik dengan mendadak. Isu ini juga harus diselesaikan secepat mungkin kerana pekerja-pekerja ladang tersebut sedang mengalami keadaan kewangan yang sangat merunsingkan dan mereka mengharapkan pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban seharian mereka dengan menetapkan upah dan gaji minima secepat mungkin.

Tuan Yang DiPertua,

Terdapat implementasi yang sangat berkurangan terhadap objektif untuk memastikan golongan kurang berkemampuan dapat mendiami rumah milik mereka sendiri. Pembinaan 44,000 buah rumah kos rendah serta 63,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat amat membanggakan dan mendemonstrasi kepekaan kepada isu ini.

Justeru itu, saya ingin mempelawa Program Perumahan Rakyat untuk membaik pulihkan banyak projek-projek yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Hulu Selangor. Dengan berbuat demikian bukan sahaja projek-projek ini akan hidup kembali tetapi keperluan rumah kos rendah juga boleh di capai. Selain itu kos membangunkan projek terbengkalai atau pun terbiar ini pasti lebih murah daripada membina dari tapak permulaan.

Usaha untuk mempertingkatkan prestasi sistem pengangkutan negara yang penting ini diteruskan dan dilaksanakan dengan langkah yang terperinci dan effektif. Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkkan semua syarikat bas awam untuk mempamerkan masa bertolak dan masa ketibaan bas-bas mereka. Ini adalah untuk memudahkan pengguna sistem pengangkutan awam ini untuk menjimatkan masa mereka. Beribu-ribu jam kerja sedang dibazirkan menunggu di perhentian-perhentian bas dan ini secara langsung memberi kesan negative bukan sahaja kepada produktiviti seseorang pekerja tetapi juga kepada kualiti kehidupannya. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan laman web untuk syarikat-syarikat bas tersebut dengan masa-masa ketibaaan dan bertolak juga untuk memudahkan para pelancong negara yang merupakan penjana besar pendapatan negara untuk munggunakan sistem pengangkutan yang teratur dan tepat waktu supaya cuti mereka digunakan dengan sepenuhnya dan dengan selesa dan menarik pelancong tersebut untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Pihak Kementerian juga boleh memantau pameran web tersebut untuk memastikan servis syarikat-syarikat bas tersebut mematuhi apa yang dipamerkan dan mungkin sebuah sistem demerit boleh diperkenalkan supaya kualiti sistem bas ini tidak menurun dan sebaliknya reputasi sistem pengangkutan bas di Malaysia diharumi.

Memang tidak dapat di nafikan bahawa kenaikkan harga barang keperluan asasi merupakan fenomena yang merangkumi seluruh dunia. Rakyat harus melengkapi diri dan menjadi pengguna yang bijak dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk pertolongan menerusi subsidi.

Tuan yang Dipertua saya ingin mencadangkan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan untuk lebih berwaspada dan melakukan pemantauan yang lebih berkesan untuk menghalang peniaga-peniga yang tidak bertanggujawab mengambil kesempatan dari krisis harga ini.

Sebagai contoh apabila harga gula telah naik 20 sen sekilo ramai penjaja dan peniaga menaikkan harga minuman seperti kopi,teh dan milo sebanyak 20sen secawan. Perkara sebegini tidak munasabah dan hakikatnya akhirnya rakyat jelata yang menjadi mangsa. Kementerian-kementerian yang berkenaan juga boleh bekerjasama dengan NGO-NGO dan persatuan pengguna seperti FOMCA, Persatuan Pengguna Islam untuk mewujudkkan pasukan pemantau sukarelawan untuk menolong dalam proses memantau harga sekiranya pihak kementerian tidak cukup tenaga kerja untuk melakukan pemantauan komprehensif dan holistic. Langkah sebegini pasti akan berfungsi sebagai mekanisme pemantauan yang berkesan supaya rakyat tidak terlalu dibebankan khasnya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga telah menyentuh bahawa hal hal yang berkaitan dengan agama, bersifat perkauman dan sensitif tidak patut di bangkitkan. Dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum saya pasti isu-isu sebegini tidak akan menjamin suasana negara yang aman dan damai.

Tuan Di Pertua,

Saya ingin mengucap sedikit sebanyak disini tentang kontroversi novel Interlok yang berhubung kait dengan isu-isu sensitive. Alangkah malangnya terdapat elemen-elemen bersifat anasir yang tidak bertanggungjawab di negara kita yang selalu menunggu masa untuk mempolitikan sagala isu hanya untuk kepentinggan diri mereka. Kementerian Pelajaran dan kabinet negara sebaliknya telah mendengar suara rakyat yang kurang puas dengan pemilihan novel tersebut sebagai bahan pembacaan yang diwajibkkan di bangku sekolah. Mereka telah mengambil langkah yang pro aktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang rasional dan praktikal. Inilah perwatakan sebuah kerajaan yang prihatin dan peka kepada suara rakyat. Walaubagaimanapun saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk pemilihan novel wajib di sekolah yang terdiri daripada ahli-ahli yang berbilang bangsa supaya isu interlok ini tidak berulang dan kontroversi sebegini tidak akan dapat digunakkan oleh pihak tertentu hanya untuk kepentingan politik walaupun keselamatan negara mungkin terjejas akibat perbuatan mereka.

Tuan yang Dipertua,

Perbuatan yang tidak sopan seperti fitnah dan tomahan adalah tidak mulia dalam kesemua agama dan juga tidak patut dilakukan demi menjamin perpaduan serta keamanan negara. Pendapat saya adalah tidak kira apakah persefahaman politik yang berbeza namun apabila nama baik negara kita dipersoalkan dan ditomah kita patut berdiri dengan suara yang utuh dan semangat yang kental untuk melindungi ibu pertiwi daripada serangan tidak berasas. Namun terdapat beberapa ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang mengambil kesempatan memburukkan dan cuba menghancurkan nama baik negara di luar negara.

Saya dengan hati nurani yang ikhlas ingin memberitahu pefitnah sebegini supaya taubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Dan jikalau ahli-ahli Yang Berhormat yang masih keras kepala dan mengulangi perbuatan ini, saya ingin menggesa kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya dan tindakan yang tegas untuk memberhentikan perbuatan menderhaka tersebut. Tidak perlu lah kita memburukkan nama negara sendiri di pentas dunia……dengan izin ”don’t cut your own nose to spite your face my dear friends, in the end only you will lose face..then not good looking anymore”

Kepentingan orang asli di Malaysia akan terus di bela, Kerajaan tidak pernah dan tidak mengabaikan atau mengenepikan kepentingan orang asli dan penduduk luar bandar.

Tuan Yang Dipertua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan perseketuan untuk menolong ramai orang asli yang berada di kawasan parlimen Hulu Selangor. Walaupun mereka mempunyai 16 belas perkampungan orang asli disana tetapi hanya satu perkampungan sahaja telah di rizabkan kepada mereka. Oleh yang demikian hidup orang asli tersebut adalah penuh cabaran dan kesengsaraan. Saya ingin meminta kerajaan persekutuan untuk memikul tanggungjawab kerana Kerajaan negeri tidak menunjuk minat langsung terhadap Masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, nampaknya hanya Kerajaan Persekutuan sahajalah yang dapat membantu mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersukacita dengan pembangunan Felda dan juga commitment kerajaan terhadap meningkatkan kulaliti kehidupan peneroka FELDA serta keluarga mereka. Kearah mancapai matlamat mulia ini Felda telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion. Saya ingin mencadangkan satu pendekatan untuk berkongsi, pada pendapat saya sesiapa sahaja khasnya dari pihak pembangkang yang mefitnah Felda sebagai sebuah projek yang bankrap sebenarnya orang beginilah yang sememangnya bankrap idea dan isu mantap untuk dibawa kepada pangkuan rakyat.

Rakan seperjuangan dipihak pembangkang tolonglah cari isu-isu yang releven dan penting untuk dibahaskan dan dibawa kepada rakyat umum dan jangan menggunakan daya kreativiti anda untuk tujuan tak mulia. Felda adalah sebuah instutusi yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua Arwah Tun Abdul Razak dan telah membawa pembangunan yang mendadak dalam dekad dekad berikutan kewujudanya. Sekarang Felda merupakan sebuah cerita sukses yang agung, terdapat 2 juta penoroka yang kehidupan mereka menjadi lebih terang dan selesa dan mereka telah mengeluarkan diri dari keadaan kehidupan yang miskin untuk menjadi petani dan penoroka yang berjaya. Transformasi dari orang yang tidak ada tanah kepada pemilik tanah yang berjaya adalah hasil visi dan perancangan teliti kerajaan yang berwawasan. Untuk memfitnah bahawa Felda telah bankrap menunjukkan kebankkrupan pihak pembangkang dalam mencari isu yang releven. Saya ingin mengesa Kementerian Penerangan untuk mengambil langkah untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat yang mungkin terpesong oleh tomahan yang tak berasas tentang kesihatan kewangan Felda. Mungkin Kementerian boleh menghasilkan sebuah dokumentari untuk menunjukkan kejayaan sebenar Felda. Namun dengan cara ini pun saya musykil yang pihak pembangkang akan mengakui kesilapan mereka, tabiat mereka adalah untuk memutarkan cerita dongeng lain yang memburukan nama kerajaan dalam projek lain. Namun kerajaan mempunyai tanggunjawab untuk memberitahu rakyat apa yang benar dan menyedarkan rakyat terhadap penipuan pihak pembangkang.

Perkhidmatan Klinik bergerak 1Malaysia ke kawasan-kawasan terpencil negara yang memberikan perkhidmatan medikal dan kesihatan kepada warga luar bandar amat di hargai oleh penduduk-penduduk luar bandar. Perkhidmatan ini juga merangkumi rawatan pergigian, pemeriksaan mata serta penyedian cermin mata percuma.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapakan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan YAB Perdana Menteri kerana perkhidmatan 3 klinik 1Malaysia dan satu klinik bergerak 1malaysia yang bertempat di Hulu Selangor. Perkhidmatan yang dengan izin 'people friendly, touching the people's heart and fulfilling people's need- inilah yang menjadi teladan kepada sebuah kerajaan yang mementingkan keperluan rakyat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana lawatan mereka ke semua sekolah di kawasan Hulu Selangor untuk member rawatan pergigian percuma kepada pelajar pelajar. Saya ingin mencadangkan supaya lawatan sebegini juga diberikan kepada ibu bapa pelajar jika mereka memerlukannya. Perkhidmatan ini adalah sangat diperlukan dan dihargai oleh rakyat and justeru itu saya harap pihak kementerian akan menimbang permintaan saya dengan masak.

Belia merupakan tonggak dan tulang belakang sebuah negara. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menggalakkkan usaha kerajaan untuk membangunkan belia belia tanahair kita. Di sini saya ingin membangkitkan satu isu yang sedang dialami oleh belia belia india/hindu khasnya di IPTA dan juga mereka yang menduduki Peperiksaan SPM tingkatan 5.

Tuan yang Dipertua Deepavaali merupakan satu perayaan keagamaan dan sosial untuk penganut yang beragama hindu di negara ini. Pada hari inilah keluarga dari merata tempat berkumpul untuk merayakan hari yang mulia ini. Alangkah malangnya pelajar-pelajar hindu yang menduduki perperiksaan SPM tidak dapat meraihkanya dengan hati yang gembira kerana peperiksaan SPM mereka sedang berlangsung pada masa yang sama. Walaupun hari deepavali adalah cuti umum namun pelajar-pelajar tersebut mempunyai peperiksaan sehari sebelum atau selepas hari perayaan tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mencari jadual waktu peperiksaan yang lebih prihatiin kepada pelajar yang adalah penganut hindu dan keluarga mereka supaya mereka boleh mengamati perayaan tersebut dengan lena dan gembira di disisi kelurga dan kawan-kawan mereka. Situasi yang sama berlaku di setengah-tengah IPTA di negara, pelajar hindu tidak dapat balik kampung dan bersama keluarga mereka kerana peperiksaan university yang bertembung dengan hari deepavali. Ada mereka yang mempunyai peperiksaan pada malam sebelum hari deepvali dan tidak sempat balik kampung untuk berseronok bersama sanak saudara. Saya ingin mencadangkan sikap 1Malaysia diamalkan apabila menentukan hari yang sesuai untuk peperiksaan supaya tiada sesiapa pun yang kecil hati mereka tidak dapat merahihkan satu-satunya perayaan hindu yang bersifat social dan kekeluargaan.

Tuan Yang Di Pertua,

Akhir kata saya teruja dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, yang telah mendampingi semua topik dan isu yang penting kepada segenap masyarakat Malaysia. Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga adalah sangat menyeluruh, padat ,mampat dan menarik pada masa yang sama. Saya yakin yang titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan menjadi inspirasi untuk semua dalam dewan ini bertungkus lumus untuk menjayakan program trasformasi kerajaan dan menjadi batu lonjatan kearah anjakan paradigma ke sebuah negara berpendapatan dan perpengetahuan tinggi menjelang tahun 2020.

TUAN YANG DIPERTUA,

DENGAN ITU SAYA MOHON MENYOKONG.

SEKIAN TERIMA KASIH.

2 comments:

Captain Ragu said...

A well written speech and inclusive of all relevant topics that our country need to address for all Malaysian and Indians. Congragulation YB for a superb Malay speech and i'm sure all Malaysian Indians are with you on this occasion.
Cheers!!!

Captain!!!

Anonymous said...

Well done. An honour for MIC and an Indian MP to be given this honour.

This is the kind of next generation leaders that Malaysia and MIC needs.