Thursday, April 7, 2011

HULU SELANGOR MEMPUNYAI KELUASAN LADANG SEBANYAK 28,817.70 HEKTAR


Soalan saya kepada Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi:

1. Jumlah keluasan perusahaan perladangan di kawasan Hulu Selangor, dan

2. Siapakah pemilik-pemilik ladang tersebut dan apakah kemudahan asas yang disediakan oleh pemilik-pemilik tersebut untuk memastikan pekerja-pekerja ladang menikmati kehidupan yang selesa.

Jawapan YB Menteri;

Daerah Hulu Selangor mempunyai jumlah keluasan ladang seluas 28,817.70 hektar yang terdiri daripada tanaman sawit seluas 20,910.23 hektar dan tanaman getah seluas 7,907.47 hektar.

Ladang-ladang sawit ini dimiliki oleh 26 pemilik dan ladang-ladang getah pula dimiliki oleh 6 pemilik. Pemilik-pemilik ini terdiri daripada;

a) FELDA

b) FELCRA

c) RISDA

d) Berjayacity Sdn. Bhd.

e) United Plantations Sdn. Bhd.

f) Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Kesemua pemilik-pemilik ladang ini menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk pekerja-pekerja mereka. Ini termasuklah rumah pekerja, bekalan air, bekalan elektrik, pusat asuhan kanak-kanak (PAKK) klinik, sekolah, tempat beribadat dan jalan berturap.


Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor, saya akan mengadakan satu mesyuarat dengan pemilik-pemilik ladang tersebut diatas untuk memastikan mereka memenuhi segala aspek yang di nyatakan oleh YB Menteri.

No comments: