Thursday, April 7, 2011

PENDAPAT SAYA MENGENAI PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG TARA 2005


Saya sempat membangkitkan beberapa isu semasa akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005 dibentangkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi memberi sedikit maklumat dan pemahaman tentang rang undang-undang ini.

Berikut adalah antara aspek yang telah saya bangkitkan;

1. Cadangan untuk meminda akta ini akan melonjakkan negara Malaysia sebagai destinasi dengan izin 'Arbitration Hub' di rantau ini.

2. Pindaan akta ini akan mengukuhkan dan mengalakkan lebih ramai lagi ahli dan institusi perniagaan akan merujuk pertelagahan mereka kepada badan ini - Soalan saya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk memastikan bahawa negara kita di promosikan sebagai dengan izin 'Arbitration Hub' dan pada masa yang sama sejak akta ini di perkenalkan berapakah kes-kes dalam negara dan luar negara yang diselesaikan.

3. Akta ini juga memberi tumpuan kepada pindaan kepada seksyen 10 & 11, yang mana saya rasa sekirnya ia diluluskan nanti, ianya akan memberi kuasa kepada mahkamah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa Admiralati memerintahkan retensi kapal atau penyediaan keselamatan menunggu penentuan proses timbangtara dengan pertikaian admiralati. Soalan saya, bolehkah pindaan ini dapat mengurangkan tempoh masa untuk menyelesaikan kes-kes?

4. Saya pasti akta pindaan Timbang tara ini bila diluluskan akan meletakkan Malaysia setara dengan negara-negara maritim untuk mengamankan tuntutan timbang tara.

No comments: