Tuesday, April 5, 2011

INDUSTRI KERETA HYBRID DI BUKIT TAGAR, HULU SELANGOR


Soalan saya kepada YB Menteri hari ini (5hb April 2011)

SOALAN SAYA

Saya meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri menyatakan status perlaksanaan industri kereta hybrid yang akan diwujudkan di Bukit tagar.

JAWAPAN OLEH MENTERI

Projek kereta hibrid akan dijalankan di Bukit Tagar di kawasan seluas 100 ekar untuk fasa 1 (2011 - 2013) dan 200 ekar untuk fasa 2 (2013 - 2016). 

Syarikat akan mengemukakan dengan izin, layout pelan kepada Pihak Berkuasa Tempatan pada akhir bulan ini. Mengikut syarikat yang akan membuat pelaburan ini, perlaksanaan projek ini dijangka mengambil masa selama 3 tahun.

Syarikat dijangka memulakan operasi pengeluaran pada tahun 2013.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Menteri dan juga Timbalan Menteri yang sedia memberi perhatian kepada pembangunan Hulu Selangor.

No comments: