Monday, April 4, 2011

UCAPAN SAYA MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG TENAGA BOLEH BAHARU 2010


Saya telah membangkitkan beberapa isu mengenai Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu. Sebagai Ahli Parlimen, salah satu tanggungjawab utama saya ialah untuk memastikan bahawa cadangan serta input yang di kemukakan oleh rakan-rakan saya di Hulu Selangor dan pendapat mereka-mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu dibangkitkan dalam Parlimen.

Memang benar, saya tidak mempunyai kelayakkan dalam bidang Tenaga Boleh Baharu, tetapi, saya mempunyai rakan-rakan yang bukan sahaja merupakan pakar dalam bidang ini, malah, mereka mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menasihati saya - bagi mereka, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada mereka.

Berikut adalah antara isu-isu yang telah saya bangkitkan;

1. Memastikan bahawa rang undang-undang ini dapat membantu rakyat dan juga industri-industri kecil secara luas dan pada masa yang sama rang undang-undang ini juga tidak harus di reka untuk mengaut keuntungan yang besar bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini.

2. Pengenalan Sistem Tarif Galakan Fotovolta Suria ini merupakan salah satu aspek utama dalam rang undang-undang ini, saya ingin cadangkan, agar kementerian memberi pertimbangan untuk hanya memperkenalkan tarif sehingga 72kw buat masa ini. Untuk 72kw ke 30mw, boleh ker kementerian melaksanakan tarif ini pada satu masa bila harga turun, kerana berdasarkan kos 8% penurunan tarif galakan, ianya akan lebih bersesuaian sekiranya ia diperkenalkan pada masa tersebut.

3. Kita juga jarus ambil maklum bahawa harga Modul Fotovolta Suria menurun secara mendadak. Kerajaan Amerika Syarikat dan China telah mengangarkan bahawa kos pengunaan tenaga letrik melalui teknologi Fotovolta Suria akan berada dalam linkungan 30 sen ke 42 sen sebelum tahun 2012.

4.Dalam bidang biogas/biogism: rang undang-undang ini tidak menampakan bagaimana kementerian dapat mengawal dan menyelia kecekapan pengunaannya. Bagaimana kementerian dapat memastikan dengan izin 'effeciency' sistem biogas/biojism ini.

5. Indsutri Kelapa Sawit dapat memainkan peranan penting dalam sektor biogas/biojism MPOB telah mengenal pasti bahawa tandan kosong sawit (EFB) dan air sisa sawit tandan kosong sawit (MOHE) mampu menghasilkan kapasiti tenaga sekiranya 1065 megawatt dan 270 megawatt.

6. Apa perancangan kementerian untuk menggalakan lebih banyak kilang kelapa sawit di Malaysia melibatkan diri dalam industri biogas/biojism.

7. Saya juga difahamkan sudah ada 3 loji janakuasa biojism sawit dan sebuah loji biogas sawit telah disambungkan ke grid dengan jumlah kapasiti 31.7  megawatt - apakah kecekapan loji janakuasa biogas/biojism ini.

8.Saya juga difahamkan Tenaga Nasional Berhad telah membangunkan dan mengoperasi 40 loji mini hydro yang mana mempunyai kapasiti 1 megawatt. Apakah sebab utama kerajaan membenarkan kapasiti sehingga 30 megawatt.

9. Rang undang-undang Tenaga Boleh baharu ini tidak memberi maklumat atau kriteria kelayakan seseorang individu atau badan atas status kependudukan mereka, dengan izin 'residence status' untuk memohon sistem tarif galakan.

Adakah YB Menteri mencadang untuk mengizinkan pihak asing atau bukan warga negara yang hanya bermotifkan untuk hanya menghasilkan tenaga boleh baharu ini memohon untuk sistem tarif galakan.

10. Fasal 64 dalam rang undang-undang tenaga boleh baharu membolehkan penjana tenaga boleh baharu yang sedia ada melayakan mereka untuk menikmati sistem tarif galakan ini. Program pemasangan Fotovolta Suria di bawah 'SURIA 1000 & MBIPV" telah menikmati subsidi yang tinggi daripada kerajaan atau pun daripada UNDP. 

Adakah YB Menteri bercadang untuk membolehkan sistem tarif galakan ini dikekalkan untuk projek-projek yang sedia ada ini?

Adakah YB Menteri bercadang untuk mengizinkan penjana elektrik hidromini yang di kendalikan oleh TNB juga akan menikmati sistem tarif galakan ini?

No comments: