Friday, June 24, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - TANGGUNGJAWAB DI DEWAN RAKYAT


Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya telah menghadiri semua sidang Parlimen. Saya hanya tidak dapat hadir sidang Parlimen satu hari kerana menghadiri upacara pengebumian mendiang Yang Berhormat Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober 2010.

Saya juga diberi peluang untuk memberi ucapan perbahasan di Parlimen. Berikut adalah maklumat mengenai ucapan perbahasan tersebut :-

17hb Jun 2010

Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia ke-10

18hb Oktober 2010

Ucapan Perbahasan Pembentangan Belanjawan 2010

8hb Mac 2011

Diberi peluang untuk menyokong titah ucapan Yang DiPertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen ke-12.


Sebagai Ahli Parlimen saya telah mengemukakan beberapa soalan mengenai kawasan Hulu Selangor dan juga Nasional. Berikut adalah soalan-soalan Parlimen saya pada tahun 2010 dan 2011 :-

Tahun 2010


Soalan

10 Jun 2010 Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Lisan

Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi liputan telefon bimbit yang menghampakan di kawasan Hulu Selangor dalam masa yang terdekat.

8 Jun 2010 Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Lisan

A) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah prasarana kemudahan air untuk penghuni-penghuni estet


B) Bolehkah Kerajaan menggubal satu polisi untuk mewajibkan pemilik estet bertanggungjawab untuk menjamin kemudahan-kemudahan bekalan elektrik dan air kepada penghuni-penghuni estet.

9 Jun 2010 Menteri Belia Dan Sukan

Lisan

A) Program-program yang telah dianjurkan di Hulu Selangor sehingga bulan April 2010


B ) Apakah program-program latihan serta aktiviti yang bakal dilangsungkan untuk memanfaatkan belia-belia di Hulu Selangor sehingga akhir tahun 2010.

22 Jun 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

Sama ada selain daripada sumbangan lebih daripada RM100 juta untuk memantapkan infrastruktur sekolah-sekolah Tamil di Malaysia, adakah bantuan tambahan akan disalurkan kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar sekolah Tamil mendapat pendidikan yang berkualiti dan sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

8 Julai 2010 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Lisan

Langkah-langkah yang diambil untuk menyingkatkan tempoh pemprosesan untuk bantuan kebajikan supaya bantuan sewajarnya boleh disampaikan kepada orang yang memerlukan secepat mungkin.

28 Jun 2010 Menteri Pertanian Dan Asas Tani

Lisan

Sama ada Kementerian boleh memulakan satu rancangan Penerokaan 1Malaysia untuk mengambil kesempatan tanah yang luas di Hulu Selangor dan menggalakkan lagi usaha petani untuk menaikkan taraf ekonomi mereka dan sehaluan dengan dasar ekonomi negara yang mementingkan pembangunan bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan.

6 Julai 2010 Menteri Pengajian Tinggi

Lisan

Tindakan-tindakan yang diambil untuk meningkatkan daya saing dan kekurangan sikap inovatif di kalangan mahasiswa:-

1 Julai 2010 Menteri Pengangkutan

Lisan

Apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah prasarana kemudahan pengangkutan awam di Hulu Selangor:-

5 Julai 2010 Menteri Kesihatan

Lisan

Mengenai perancangan untuk membina hospital Daerah di kawasan Hulu Selangor

30 Jun 2010 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Sama ada Kementerian boleh membaik-pulih projek-projek perumahan yang terbelengkalai dan terbiar di kawasan Bukit Beruntung supaya ianya boleh digunakan semula untuk menubuhkan institusi latihan vokasional yang boleh dimanfaatkan oleh belia-belia di Hulu Selangor. Sekiranya ia berlaku maka Bukit Beruntung akan menjadi bukit yang membawa untung.


Menteri Kewangan

Bertulis

Pengumuman baru-baru ini oleh Y.A.B Perdana Menteri bahawa suku pertama tahun ini Malaysia telah merekodkan kadar pertumbuhan ekonomi 10%, apakah industri-industri dan bidang perniagaan yang telah memangkinkan pertumbuhan tersebut dan adakah pertumbuhan tersebut boleh dklasifikasikan mengikut kedudukan geografi atau negeri.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, berapakah jumlah graduan India yang telah menamatkan pelajaran di IPTA negara kita untuk semua kursus yang sedia ada


B) Daripada jumlah yang menamatkan pengajian mereka berapakah peratus graduan India dalam semua kursus yang mereka ikuti berbanding keseluruhan yang mengambil kursus-kursus tersebut pada tempoh yang sama dan berapa peratus pelajar India yang berjaya masuk ke universiti tetapi tidak menamatkan pelajaran di menara gading.



Menteri Kewangan

Bertulis

A) Memandangkan Kerajaan Malaysia pada akhir tahun 2009 mempunyai hutang bersaman RM362.4 billion atau 53.7% dari KDNK, adakah Kerajaan mampu menangani hutang yang terlalu besar ini


B) Apakah langkah fizikal dan monetari yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan hutang tersebut tidak menjadi parah dan menjejaskan kekukuhan kesihatan ekonomi negara pada jangka masa panjang sama seperti yang terjadi masa kini di Greece dan Eropah.



Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Bertulis

Semenjak tahun 2008 berapakah jumlah kontrak yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia daripada Kerajaan India khasnya dalam projek-projek pembangunan infrastruktur dan pembinaan lebuh raya memandangkan projek-projek yang bernilai berbillion ringgit Malaysia yang wujud di negara India dalam usaha negara tersebut untuk menaikkan taraf dan kualiti lebuhraya mereka.




1 November 2010 Menteri Kerja Raya

Lisan

Jalan Persekutuan yang menghubungkan bandar Rawang ke Serendah melalui jalan Sungai Chu sering mengalami kesesakkan lalulintas yang serik. Kesesakkan ini menjadi lebih buruk khasnya pada ‘peak hour’. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk meringankan dan melicinkan kesesakan tersebut.

12 Oktober 2010 Menteri Kerja Raya

Lisan

Bilakah projek pembinaan ‘Interchange’ atau persimpangan Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungi kawasan Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor akan bermula.

9 Disember 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

A) Apakah perancangan pihak kementerian untuk membina sekolah di kawasan Hulu Selangor
B) Sekolah jenis apakah yang akan dibina dan bilakah projek ini akan bermula.

15 Disember 2010 Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Lisan

Terdapat banyak projek perumahan yang terbengkalai ataupun terbiar di kawasan Hulu Selangor, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh Suruhanjaya Perumahan Negara (SPN) untuk membaik pulih kawasan-kawasan perumahan ini untuk didiami dan dijual.

8 November 2010 Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Lisan

Terdapat banyak kawasan perumahan yang tidak dapat menikmati prasarana lampu jalanraya kerana Pihak Berkuasa Tempatan belum menyelesaikan hutang mereka kepada pihak Tenaga Nasional Berhad. Berapakah jumlah bil elektrik yang belum diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan hutang ini diselesaikan.

20 Oktober 2010 Menteri Pelajaran

Lisan

Masih terdapat beberapa sekolah-sekolah di negara kita yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti bekalan air, bekalan elektrik, tandas yang baik dan bilik darjah yang sempurna. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasai masalah kekurangan prasarana-prasarana ini.

9 November 2010 Menteri Pengajian Tinggi

Lisan

Universiti Malaya merupakan antara institusi pengajian tinggi yang terunggul di negara kita. Namun demikian kedudukan university tersebut telah merosot sehingga tidak lagi diiktiraf sebagai antara 200 universiti terbaik dunia. Apakah punca kemerosotan ini dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengembalikan status keunggulan Universiti Malaya.

13 Disember 2010 Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Lisan

Terdapat 16 perkampungan orang asli di kawasan parlimen Hulu Selangor namun hanya satu daripada perkampungan ini telah mendapat status tanah rezab untuk perkampungan mereka. Apakah langlah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk menambahkan bilangan perkampungan orang asli yang diberi pengiktirafan tanah rezab untuk tanah perkampungan mereka.

8 Disember 2010 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Lisan

Buat masa ini duit kebajikan minima yang dihulurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah RM50 dan RM80. Memandangkan kos kehidupan seharian yang kian meningkat mampukah pihak kementerian meningkatkan had minima ini ke sekurang-kurangnya RM 120/150 sebulan.

23 November 2010 Perdana Menteri

Lisan

A) Jumlah rumah ibadat (Bukan Islam) yang berdaftar di Malaysia;


B) Jumlah peruntukkan yang telah diberi kepada rumah-rumah ibadat tersebut sejak tahun 2000 hingga sekarang dan jumlah peruntukan yang akan diagihkan untuk membantu rumah-rumah ibadat tersebut dalam jangka masa 5 tahun akan datang.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Mengapakah IPTA di negara ini hanya berjaya mengeluarkan senarai 2.79% dan 2.81% pada tahun 2008 dan 2009 masing-masingnya para fraduan Kaum India seperti statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian walaupun masyarakat India merupakan 8% dari penduduk Malaysia


B) Langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan jurang graduan masyarakat India berbanding populasinya.



Menteri Pelajaran

Bertulis

A) Adakah Kementerian bercadang melantik seorang pakar daerah di negara ini bagi memantau kualiti makanan di kantin sekolah supaya makanan yang dimakan oleh pelajar-pelajar akan menyihatkankanak-kanak dan mencergaskan minda


B) Apakah tindakan Kementerian jika makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah tidak berkualiti dan seimbang.



Menteri Pengajian Tinggi

Bertulis

A) Apakah Kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap IPTS-IPTS yang telah memperdayakan para pelajar bahawa kursus pengajian diploma serta sijil yang ditawarkan mereka adalah diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


B) Adakah Kementerian akan memantau IPTS-IPTS yang mengiklankan program pengajian diploma serta sijil yang palsu.



Menteri Pelajaran

Bertulis

A) Berapakah jumlah peruntukan dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAM) yang disalurkan kepada pelajar-pelajar sekolah Tamil dan bilangan pelajar Tamil yang menerima bantuan tersebut

B) Berapakah pelajar daripada sekolah-sekolah Tamil yang menerima Skim bantuan tuisyen.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Bertulis

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mencapai matlamat sistem pencapaiannya supaya tempoh menunggu bagi bantuan kebajikan akan dipercepatkan dari 8 minggu kepada 1 minggu menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Kementerian pada 8 Julai 2010 contohnya pemohon bantuan kebajikan Hulu Selangor masih belum diluluskan permohonannya sejak April 2010.





Tahun 2011



4 Apri 2011- Perdana Menteri

Lisan

Apakah langkah-langkah yang telah dan akan di ambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memastikan bahawa Dasar Ekonomi Baru merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang dan juga profesion masing-masing.

29 Mac 2011 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Lisan

Berapa peratusan meter pukal yang di tukar kepada meter individu sepanjang tahun 2010 oleh SYABAS di negeri Selangor bagi membolehkan rakyat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri? Maklumat pecahan berdasarkan kepada setiap kawasan Parlimen.

6 April 2011 Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Lisan

Keluasan perusahaan perladangan di kawasan Hulu Selangor? Siapakah pemilik-pemilik ladang tersebut? dan, apakah kemudahan asas yang di sediakan oleh pemilik-pemilik tersebut untuk memastikan pekerja-pekerja ladang menikmati kehidupan yang selesa.

28 Mac 2011 Menteri Pengangkutan

Lisan

Telah terbukti bahawa dengan adanya laluan khas untuk penunggang motosikal di lebuhraya Persekutuan jumlah kemalangan dapat di kurangkan. Ingin meminta Menteri Pengangkutan sama ada merancang untuk mengujudkan laluan khas untuk penunggang motosikal di jalanraya yang padat pengunaanya? Sekiranya Ya, lebuhraya yang mana di rancang, dan, sekiranya Tidak, apakah perancangan Kementerian

15 Mac 2011 Menteri Pelajaran

Lisan

Telah mengambil langkah kanan untuk mencari penyelesaian yang munasabah terhadap novel sastera 'Interlok'. Apakah tindakan yang di rancang oleh Kementerian supaya masaalah seumpama ini dapat di kurangkan atau tidak ujud sama sekali pada masa yang akan datang

7 April 2011 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Lisan

Selama 40 tahun paip-paip saluran air tidak di baharui dan ini menyebabkan tekanan air yang begitu rendah, ada masa pula, di kawasan yang tanah tinggi bekalan air tidak sampai langsung. Apakah perancangan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

23 Mac 2011 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia.Setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini? Berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

30 Mac 2011 Menteri Kesihatan

Lisan

Dalam RMK-10, Kementerian telah meluluskan pembinaan satu hospital KK 3 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, bilakah projek ini akan bermula. Adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di kawasan Batang Kali dimana kawasan tersebut mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

24 Mac 2011 Menteri Sumber Manusia

Lisan

Dalam proses pengambilan pekerja asing yang mempunyai kepakaran bekerja di negara kita, adakah pekerja tempatan kita di pinggirkan? Bagaimana Kementerian dapat memastikan supaya pekerja tempatan di beri keutamaan.

5 April 2011 Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Lisan

Ingin meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri status perlaksanaan industri kereta hybrid yang akan di ujudkan di Bukit Tagar? Selain daripada industri tersebut, adakah perancangan untuk membawa masuk pelabur asing untuk mengujudkan industri yang lain di kawasan Hulu Selangor.



Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

Bertulis

Minta Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan untuk menyatakan jumlah Lap-Top 1Malaysia yang telah diagihkan berdasarkan kepada kawasan Parlimen dengan pecahan berdasarkan kaum? Apakah masaalah yang di alami dalam proses pemberian Lap-Top 1Malaysia ini.



Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Bertulis

Minta Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk menyenaraikan projek-projek perumahan yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Parlimen Hulu Selangor dan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kementerian untuk menghidupkan semula projek-projek tersebut.



Menteri Kerja Raya

Bertulis

Bahawa Daerah Hulu Selangor mempunyai masalah kerosakan bangunan yang kritikal, ianya disebabkan kerana projek terbiar atau terbengkalai. Pada tahun 2007, YB Mantan Menteri ada menyatakan bahawa satu akta Juruukur Bangunan akan di laksanakan - apakah status akta tersebut.



Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Bertulis

Minta Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan setakat ini berapa Pihak Berkuasa Tempatan mengunakan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Tagar dan apakah insentif yang diberi kepada PBT berkenaaan. Berapa PBT yang masih belum mengunakan tapak tersebut dan apakah tindakan yang akan di ambil oleh Kementerian untuk memastikan PBT mengunakan tapak tersebut.



Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Bertulis

Minta Menteri apakah rancangan yang telah disediakan/dirancang untuk memastikan para usahawan terus mendapat galakan dan sokongan, selain dari bantuan kewangan yang disediakan. Apakah kadar kejayaan dan keuntungan para usahawan yang menerima bantuan kewangan? Apakah bentuk program khidmat nasihat yang disediakan untuk syarikat/individu yang gagal.

No comments: