Salam Sejahtera, Salam Hormat dan Salam 1Malaysia
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada barisan penduduk Hulu Selangor khususnya yang tinggal di Bandar Sungai Buaya, Felda Sungai Buaya, Kampung Koskan, Sungai Choh dan kawasan berhampiran kerana bersama dengan kerajaan memberikan sokongan , dokongan dan kerjasama bagi merealisasikan Persimpangan Bertingkat Susur Keluar Lebuhraya Utara Selatan (interchange) PLUS di sini pada hari ini, 19 Jun 2011.
Kita perlu perlu sedar inilah perjuangan yang diterapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi bagi menjaga kebajikan rakyat yang juga sedia mendengar denyut nadi rakyat. Lantaran perjuangan lebih 13 tahun penduduk mendapatkan sebuah persimpangan susur keluar PLUS ini telah pun melalui pelbagai fasa yang cukup mencabar yang kini menjadi kebangaan semua.
Untuk tujuan ini, saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada para pejuang dari kalangan pimpinan tertinggi dalam parti komponen BN bermula dari Tan Sri Hj Muhammad Bin Mohb Taib, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Hj Zainal Abidin Hj Sakom, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Hj Muhammad Idris B Abu Bakar , Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor merangkap ADUN Hulu Bernam dan Setiausaha BN Negeri Selangor, Dato' Seri S Samy Vellu, bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato Mohd Isa Abu Kasim, ADUN Batang Kali dan semua Ketua UMNO, Ketua MIC, MCA, PPP, Gerakan tempatan yang bertungkus lumus berganding bahu menjayakan projek bernilai RM80 JUTA dibina Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini.
Tidak ketingggalan kita tidak boleh melupakan jasa dan titik peluh Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya yang diketuai oleh Dato Ruslee Hj Hashim yang menjadi tenaga utama penggerak usaha ke arah pembinaan persimpangan bertingkat ini hingga ke tahap yang membanggakan penduduk. Tanpa perjuangan badan bukan kerajaan (NGO) akti seperti ini pastinya sukar kerajaan BN membantu rakyat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sudah pasti usaha ditabur lebih 10 tahun dengan membuat pendedahan di media masa elektronik dan media cetak, sukar untuk masalah ini hendak diselesaikan.
Sementara itu, barisan pimpinan tempatan terdiri Ketua UMNO beberapa cawangan di Bandar Sungai Buaya dan Kampung Sungai Buaya serta JKKP Kampung Sungai Buaya turut memainkan peranan cukup penting menjayakan usaha kerajaan BN ini bagi kemudahan rakyat di Hulu Selangor.
Saya optimis rakyat akan sedar bahawa , inilah dasar kerajaan BN yang tetap membela rakyat dalam semua keadaan. Nescaya satu lagi projek yang menjadi janji Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor tahun lalu dapat direalisasikan. Saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih rakyat Hulu Selangor adalah penyambung wadah perjuangan bersama yang tetap mengamalkan prinsip 1Malaysia.
Bersamalah kita berdoa dan terus memberikan kepercayaan padu kepada pihak berwajib khususnya LLM dan PLUS agar memantau projek ini secara berterusan bagi memastikan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kita perlu bersabar dan terus menghulurkan kepercayaan jitu kepada pihak berkenaan menyelesaikan tugasan mereka.
Bagi pihak rakyat Hulu Selangor , saya juga merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak yang membantu meluluskan projek mega di sini.
Seterusnya tidak ketinggalan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang tidak putus putus membantu kita membawa cadangan pembinaan interchange ini ke mesyuarat Kabinet beberapa kali sehingga selesai. Tanpa usaha YB Menteri kita tidak dapat hasil yang diharapkan ini.
Saya percaya , hasrat kita untuk ‘mengantarabangsakan’ Hulu Selangor pasti menjadi realiti dalam tempoh masa terdekat apabila ramai pelancong tempatan dan luar dapat memanfaatkan projek lebuhraya ini. Laluan ini dapat memendekkan masa perjalanan dengan jarak lebih dekat untuk ke Kuala Lumpur dan Utara tanah air.
Dalam perkembangan sama, penduduk tempatan juga mendapat peluang lebih baik dari segi nilai hartanah, peluang ekonomi , pekerjaan dan industri hiliran lain setelah persimpangan lebuh raya ini disiapkan sepenuhnya. Kita perlu bangga menjadi rakyat Hulu Selangor yang juga dikenali seluruh negara dan dunia amnya.
Saya menyeru kepada semua agar teruskan bersama member kerjasama dalam semua perkara agar kita dapat membangunkan daerah Hulu Selangor ke tahap terbaik. Permuafakatan yang dijalin bersama ini pemangkin kejayaan yang diharapkan itu. Hanya suara dan pandangan terbuka yang positif dilahirkan membantu kerajaan Pusat merealisasikan pembangunan infrastruktur rakyat secara berterusan.
Akhir kata, bersama-samalah kita hayati dan renung renungkan kata-kata dan ungkapan ilmuan dan cerdik pandai bahawa “ Ganjaran syurga itu hanyalah kepada mereka yang taat Manakala neraka untuk mereka yang menderhaka’ Dalam konteks ini, jelas terbukti ketaatan penduduk Bandar Sungai Buaya dan Kampung Sungai Buaya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini memberikan ganjaran yang terbaik. Sebaliknya mereka yang sering menabur fitnah dan membuat pelbagai hasutan bakal menerima kesan yang tidak baik.
Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.
Sekian, terima kasih.
1 comment:
yawnnn............. always BN buat jasa baik for rakyat........endlessly.
Bukti ketaatan penduduk xxx and yyy kepada barisan nasional mendapat ganjaran yang baik.........
Macam haiwan peliharaan sahaja ni............ganjaran.........taatan..........
Somethings will never change
Post a Comment