Friday, October 7, 2011

PROJEK MEMBINA JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BY-PASS)

Keseluruhan pelaksanaan Fasa 1 projek ini dijangka siap pada 15hb Disember 2011. Pada masa kini kemajuan fizikal kerja di tapak ialah 95%. Skop projek melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan 4 lorong 2 hala (dual carriageway) dari persimpangan Sungai Choh hingga ke Taman Warisan Negeri di Templer Park sepanjang 18.5 kilometer dengan kos sebanyak RM260.5 juta. Dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10 ini, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Agensi Pusat untuk melaksanakan Fasa kedua projek ini yang melibatkan skop pembinaan elevated structure sepanjang 3.3 kilometer melalui Taman Warisan Negeri dengan anggaran kos projek sebanyak RM395 juta.

6 comments:

Anonymous said...

YB, Dah 20 Disember 2011 tapi jalan macam belum buka aje.

PKamalanathan said...

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam blog saya, Fasa Pertama projek di jangka siap pada 15hb Disember 2011, dan Fasa Kedua projek pula akan bermula selepas itu.

Jalan itu akan di buka selepas tamat Fasa Kedua projek tersebut.

PKamalanathan said...

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam blog saya, Fasa Pertama projek di jangka siap pada 15hb Disember 2011, dan Fasa Kedua projek pula akan bermula selepas itu.

Jalan itu akan di buka selepas tamat Fasa Kedua projek tersebut.

Anonymous said...

Selamat sejahtera YB,

Bila Fasa Kedua projek tersebut dijangka tamat? Terima kasih..

Anonymous said...

YB, jalan ni dah bukak belum?

Anonymous said...

Selamat pagi YB...

mohon perhatian serta tindakan segera YB...
untuk makluman YB sekarang kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan tetapi malangnya kerja turapan yg dijalankan tidak dipantau dengan baik oleh pihak yang bertanggunjawab (JKR)... kerja turapan dijalankan melewati waktu puncak (5.00 petang)... menyebabkan kesesakan teruk... yang menjadi kemuskilan kenapa tidak dilakukan diwaktu malam... perjalan yang sepatutnya mengambil masa 30 minit menjadi satu jam setengah hingga ke dua jam lebih... ramai pengguna yang terlewat mengambil anak-anak dipusat asuhan... mohon jasabaik YB memanjangkan perkara ini kepihak berkaitan.. jasabaik YB terdahulunya diucapkan jutaan terima kasih.