Friday, December 2, 2011

SYOR 1 PSC: PENGUNAAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK)

1.1 Jawatankuasa mengambil maklum akan pandangan dan cadangan daripada pihak-pihak berkenaan berhubung dengan penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan tuduhan mana-mana orang dalam pilihan raya yang sama mengundi lebih daripada sekali.

1.2 Jawatankuasa mengesyorkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam proses pengundian bagi pilihan raya umum ke-13. Bagi syor ini, Jawatankuasa mendapati bahawa pindaan hanya perlu dibuat kepada peraturan berhubung dengan pilihan raya sahaja tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan. SPR perlu menyegerakan proses pindaan peraturan-peraturan yang berkaitan untuk kuatkuasa.

1.3 Tatacara pelaksanaan penggunaan dakwat kekal akan ditentukan oleh SPR.

1.4 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan cara pengundian akan melibatkan pindaan kepada peraturan yang berkenaan.

No comments: