10.1 Jawatankuasa mengambil maklum akan keperluan dan kepentingan bagi mengukuhkan SPR yang berkait rapat dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
10.2 Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa mengesyorkan seperti yang berikut:
a. bagi menjelaskan keadaan SPR kepada pihak awam bahawa SPR adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka peruntukan mengenai kebebasan SPR hendaklah diperjelas dalam undang-undang;
b. bagi menjamin SPR menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan, maka kuasa yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada SPR bagi memastikan penguatkuasaan peruntukan berkaitan undang-undang pilihan raya dan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain dapat dikurangkan, maka keperluan sumber manusia SPR hendaklah ditambah dan dinaik taraf perjawatan sedia ada serta peruntukan kewangan yang mencukupi sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.
No comments:
Post a Comment