7.1 Jawatankuasa mengambil maklum tujuan diadakan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal pemilih dan pemilih untuk menyemak butir-butir pendaftaran dalam daftar pemilih tambahan di samping membuat tuntutan dan bantahan, jika layak.
7.2 Jawatankuasa juga mengambil maklum akan kepentingan tuntutan dan bantahan semasa pameran daftar pemilih tambahan diadakan bagi memastikan hak pemilih yang layak didaftarkan.
7.3 Jawatankuasa mengambil maklum akan aduan mengenai tempoh pameran selama tujuh (7) hari yang sedia ada tidak mencukupi untuk membolehkan semakan dan siasatan dibuat ke atas senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan yang dipamerkan. Di samping itu, fi yang dikenakan dianggap membebankan pembantah dan ada had dikenakan bagi maksud jumlah orang yang hendak dibantah.
7.4 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti perkara-perkara berhubung pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan seperti yang berikut:
a. memanjangkan tempoh pameran kepada 14 hari;
b. membatalkan kadar fi RM10 yang dikenakan kepada pembantah; dan
c. membatalkan had maksimum bilangan orang yang hendak dibantah.
7.5 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meminda peraturan yang sedia ada untuk membolehkan bantahan dibuat terhadap Daftar Pemilih Induk.
7.6 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dan perkara-perkara berkaitan dengannya akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment