6.1 Jawatankuasa mengambil maklum usaha berterusan SPR dalam membersihkan daftar pemilih termasuklah mempamerkan nama-nama pemilih yang rekodnya tidak dapat dipastikan kesahihannya. Usaha-usaha berterusan itu termasuklah memotong.
a. nama-nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia;
b. nama-nama pemilih yang telah dilucutkan atau melepaskan kewarganegaraannya;
c. nama-nama pengundi tidak hadir (PTH) yang hilang kelayakan;
d. rekod anggota tentera dan polis yang telah menamatkan perkhidmatan; dan
e. nama-nama pemilih biasa yang menyertai tentera dan polis.
6.2 Walau bagaimanapun, Jawatankuasa mengambil maklum masih terdapat keraguan tentang daftar pemilih yang bersih, khususnya di Sabah mengenai nama yang didakwa tidak layak berada dalam daftar pemilih atas apa jua sebab.
6.3 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik MIMOS Berhad untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu berikut dan melaporkan balik penemuan kepada Jawatankuasa:
a. dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama;
b. pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih;
c. pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas;
d. pemilih bukan warga tempatan;
e. ramai pemilih dalam satu alamat; dan
f. pengundi hilang kelayakan.
6.4 Jawatankuasa ini juga mengesyorkan supaya SPR mengadakan pemerakuan semula senarai daftar pemilih di Sabah.
6.5 Jawatankuasa mengambil maklum permintaan dan desakan pelbagai pihak dari pendengaran awam di Kota Kinabalu supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa terdapat rakyat negara asing memperolehi status kewarganegaraan dan terlibat dalam proses pendaftaran pemilih khasnya di Sabah. Walaupun perkara ini adalah luas dan luar daripada terma rujukan utama Jawatankuasa ini, namun Jawatankuasa mengesyorkan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.
6.6 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan cara pengundian akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment