Tuesday, April 10, 2012

MEMBENARKAN PRAPENDAFTARAN SESEORANG WARGANEGARA UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMILIH APABILA MENCAPAI UMUR 20 TAHUN

MEMBENARKAN PRAPENDAFTARAN SESEORANG WARGANEGARA UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PEMILIH APABILA MENCAPAI UMUR 20 TAHUN


4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.

4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.

4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.

No comments: