Thursday, August 2, 2012

Yayasan 1MDB - danaPIBG

Tahukah anda baru-baru ini Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Lodin Wok Kamaruddin Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan 1MDB telah melancarkan dana PIBG?

Dana PIBG ini di perkenalkan dengan hasrat semata-mata untuk membantu Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), ianya terbuka kepada semua PIBG di Sekolah Kerajaan dan juga Sekolah Bantuan Kerajaan. 

Apakah kategori-kategori yang boleh anda memohon?

AKTIVITI PENDIDIKAN 

Contoh: 

Kelas Tambahan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan kebangsaan dan kelas tuisyen tambahan untuk pelajar lemah dan kurang bernasib baik.

AKTIVITI KO-KURIKULUM

Contoh:

Latihan muzik atau berasaskan seni, latihan sukan, dan projek komuniti seperti kempen Go-Green.

AKTIVITI INFRASTRUKTUR PEMBINAAN KECIL

Contoh:

Meningkatkan makmal komputer, pembelian perabot, menaiktaraf padang sekolah dan pembelian peralatan sukan.

Berapakah jumlah permohonan maksima?

Untuk Sekolah Rendah, jumlah maksimum ialah RM30,000.
Untuk Sekolah Menengah, jumlah maksimum ialah RM50,000.

Bagaimanakah permohonan harus di lakukan?

Anda boleh muat turun borang permohonan daripada laman sesawang www.danapibg.com.my selepas itu;

Isi dan lengkapkan borang tersebut dan poskan kepada alamat seperti berikut;

DANA PIBG, Tingkat 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Saya berharap agar anda dapat memaklumkan kepada rakan-rakan anda yang memegang jawatan dalam PIBG untuk membuat permohonan ini dan merelisasikan impian bagi menjayakan program serta aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran di Sekolah.

Bagi sebarang pertanyaan anda boleh menghantar pertanyaan anda kepada emel; danapibg@1mdb.com.my

No comments: