Tuesday, September 4, 2012

SOALAN2 LISAN & BERTULIS: MESYUARAT KETIGA - PENGGAL KE-5


Berikut adalah soalan-soalan yang telah saya kemukakan untuk soalan-soalan bertulis dan lisan. Ianya akan di jawab oleh Menteri-Menteri yang berkenaan dalam sesi Parlimen yang akan bermula pada 24hb September 2012.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah memberi cadangan kepada saya tentang soalan-soalan yang harus saya kemukakan, oleh kerana saya hanya dapat menanyakan 15 soalan, soalan serta cadangan-cadangan yang di utarakan kepada saya akan saya bangkitkan dalam ucapan menyokong belanjawan saya, yang mana ianya akan di buat setelah YAB Perdana Menteri membentangkan Belanjawan Negara pada 28hb September 2012.



LISAN 1

Minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci kejayaan yang di telah capai dalam perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan dan apakah masalah-masalah yang mengugat perlaksanaan Program Transformasi ini dan bagaimana Kerajaan bercadang untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

LISAN 2

Minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci status perlaksanaan 32 syor serta cadangan yang telah di kemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilhan Raya;

a) Syor yang dapat di laksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
b) Syor yang tak dapat di laksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13; mengapa ia tidak dapat di laksanakan; dan
c) Syor yang tidak dapat di laksanakan sama sekali dan mengapa.

LISAN 3

Minta Menteri Kesihatan untuk menyenaraikan senarai lengkap segala kemudahan-kemudahan Kesihatan yang telah di sediakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kawasan Parlimen Hulu Selangor dan apakah perancangan masa depan untuk menambahbaik, menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan dalam jangka masa yang berapa lama?

LISAN 4

Minta Menteri Dalam Negeri untuk menyatakan apakah tindakan yang di ambil oleh Kementerian untuk mengawal, mengurang atau mengatasi masalah-masalah seperti berikut;

a) Jenayah 'Ah Long',
b) Jenayah pengedaran dadah,
c) Jenayah Jalanan, dan;
d) Jenayah Terancang 'Organised Crime'.

LISAN 5

Minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan program dan strategi Majlis Sukan Negara Malaysia dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016 Brazil, memandangkan kita telah tersasar pencapaian semasa Sukan Olimpik 2012; berikan jenis program latihan dan perbelanjaan yang bakal dirancang.

LISAN 6

Minta Menteri Pelajaran untuk menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk membina satu Sekolah Vokasional di Parlimen Hulu Selangor; sekiranya ada, bila agaknya ianya akan di bina, dan, sekiranya tidak, mengapa tidak boleh.

LISAN 7

Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menyatakan masalah-masalah yang di alami oleh Kementerian untuk menukar paip-paip yang berusia di Hulu Selangor dan apakah tindakan yang di ambil oleh Kementerian untuk menangani masalah ini supaya rakyat Hulu Selangor tidak di paksa minum air lombong oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

LISAN 8

Minta Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan sejauhmana perlaksanaan Ikrar Intergriti Korporat (CIP) telah membawa kejayaan untuk membenteras rasuah, dan

a) berapa syarikat telah menandatangani ikrar tersebut; dan

b) berapa syarikat yang menandatangani ikrar tersebut gagal mengikut lunas-lunas CIP dan apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat yang melangari ikrar tersebut.

LISAN 9

Minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci jumlah Penjawat Awam keturunan India mengikut gred di setiap Kementerian dari tahun 2008 sehingga 2012, dan;

Apakah perancangan Kementerian untuk memastikan lebih ramai lagi rakyat Malaysia keturunan India yang layak dapat di serapkan dalam perkhidmatan awam dalam masa yang terdekat?

LISAN 10

Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyatakan secara terperinci setakat ini berapa Tapak Perkuburan bukan Islam di Malaysia yang telah di wartakan, dan seterusnya;

a) Sama ada, Kementerian ada memberi bantuan kewangan untuk Tapak Perkuburan tersebut di selenggarakan, dan;

b) Apakah syarat yang di amalkan untuk mewartakan satu tapak baru Tapak Perkuburan?



BERTULIS 1

Minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci;

a) Setiap projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Kawasan Parlimen Hulu Selangor dalam Rancangan Malaysia ke-10.; dan

b) sama ada projek-projek yang di cadang dalam RMK-10 tetapi terpaksa di batalkan, sekiranya ada, mengapa ianya di batalkan?

BERTULIS 2

Minta Menteri Pelajaran memberi maklumat-maklumat terperinci seperti berikut;

a) Jumlah pelajar keturunan India yang layak memasuki ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 2008 sehingga 2012,

b) Di Kolej Matrikulasi manakah pelajar-pelajar tersebut ditempatkan, dan;

c) dari tahun 2008 hingga 2011 jumlah pelajar keturunan India yang layak masuk ke IPTA melalui Kolej Matrikulasi.


BERTULIS 3

Meminta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah kapasiti maksimum murid (atlet), bilangan atlet semasa, jenis sukan pilihan dan rekod pencapaian di peringkat antarabangsa untuk setiap Sekolah Sukan Malaysia seperti;

a) Sekolah Sukan Bukit Jalil,
b) Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail,; dan
c) Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

BERTULIS 4

Minta Perdana Menteri menyatakan apakah inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah di ambil oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membantu belia-belia Malaysia dan siapakah penerima-penerima bantuan tersebut?


BERTULIS 5

Meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha PDRM dalam merekodkan semua senjata dalam simpanannya, bagaimana anggota memulangkan senjata setelah tamat masa bertugas serta tidak dibawa pulang dan bagaimana mengurangkan kes senjata yang hilang semasa dalam simpanan di IPK, IPD atau di balai.

2 comments:

Poobalan said...

for soalan lisan 9, is it possible to add another parameter which is jenis jawatan (tetap, kontrak, sambilan, etc)? or can it be asked as supplementary question during sitting, perhaps via another MP?

poobalan said...

for soalan lisan 9, is it possible to add another parameter which is jenis jawatan (tetap, kontrak, sambilan, etc)? or can it be asked as supplementary question during sitting, perhaps via another MP?