Jawapan yang saya terima daripada YB Menteri Kerjaraya;
Kementerian Kerja Raya sememangnya sedar dan mengambil maklum mengenai isu kesesakan dan peningkatan aliran trafik di Jalan Persekutuan 1(FT01) antara bandar rawang ke Serendah melalui Sg. Choh. khususnya pada waktu puncak. Bedasarkan Bancian Trafik Kebangsaan 2009, purata trafik harian yang dicatatkan di laluan tersebut ialah sebanyak 30,000 kenderaan sehari.
Sehubungan itu, antara alternatif yang sedang dilaksanakan Kerajaan bagi mengurangkan kesesakan di jalan tersebut ialah seperti berikut;
- Pembinaan projek Jalan Pintas Rawang (Rawang By-Pass) - Sehingga kini fasa pertama sepanjang 18.5 kilometer tealh di siapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMKe-9). Skop projek fasa 1 itu melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan 4 lorong 2 hala dari persimpangan Sungai Chu hingga ke Taman Warisan Negeri di Templer Park dengan kos sebanyak RM260.5 juta.
- Dalam RMKe-10 pula, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan pembinaan fasa 2, iaitu melibatkan skop pembinaan elevated structure sepanjang 3.3 kilometer melalui Taman Warisan Negeri dengan anggaran kos projek RM397 juta.
- Dari aspek perancangan jangka panjang pula, Kajian Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalanraya (HNDP) Fasa 1 telah mengenal pasti keperluan bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 1 (FT01) dari Templer Park hingga ke sempadan Negeri Perak.
Perlaksanaan projek ini akan di cadangkan dalam rolling plan kedua RMKe-10.