Menyedari terdapat golongan miskin tegar dikalangan masyarakat India yang masih belum berdaftar dengan program e-kasih dan tidak mendapat sebarang bantuan kebajikan.
Mengambil maklum program-program bina upaya dan modal insan kepada golongan-golongan ini adalah amat penting;
Mengusulkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat supaya mewujudkan satu unit khas untuk mengenal pasti, mendaftar dan memantau bantuan kebajikan, program-program bina upaya dan modal insan serta latihan sampai kepada golongan yang disasarkan di seluruh negara.
Sunday, July 31, 2011
65th MIC AGM - Resolusi: Latihan Kemahiran
Memahami pembangunan modal insan merupakan nadi pembangunan seseorang individu dan negara.
Turut mengambil maklum bahawa, latihan kemahiran merupakan faktor utama yang menyumbang kearah perkembangan kearah perkembangan ekonomi Negara;
Menyeru kerajaan menawarkan lebih banyak kursus latihan kemahiran dan bantuan dalam bentuk geran serta pengambilan komposisi pelajar mencerminkan Gagasan "1Malaysia" dengan menyediakan kemudahan asas yang mantap dari segi rohani dan jasmani.

65th MIC AGM - Resolusi: Skim Perumahan Khas untuk Masyarakat India
Menghargai inisiatif YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak melancarkan kempen pemilikan rumah sendiri.
Menyedari isu perumahan khususnya bagi menangani masalah perumahan penghuni rumah panjang, bekas pekerja ladang, setingan dan kumpulan kurang berkemampuan disebabkan masalah kemiskinan kritikal yang semakin berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian yang dapat menjamin masa depan mereka;
Adalah diusulkan bahawa, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu mekanisma khas bagi membantu golongan yang tersebut seperti di atas untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)