Sunday, July 31, 2011

65th MIC AGM - Resolusi: Pendidikan Pra-Sekolah

Mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak bahawa pendidikan pra-sekolah menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan nasional dan NKEA yang menetapkan 87% Sekolah Rendah akan mempunyai kemudahan pendidikan pra-sekolah.

Mengambil maklum, pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan mengambilalih pelaksanaan Program Permata dimana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat akan mengambilalih pendidikan Tadika mulai tahun 2012. Menyedari keputusan tersebut, hanya 17.5% Sekolah Tamil di seluruh negara mempunyai kemudahan pendidikan pra-sekolah.

Mengusulkan kerajaan supaya mengambil perhatian yang serius untuk menyediakan kemudahan pendidikan pra-sekolah di sekurang-kurangnya di 87% Sekolah Tamil di seluruh negara menjelang 2012.

No comments: