Monday, July 11, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - SOSIO BUDAYA & SUKAN




Tindakan / Pencapaian

Turut serta bersahur dengan rakan-rakan Islam semasa bulan Puasa sebanyak empat kali. Salah satunya saya gembira bersahur bersama anak-anak yatim di Bukit Beruntong.

Memberi sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan RumahTerbuka Hari Raya di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Melawat gereja di Ladang Nigel Gardner bersama YB Datuk M.Saravanan,  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menghadiri Hari Istimewa Orang Asli di beberapa kampung Orang Asli.

Memberi sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali di Bukit Beruntung Golf Club.

Memberi sumbangan sempena sambutan Krismas kepada penduduk tempatan.

Memberi sumbangan barangan memasak ponggal kepada 1000 keluarga seluruh Hulu Selangor.

Memberi sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk tempatan.

Menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Ulu Yam.

Memberi sumbangan Khas kepada surau dan masjid di kawasan Hulu Selangor sempena Hari Raya Haji.

Menghadiri perayaan Thaipusam bersama penganut Hindu di Rasa dan Kerling.

Menghadiri perayaan Vaisakhi bersama komuniti Sikh Hulu Selangor.

Melawat tempat-tempat Ibadat di Hulu Selangor.

Memberi peruntukan kewangan kepada tempat Ibadat Hulu Selangor.

Menghadiri perayaan di tempat-tempat ibadat.

Menghadiri majlis makan malam bersama pemain bawah 12 dan Majlis Tertinggi Persatuan MIFA ( Malaysian Indian Football Association).

Menghadiri majlis penutup pertandingan bola sepak bawah 12 anjuran MIFA di Kuala Kubu Bharu.

Menyertai Kayuhan Amal SYABAS.

Menghadiri pertandingan bola sepak LPKN.

Membuat lawatan ke Akademi Bola Sepak, Taman Bunga Raya.

Menghadiri pertandingan futsal di Apartment Teratai.

Merasmikan Sukan Orang Asli Kebangsaan di Kuala Kubu Bharu.

Perjumpaan dengan Pasukan Bola Sepak Taman Bunga Raya.

Perjumpaan dengan Pasukan Bola Sepak Tanjung, Bukit Sentosa.

Memberi sumbangan jersi kepada 5 Persatuan Bola Sepak.

Menghadiri Pertandingan Menembak anjuran RELA Hulu Selangor.

Membuat Pelancaran Jungle Tracking anjuran Kelab Rakan Muda Sg. Choh.

Menghadiri Pertandingan Futsal di Felda Sungai Tengi.

Menghadiri Perasmian Penutup Pertandingan Bowling W I Bukit Sentosa/Beruntung.

Menyertai Program Komuniti Cara Hidup Sihat di kawasan Perumahan Teluki, Bukit Sentosa.

Sepetang bersama RELA Bikers and RELA Kebangsaan di Ulu Yam.

Sasaran

Menghadiri sambutan Wesak pada 17 Mei 2011.

Lebih banyak tempat akan dipilh untuk bersahur.

Menganjurkan lebih banyak program Sosio Budaya di seluruh Kawasan Hulu Selangor.

Melawat lebih banyak tempat ibadat.

Akan terus memberi peruntukan kepada tempat-tempat Ibadat.

Menganjurkan lebih banyak akitiviti sukan di kawasan Hulu Selangor.

Mengadakan lebih banyak perjumpaan bersama persatuan sukan

No comments: