Thursday, March 31, 2011

BILAKAH HOSPITAL BUKIT SENTOSA AKAN DIBINA - TERJAWAB.

SOALAN SAYA;

Minta Menteri Kesihatan menyatakan dalam RMK-10, Kementerian telah meluluskan pembinaan satu hospital KK 3 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, bilakah projek ini akan bermula. Adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di kawasan Batang Kali di mana kawasan tersebut mempunyai jumlah penduduk yang ramai.


JAWAPAN DARIPADA Y.B. DATO' SRI LIOW TIONG LAI, MENTERI KESIHATAN

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan permohonan untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 Bukit Sentosa di Hulu Selangor di dalam Second Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-10.

Sekiranya diluluskan projek ini akan di mulakan pada tahun suku tahun kedua 2012 dan di jangka siap pada 2014.

Bagi jangka masa terdekat, terdapat 2 buah klinik 1Malaysia yang telah dibuka di Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya yang telah mula beroperasi sejak Mei 2010.

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan Batang Kali memandangkan telah terdapat sebuah hospital sediaada iaitu Hospital Kuala Kubu Bharu dan kerajaan merasakan hospital ini masih dapat menampung keperluan penduduk setempat buat masa ini.

MAKLUMAT TERAKHIR: Satu lagi Klinik 1Malaysia telah pun mula beroperasi di Batang Kali.

Tuesday, March 29, 2011

GOOD BYE MY FRIEND DHARMINDER (DHARM)

I was shocked with the sudden death of my good friend DharminderSingh (known to most of us as Dharm) from The Star.

I have know Dharm ever since i was working with the Malaysian Palm Oil Promotion Council (now known as Malaysian Palm Oil Council). He covered many of the events that i use to organise and helped me to keep up my good work.

Even after i left MPOPC and joined CAROTINO and JATI, we kept in touch and meet once in a while and we always exchanged greetings.

I met him recently and he wanted some help and i was willing to assist him, even when i won the Hulu Selangor Bye-Election, he was one of my friends who send me a message congratulating me on my success.

As mentioned earlier, we met recently and spoke for a while, he as usual was covering a news and after that we spoke for a while and we agreed that we shall meet as he wanted to share something with me and needed my help and i was looking forward for that day - and the day will never come by anymore.

I have for some time, planning and trying to meet-up with my friends who i have not met or spoken for a long time, recently, i even send messages to about 200 friends of mine asking them to have a cup of coffee/tea with me, most of them replied and a few did not. The sad thing is, some close friends got angry with me, cause i did not ask them out for coffee instead asked their friends out for coffee.

Anyway, i realised that I have not met many friends who were with me for a long time and just could not meet them, as the amount of work to be done and to fulfill my constituents request takes most of my time away.

I have now decided, that i will make it a point to meet friends as soon as possible. Even if its only for a few minutes. I will communicate with them or worst case scenario, will at least try to call them.

Dharminder is a friend that i will never forget. I am sure his family will miss him dearly. I just pray to GOD the Almighty that my good friend Dharm will rest in peace in heaven and i do hope when we meet up there, remember me my friend.

Monday, March 28, 2011

PLEASE ENSURE THAT DEEPAVALI HOLIDAYS & UNIVERSITY EXAMS DOES NOT CLASH

I raised an issue which was brought up to me by students in the IPTA who complained that their exams always clashed with Deepavali celebrations and that they could not celebrate Deepavali with their loved ones, following are the transcripts of the debate between me and Y.B. Dato' Saifuddin bin Abdullah.


DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH [TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI]

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Hulu Selangor berkenaan jadual peperiksaan yang tidak mengambil kira perayaan Deepavali.

Ingin saya maklumkan bahawa Kementerian sememangnya prihatin dalam isu ini dan bukan hanya Deepavali, perayaan-perayaan lain juga. Oleh yang demikian, IPT telah dinasihatkan menjadualkan semula peperiksaan terakhir semester bukan Julai sesi 2010-2011. Itu yang timbul sedikit dahulu dengan mengambil kira perkara berikut:-

i. Kebajikan dan keperluan pelajar serta pentadbiran universiti termasuk berkaitan minggu ulang kaji dan tempoh peperiksaan; dan

ii. perancangan aktiviti-aktiviti pelajar selepas seminggu peperiksaan. Antaranya ialah proses pemarkahan dan pengesahan keputusan peperiksaan pelajar, jangka masa latihan industri, kerjasama dengan sektor kerajaan dan swasta serta tarikh permulaan semester kedua.

Ekoran itu, hampir semua IPTA telah menjadualkan semula peperiksaan akhir di universiti masing-masing untuk memberi peluang kepada pelajar bercuti sempena perayaan hari Deepavali.

P.KAMALANATHAN a/l P.PANCHANATHAN [Hulu Selangor]

Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Terima Kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudi memberi perhatian atas masalah ini. Saya berharap kerana walaupun masalah ini pada pendapat kementerian telah diselesaikan , malah ada IPTA-IPTA di luar sana tidak mengamalkan arahan ini. Maka masih wujud. Saya harap pihak kementerian dapat menghantar satu surat pekililing untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi. Sekian, terima kasih.

DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH

Terima Kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya surat pekeliling itu telah dikeluarkan tetapi saya berterima kasih atas maklum balas ini dan kita akan pantau apa yang sebenarnya berlaku di bawah.

Thursday, March 24, 2011

MASALAH/CABARAN YANG DIHADAPI - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Final Part]

FINAL PART

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.


Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India memerlukan intervensi dalam jangkamasa panjang. Apa yang dikenalpasti adalah perubahan minda (Mindset change) amat diperlukanoleh golongan ini dalam menyelesaikan masalah mereka dan bukan setakat mencari jalan mudah dengan mengharapkan wang dari kerajaan semata-mata.

Proses transisi perubahan telah dan sedang berlaku dikalangan mereka dan kesannya dapat dilihat dalam jangkamasa panjang. Diantara usaha yang telah dijalankan adalan pemohon Jabatan Kebajikan Masyarakat kearah berusaha untuk mencari pendapatan melalui Program Azam (melalui Azam Kerja, Azam Tani, Azam Khidmat dan Azam Niaga). Melalui program ini, mereka yang bergantung kepada bantuan kebajikan (Dependent Welfare) dapat digerakan kepada mereka yang produktif melalui inisiatif kebajikan (Productive Welfare).

Peluang meningkatkan pendapatan melalui pinjaman Mikro untuk berniaga, menyertai program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Program TEKUN juga giat dijalankan. Peluang mendapatkan pekerjaan melalui sistem Jobs Malaysia. Mengalakkan menyertai skim kemahiran latihan menerusi Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).


PELUANG PERNIAGAAN & PINJAMAN PERNIAGAAN - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 3]

PART 3

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.


Dalam tempoh 2008 - 2010 usaha-usaha untuk meningkatkan akses kepada pinjaman mikro telah di ambil.

  • Dibawah program Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) sebanyak 2,593 wanita India telah menerima pinjaman sebanyak RM14.3 juta.
  • Bagi program TEKUN dengan kerjasama Yayasan Strategik Sosial, sebanyak 2,322 pinjaman perniagaan mikro berjumlah RM19.4 juta di luluskan.

SITF juga telah mengadakan beberapa sesi dialog dengan Institusi Kewangan seperti Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, Bank Rakyat dan SME Corporation untuk memperolihi kerjasama dari Institusi Kewangan ini untuk menyediakan peluang pinjaman kepada kaum India yang ditetapkan.

SITF dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan program kesedaran kewangan (Financial literacy program) dengan kerjasama SME Corp. menganjurkan program pembangunan kapasiti.

KEMPEN MY DAFTAR NASIONAL - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 2]

PART 2

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam: 

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

KEMPEN MYDAFTAR NASIONAL

Kempen Mydaftar Nasional adalah satu kempen yang telah dijalankan serentak selama 8 hari bermula 19 Februari 2011 sehingga 26hb Februari 2011 untuk mendokumentasikan masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

80 Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di sembilan negeri terpilih (Kedah, Pulau Pinang, Perak Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor)

Sebanyak 14,882 orang telah mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disepanjang tempoh ini.

Daripada ini, seramai 9,568 telah mengemukakan borang permohonan kepada JPN dan sebanyak 5,314 belum menyerahkan borang mereka.

  • Daripada 9,568 borang yang di serahkan;
  • sebanyak 1,867 permohonan berkaitan Sijil Kelahiran,
  • sebanyak 913 berkaitan Kad Pengenalan,
  • sebanyak 6,566 berkaitan Kewarganegaraan, dan;
  • sebanyak 222 berkaitan Perkhawinan dan Penceraian.

Adalah menjadi sasaran Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India untuk menyelesai kes-kes ini dalam tempoh 6 bulan akan datang secara berperingkat.


JAWAPAN YAB MENTERI PELAJARAN MENGENAI ISU INTERLOK DI PARLIMEN PADA 24HB MAC 2011

Terdapat lima (5) pertanyaan yang menyentuh isu berkaitan dengan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain yang menjadi teks komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5 di Zon 2, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan . Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan tersebut adalah:

 

1.    Y.B. Sabak Bernam                (24.03.2011) – Hari ini

2.    Y.B. Kuala Krai                       (24.03.2011) – Hari ini

3.    Y.B. Bukit Gantang                 (04.04.2011)

4.    Y.B. Telok Intan                      (04.04.2011)

5.    Y.B. Hulu Terengganu           (06.04.2011)

 

Oleh kerana kesemua pertanyaan yang dibangkitkan saling berkaitan, izinkan saya menjawab isu tersebut secara serentak, serta mengulas lapan (8) pertanyaan yang dikemukakan sebelum hari ini kerana menyentuh perkara yang sama.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

2.      Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan pelbagai pihak untuk menambahbaik sistem pendidikan negara. Semangat musyawarah diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang timbul di samping memastikan sebarang tindakan yang dibuat dilaksanakan secara berhati-hati. Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Dalam menangani isu novel Interlok, Kementerian mengambil langkah yang amat teliti supaya sebarang keputusan yang dibuat adalah rasional, munasabah dan dapat diterima oleh semua pihak.

 

3.      Novel Interlok adalah satu karya sastera yang telah melalui proses pemilihan dan penyaringan yang ketat sebelum dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Matapelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Novel ini telah dinilai oleh enam (6) jawatankuasa di peringkat Kementerian, yang ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu. Ini adalah untuk memastikan Interlok memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu, menepati Kurikulum Bahasa Malaysia, mendukung nilai-nilai murni, menimbulkan kesan nasionalisme yang kuat dan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Suka saya menegaskan bahawa dalam pemilihan teks KOMSAS, keutamaan diberikan kepada hasil karya Sasterawan Negara, pemenang anugerah S.E.A. Write Award dan pemenang hadiah Sayembara Sastera.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

4.      Secara khusus, novel Interlok memaparkan kegigihan watak-watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina dan India di zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia yang bermaruah dan bermartabat. Watak Cing Huat digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat. Watak Maniam pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu Ramakrisynan berjaya menjadi inspektor polis. Watak Seman pula ditonjolkan sebagai anak seorang petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.

 

5.      Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha.

 

6.      Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek kerjasama dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan Maniam dan Musa. Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun Musa telah lama meninggal dunia.  Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

7.   Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka. Malah, penulis menggambarkan watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan. Dalam konteks ini, penulis telah berjaya menggambarkan rupa bentuk rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Atas dasar ini, Kementerian Pelajaran tanpa ragu-ragu telah memilih novel Interlok sebagai teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima di Zon 2.

 

8.      Namun demikian, penggunaan novel Interlok telah menimbulkan bantahan daripada beberapa kumpulan dalam masyarakat India. Bantahan adalah berkisar tentang penggunaan perkataan ‘kasta Paria’ di dalam novel tersebut yang didakwa bersifat rasis dan menyinggung perasaan kaum India.

 

9.      Sehubungan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2011 telah memutuskan supaya Kementerian Pelajaran mengadakan dialog dengan wakil NGO India bagi membincangkan kontroversi novel Interlok dan mencari jalan penyelesaian. Parti MIC telah mencadangkan beberapa nama untuk mewakili NGO India dan kesemua mereka telah dijemput untuk berdialog dengan pihak Kementerian pada 18 Januari 2011.

 

10.    Kontroversi novel Interlok juga telah menimbulkan desakan daripada ahli akademik, sasterawan, persatuan penulis dan orang awam supaya novel ini dikekalkan sebagai teks KOMSAS. Mereka menegaskan bahawa Interlok tidak bersifat rasis malah mengandungi banyak nilai-nilai positif yang menjurus ke arah perpaduan dan keharmonian kaum. Kumpulan ini juga turut memohon untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran berhubung isu ini. Justeru, beberapa individu yang mewakili kumpulan ini turut dijemput menghadiri sesi dialog yang diadakan.

 

11.    Hasil dialog seterusnya telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri  dan susulan daripada itu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya:

 

i)                   Novel ini terus digunapakai sehingga satu pendekatan yang komprehensif dicapai dalam menangani isu berbangkit;

ii)                 Mengarahkan penubuhan satu panel bebas untuk mengkaji kandungan novel;

iii)               Mendapatkan pandangan daripada penulis; dan

iv)               Mencadangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

12.    Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri, Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok telah ditubuhkan untuk meneliti bahagian yang dianggap sensitif kepada masyarakat India dan memperakukan kepada kerajaan bentuk suntingan yang sesuai tanpa menjejaskan jalan cerita dan mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya. Panel bebas ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang bahasa dan sastera termasuk tiga (3) wakil masyarakat India dan seorang wakil penulis. Panel Bebas ini telah bersidang sebanyak empat (4) kali dan mengadakan dua (2) pertemuan dengan saya.

 

13.    Pada mesyuarat kali ke-3, Panel Bebas telah mencapai kata sepakat untuk menggugurkan frasa ”kasta Paria” dalam novel ini dan menggantikannya dengan frasa ”golongan yang sama”. Alhamdulillah, cadangan suntingan ini  telah dipersetujui oleh penulis sebagai pemegang hakcipta dan untuk itu Kerajaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penulis di atas kemurahan hati beliau membenarkan karya sastera ini disunting.

 

14.    Pada masa yang sama, wakil masyarakat India dalam Panel Bebas juga mengemukakan kepada kerajaan sebanyak 106 bentuk cadangan pindaan yang lain untuk dipertimbangkan. Cadangan pindaan ini tiada kaitan dengan isu pokok, iaitu ”kasta Paria” yang telahpun diselesaikan, tetapi meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fakta, bahasa dan tatabahasa, termasuk koma, noktah dan tanda soal. Sehubungan itu, saya telah meminta Panel Bebas untuk meneliti satu persatu 106 cadangan pindaan yang dikemukakan dan mengenalpasti perkara-perkara yang benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat India sahaja dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan.    

 

15.    Lanjutan daripada itu, Panel Bebas telah sekali lagi bermesyuarat pada 23 Mac 2011 untuk meneliti kesemua cadangan ini. Hasil penelitian Panel Bebas mendapati hanya 19 perkara sahaja yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Ini bermakna, sebanyak 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuklah cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan ”tali” dipinda kepada ”taali”, perkataan ”papa” ditukar kepada ”appa”, ”cawat” ditukar dengan ”dhoti” dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, kesemua ahli panel, termasuk wakil masyarakat India, telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang.

 

16.    Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga (3) daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya. Tiga (3) perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. Panel Bebas, dengan persetujuan wakil masyarakat India, memutuskan bahawa ketiga-tiganya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat India.

 

17.    Daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh (7) perkara telah dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan errata di dalam novel ini bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India. Manakala enam (6) perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis, sekali lagi, dengan kemurahan dan kejernihan hati beliau, telah bersetuju untuk meminda perkataan ”tuhan” kepada perkataan ”dewa” dan menggugurkan frasa ”orang berkulit hitam” daripada novel ini.

 

18.    Selain dari itu, Kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

 

19.    Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada Kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan. Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit manapun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar. Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita.

 

20.    Saya juga ingin mengingatkan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik yang sempit supaya jangan sekali-kali cuba menangguk di air yang keruh. Jangan sekali-kali mengeksploitasi isu ini untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak peranda di negara kita yang tercinta. Ini adalah satu perbuatan sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat. Saya yakin majoriti rakyat di negara kita adalah rasional dan mereka akan menerima keputusan yang adil dan munasabah.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

21.    Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pengormatan dan penghargaan kepada Sasterawan Negara Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain atas kemurnian hati beliau untuk mengizinkan novel Interlok disunting. Dalam pertemuan saya dengan beliau beberapa hari lalu, Y.Bhg. Datuk Abdullah Hussain berulangkali menyatakan bahawa beliau tidak sekali-kali berniat untuk menyentuh sensitiviti apa lagi menghina masyarakat India ketika menulis novel ini empat puluh tahun yang lalu. Apa yang dipaparkan dalam novel ini adalah cetusan pemikiran dan imaginasi beliau tentang kehidupan sosial masyarakat pelbagai kaum di negara kita yang dijelmakan dalam bentuk karya sastera kreatif.

 

22.    Untuk itu, sewajarnyalah kita menghormati bukan sahaja karya beliau, tetapi juga segala keputusan yang telah dibuat oleh beliau dalam membantu Kerajaan untuk menyelesaikan kontroversi novel Interlok. Ini adalah satu lagi sumbangan beliau yang amat besar kepada negara.

 

23.    Selain itu, saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Panel Bebas iaitu:

 

(i)                Y.Bhg Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pengerusi;

 

(ii)       Y.Bhg  Datin Siti Saroja binti Basri, wakil penulis;

 

(ii)              Y.Bhg  Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan, Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional;

 

(iv)      Y.Bhg Datuk Hj. Termuzi Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka;

 

(v)              Y.Bhg Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia;

 

(vi)      Y.Bhg. Prof. Dr. NS Rajendran, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki di Universiti Pendidikan Sultan Idris;

 

(vii)             Encik G. Krishnabahawan, pendidik; dan

 

(viii)           Encik Uthaya Sankar penulis bebas.

 

24.    Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pimpinan MIC yang telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri dan saya selaku Menteri Pelajaran untuk mengambil keputusan bersama bagi menyelesaikan isu ini. Dengan persetujuan yang telah dicapai, Kementerian menganggap bahawa isu ini telah selesai.

 

Sekian, terima kasih.

PROGRAM MESRA RAKYAT - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 1]

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

Pasukan Petugas Khas Pelaksana (SITF) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010 dengan persetujuan YAB Perdana Menteri.

Objektif Pasukan Petugas Khas adalah seperti berikut;

  • Untuk mengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India di dalam Program dan Projek-Projek Kerajaan.
  • Pembangunan Kapasiti (capacity building) untuk masyarakat India yang miskin dan keluarga yang tergolong di bawah paras 40% status sosio-ekonomi menjadi sasaran utama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan,

Untuk mengatasi masalah yang di hadapi oleh kumpulan ini, SITF telah mengenalpasti program-program untuk meningkatkan pendapatan isirumah yang berpendapatan rendah dan miskin. Meningkatkan peluang-peluang dalam pendidikan, latihan kemahiran, latihan perniagaan dan pengusahawanan serta pinjaman mikro dan peluang pekerjaan.

Sebagai langkah untuk memberikan impak kepada masyarakat India di peringkat akar umbi, SITF telah mengadakan berikut;

PROGRAM MESRA RAKYAT

Pada tahun 2010 6 Program Mesra Rakyat telah di anjurkan di Ijok, Lunas, Sepang, Perai, Sungai Siput dan Batu Anam.

Sejumlah 9,400 orang telah menghadiri program di 6 kawasan ini daripadanya 4,948 orang telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan yang di sediakan.

Daripada 4,948 kes yang di daftar;

2,236 adalah kes yang berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Daripada 2,236, sebanyak 551 kes-kes baru yang diluluskan bantuan (Isirumah berpendapatan RM750 kebawah)

Sebanyak 898 kes-kes yang layak kepada program Azam (isirumah berpendapatan RM750 - RM1500)

Sebanyak 167 adalah kes penerima bantuan JKM sedia ada, dan,

385 kes yang tidak layak untuk kebajikan kerana berpendapatan melebihi RM1,500.

dan 235 kes-kes yang tidak dapat di kesan kerana kesulitan kerana alamat yang diberikan sukar dihubungi.

Secara keseluruhan sebanyak 1,955 kes = 39.5% daripada jumlah kes yang didaftarkan di keenam-enam kawasan tersebut berjaya diselesaikan

Sebanyak 15 kawasan telah dikenalpasti untuk Program Mesra Rakyat pada tahun 2011.









Wednesday, March 23, 2011

INTERLOK ISSUE @ SMK KUALA KUBU BHARU CLOSED


I thank all those who have given their views to me on this issue and trust that your intentions are for the betterment of the community and the continued unity of our nation.

I wish to put a closure to this issue based on the following actions taken ;

i. The school has agreed to take back the Interlok Malay literature book from the students.

ii. The concerned teacher has personally apologized to the students and their parents. 

iii. The district education department has agreed to transfer the teacher concerned as was requested by the parents of the students.

iv. The Headmaster has given his assurance that the students involved in this incident will not be reprimanded in any way due to this incident.

I am happy the aggrieved parties are satisfied with the actions taken to resolve this incident and I wish to thank them for their support and understanding extended to me and all parties involved in resolving this issue.

I will refrain from commenting on any further action(s) taken by any of the parties involved in this incident based on the laws of this country. I have full confidence in the laws of this country and strongly believe justice will prevail in all matters brought before it.

Tuesday, March 22, 2011

KEMENTERIAN PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

Jawapan dari Kementerian kepada soalan saya mengenai Isu Rumah Terbengkalai di Kawasan Kulu Selangor;

"Setakat ini terdapat 5 projek terbengkalai di kawasan Hulu Selangor iaitu empat di Lembah Beringin dan satu di Desa Beruntung, Ulu Yam. Status masa bagi empat projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin ialah pengurus dan penerima, 'receiver and manager' bagi projek-projek sedang membuat pelawaan kepada pemaju penyelamat yang berminat. Manakala bagi satu projek di Desa Beruntung Ulu Yam, ianya masih dalam projek mendapatkan pemaju penyelamat.

Kementerian sememangnya memandang serius perkara ini dan menyedari bahawa buat masa ini tiada peruntukan khusus di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi mengambil tindakan ke atas pemaju peumahan yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kepada perundangan sedia ada sedang dilakukan dengan cadangan pindaan kepada peruntukan di bawah Akta 118 agar peruntukan khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju perumahan yang menyebabkan satu projek perumahan itu terbengkalai demi menjaga kepentingan pembeli rumah"

Monday, March 21, 2011

KRITERIA PENGAMBILAN PELAJAR UNTUK PROGRAM PENGAJIAN YANG DI TAWARKAN OLEH IPTA BAGI PROGRAM SPM/SETARAF

SYARAT AM; 


Warganegara Malaysia; dan

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

KRITERIA-KRITERIA YANG DIGUNAKAN BAGI PEMILIHAN PELAJAR KE IPTA ADALAH SEPERTI BERIKUT

pencapaian Akadamik yang baik;

pencapaian Kokurikulum yang baik;

kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan syarat khas program pengajian;

gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.

lulus temu duga/ujian kelayakan yang ditetapkan oleh pihak IPTA;

pilihan program pengajian mengikut keutamaan;

memenuhi syarat khas program seperti yang di tetapkan oleh IPTA; dan

bilangan tempat yang di sediakan oleh IPTA.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung pada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang di pohon.

Jika markah merit pelajar tidak begitu tinggi dan memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang di pohon.

Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular mungkin akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Jesteru pemohon perlu menggunakan strategi yang tepat dan bijak dalam pemilihan program pengajian dan IPTA bagi meningkatkan peluang mendapatkan tawaran.

Saturday, March 12, 2011

SMK KUALA KUBU BHARU - ISSUE RESOLVED

After meeting all the parties involved I’d like to state that a satisfactory result has been found to put this troubling issue to rest. The catalyst for such a speedy end to this potentially polemic issue has been the frame of mind of all the parties involved to reach a solution that is best for the students and putting self interest in the back burner while embracing the spirit of unity and racial harmony and for this I’m very thankful.

The schools headmaster has taken responsibility for not informing the parents of the children when they were arrested and taken to the police station. He has also sincerely apologized for this lapse in duty and states that there was no mala fide when this happened but rather the confusion that resulted from the suddenness of the issue.

The aforementioned teacher in the issue has also apologized profusely for her unbecoming comments which were neither warranted nor acceptable for someone in her noble profession. She sincerely apologized for her behavior. She also stated that it was a communication breakdown that resulted in her comments. She also admitted that the police report she lodged was false. She wasn’t in any way threatened by the students but lodged the report as a way of protecting herself from the growing crises and the after effects of her actions. The school authorities have also decided to accept copies of the book that are returned by students. Although they state that there isn’t a circular from the education ministry that allows them to do so yet after I explained that the honorable DPM and Education Minister YAB Tan Sri Muhiyiddin Yassin has clearly stated that the book is not to be used in the schools until it’s been abridged and edited.

I’d also like to inform everybody that the district education department has agreed to propose the transfer of the said teacher which was requested by the parents of the students. Although the officials said they couldn’t immediately make such decisions because those decisions fall under the purview of the district education management meeting. However they did agree to make a proposal at the management meeting supporting the transfer of the teacher. The state education officials present at the meeting also informed the teacher that a circular passed in March 2010 had clearly stated that public servants should always refrain from saying any words that discriminate against and are sensitive in nature any race or religion. They added such action could result in a transfer and even suspension pending an investigation.

I’d like to also state my severe disappointment at the way the police department of Hulu Selangor dealt with this issue. They have not acted in a way that elicits confidence of the public and is expected of the custodians of the law. The Harian Metro newspaper had reported that the police said death threats were made against the teacher by the students. After reviewing the reports I have not found one line where that statement is correct or true. It’s very irresponsible of the police to mislead the public in such a precarious manner especially considering the investigation pending. I’d also like to highlight the lack of professionalism on the part of the police in the arrest of the students. They didn’t even inform the school authorities on the arrest and this in itself is not according to procedure.

The PIBG chairman who is also the deputy OCPD of Hulu Selangor was also irresponsible in the way he handled the whole affair. As a senior police officer he should have handled the matter in a more mature and professional manner. I will also be personally writing to the Selangor state CPO Datuk Tun Hisan Tun Hamzah to complain about the irresponsible behavior of certain police officers and the manner they arrested the students. Im sure there are procedures about these matter which were not followed and would like the CPO to take the appropriate disciplinary action where needed to ensure such behavior isn’t repeated.

I’d also like to take this opportunity to thank all the officers present from the state and district education department of Selangor who were very helpful in contributing towards solving this issue. I must also give my sincerest thanks to the headmaster of the school and also all the teachers who were very proactive in solving this issue amicably. My sincerest thanks to the parents of the students who also extended their whole hearted co operation in diffusing the situation.

Wednesday, March 9, 2011

SMK KUALA KUBU BHARU

As the Member of Parliament of Hulu Selangor, I am fully aware of the current issue at SMK Kuala Kubu Baru and I am in touch with all concerned parties, including the authorities.

Let me categorically explain the issue before it is taken out of context by anybody who may have ulterior motives to politicise this issue.

I have been in contact everyday with the parents of the students concerned and they have admitted that the students returned the Interlok Malay literature book to the school at their instruction. I have requested the school to accept the books back from the students and this issue should be put to rest pending the decision of the independent panel set up by the Minister of Education and Deputy Prime Minister, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. The panel would comprise linguists, academicians, literary figures and representatives of Dewan Bahasa dan Pustaka as well as the representatives from the Indian community, who will study the types of amendments required and they would then submit their recommendations to the government.

The second issue is the accusation and counter accusation by the students and the teacher concerned on the use of threat and derogatory words between them. Both parties have made police reports with regards to this and the police is investigating the reports. I have full confidence in the ability of the police to investigate these reports and take the appropriate action against any party that has broken any rules of our country.

Until then, I wish to appeal to all parties to give the police some time to do their job without any pressure and bring to book the offending party or parties.

UCAPAN SAYA DI PARLIMEN - MENYOKONG TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG - 8HB MAC 2011

Berikut adalah ucapan saya di Parlimen. Saya telah di beri penghormatan untuk menyokong usul titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Saya mohon maaf, kerana ada ejaan yang salah dalam teks ucapan ini. Walau bagaimana pun, intipati ucapan semuanya ikhlas dari saya.


Dengan ini saya Ahli Parlimen bagi kawasan Hulu Selangor memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkkan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih kepada Yang Di Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan ke atas titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sempena pembukaan rasmi Penggal Keempat Parlimen ke 12.

Sebelum meneruskan ucapan saya, saya ingin merafakkan sembah menjunjung duli ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Depertuan Agong, atas perkenaan mencemar duli merasmikan persidangan Parlimen kita semalam. Marilah kita juga melafazkan kesyukuran kepada tuhan yang maha pengasih yang telah melimpahkan rahmat dan kurniannya untuk membolehkan kita berjumpa sekali lagi di penggal baru parlimen tahun ini.

Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya berbesar hati mendapat ruang perbahasan ini untuk memberikan pandangan serta mempertengahkan beberapa isu-isu yang penting yang perlu diberi pertimbangan demi menjana kehidupan yang lebih berwibawa untuk rakyat serta tanahair yang dicintai.

Saya menyanjung tinggi serta berasa bangga dengan intipati titah diraja yang merangkumi semua aspek penting kehidupan rakyat jelata secara komprehensif dan menyeluruh. Saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat akan bertungkus lumus untuk memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan berjaya dan tanpa sebarang pengecualian.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menegaskan kepentingan negara kita dalam memupuk semangat bersatu-padu tidak kira bangsa dan agama. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, juga telah memperingatkan bahawa melindungi keselamatan negara yang mungkin terancam dari musuh dalam mahupun luar negara adalah tanggunjawab yang dipikul oleh sejagat rakyat tak kira pangkat dan darjat.

Walaupun Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menyoroti kejayaan yang membanggakan Polis Di Raja Malaysia dalam menurunkkan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 15% namun kita perlu mencari penyelesaian pada peringkat akar umbi untuk memenangi perjuangan menentang jenayah. Tidak dapat dinafikan yang antara punca utama peningkatan dalam kadar jenayah adalah ketiadaan fahaman dan pegangan agama yang kuat dalam seseorang individu yang terjerat dalam activiti anti sosial.

Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk memulakan kelas-kelas agama bukan Islam di semua peringkat persekolahan dalam negara kita sebagai satu langkah untuk memperkuatkan sahsiah generasi muda supaya lebih kental dan tidak mudah terjerat dalam aktivit jenayah.

Seperti mana pelajar-pelajar Islam mempunyai subjek agama dalam jadual waktu persekolahan harian saya ingin perkara yang sama diwujudkkan untuk pelajar pelajar bukan islam. Dengan kelas-kelas ini saya yakin yang sahsiah serta keperibadian generasi bukan islam ini akan lebih cenderong untuk menjadi individu yang produktif dan bertanggujawab pada masa akan datang dan akan menjauhi diri mereka daripada kelakuan serta penglibatan dalam jegala negative dan anti sosial. Jikalau kesuntukkan masa menjadi factor dalam pengwujuddan kelas kelas tersebut mungkin pihak kementerian dapat mengelolakan kelas-kelas ini pada waktu lepas persekolahan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kejayaan kerajaan dalam melaksanakkan Rancangan Malaysia yang Ke sembilan yang berakhir pada tahun 2010 harus di beri kepujian. Hampir kesemua Peruntukkan RM 230 billion untuk projek-projek pembangunan telah digunakan oleh keraajaan untuk meningkatkan prasarana serta kualiti kehidupan rakyat.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khasnya kementerian Penerangan untuk mempamerkan kepada rakyat apakah faedah-faedah serta manfaat yang telah diperolehi oleh mereka melalui perbelanjaan kerajaan ini. Informasi ini perlu spesifik serta terperinci dan juga mengambil kira faktor faktor seperti bilangan kerja baru yang diwujudkkan, sumbangan perbelanjaan ini kepada pembangunan negara dalam konteks GDP serta kemudahan –kemudahan awam yang diwujudkkan melalui perbelanjaan ini terhadap menyelesakan dan meningkatkan kualiti kehidupan warganegara.

Mungkin kesemua kementerian boleh menunjukkan perbelanjaan mereka daripada peruntukan RMK-9 di laman web mereka mahupun media akhbar dan juga rankaian rangkain nasional seperti TV1 dan TV2 ataupun lain-lain saluran media yang di minati oleh rakyat. Perkara ini patut dilakukan supaya rakyat di serantau negara dapat tahu dan sedar bagaimana duit mereka digunakan dengan bertanggujawab dan untuk kebaikkan optima mereka. Langkah tersebut juga akan meningkatkan persepsi rakyat kepada ketelusan pihak keraajan serta kommiment kerajaan untuk menjadi akuntable untuk perbelanjaan tersebut.

Selain itu, lagi satu cara yang saya fikir sesuai untuk memenangi sanubari rakyat adalah untuk mewujudkan sistem quota untuk rakyat umum menjadi ahli lembaga dalam syarikat-syarikat GLC negara. Kuota ini akan membolehkan rakyat biasa yang bertauliah untuk memberi pandangan mereka kepada ahli lembaga lain dan memberikan ilham kepada arah tuju GLC tersebut dari pandangan warganegara biasa. Syarikat-syarikat milik kerajaan ini boleh mengiklankan kekosongan dalam lembaga pengarah apabila terdapat kekosongan serta menyatakan syarat-syarat untuk memohon posisi tersebut. Langkah ini juga akan effektif untuk mendapatkan pandangan orang yang bertauliah yang sekarang berada di luar sistem kerajaan untuk memberikan suara kepada rakyat biasa. Langkah sebegini juga akan menunjukkan keazaman kerajaan dalam mendengar suara rakyat serta pegangan kuat kerajaan untuk menjadi telus dalam apa juga syarikat perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan.

Tuan Yang Di Pertua, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengiktiraf dan memuji kejayaan konsep gagasan 1Malaysia. Pengiktirafan tersebut menunjukkan dedikasi pihak kerajaan untuk merealasasikan secara praktikal dan pragmatik gagasan 1Malaysia dalam kehidupan seharian warga Malaysia. Pendokongan pemimpin dalam menyahut sahutan YAB Perdana Mentari Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian adalah mantera kerajaan untuk mewujudkkan sistem penyampaian kerajaan yang unggul.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan yang waktunya dah sampai dan subur untuk pihak kerajaan menganjurkan Konvensyen Perpaduan Kebangsaan 1Malaysia yang pertama. Konvensyan ini adalah untuk semua pihak yang menyokong dan menghargai gagasan mulia ini. Gagasan 1Malaysia bukanlah satu gimik politik seperti yang difitnahkan oleh pihak pembangkang tetapi adalah konsep nasionlisme yang meletakkan kepentingan dan perpaduan rakyat sebagai keutamaan. Konvensyen ini adalah untuk sesiapa sahaja yang mengamati dan ingin menghalusi gagasan ini. Konvensyen ini merentasi fahaman politik, perbezaan agama serta bangsa dan adalah untuk setiap individu yang ingin menyokong inisiatif mulia kerajaan.

Konvensyen Perpaduan 1Malaysia ini boleh dipengerusikan oleh wali Yayasan 1Malaysia seperti Tan Sri Lee Lam Thye dan Dr. Chandra Muzzafar. Konvensyan sebegini akan menjadi pemangkin untuk memartabatkan lagi sahutan 1Malaysia di kalangan rakyat umum dan juga satu pentas untuk berkongsi wawasan, pandangan dan aspirasi untuk menjadikan gagasan 1Malaysia lebih berkesan dan cekap.

Kejayaan negara dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 juga telah di ambil perhatian oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Kerajaan patut memberikan galakkan yang lebih kepada industri berkaitan teknologi hijau dan ini adalah selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengajiaan Tinggi untuk menawarkan ijazah ijazah serta diploma yang khusus kepada teknologi hijau. Walaupun negara kita berada pada landasan yang betul dalam membangunankan bidang teknologi hijau di negara tetapi kita juga perlu “soft skills” dalam bentuk pendidikan untuk mencerahkan lagi masa depan industry hijau di negara kita. Memandangkan keseriusan kerajaaan dalam membangunkan industry teknologi hijau langkah ini pasti akan padan dengan pelan induk Dasar Teknologi hijau Malaysia dan menyumbang kepada kejayaannya.

Inisiatif Talent Corporation adalah satu usaha yang murni dan ikhlas untuk merancakkan penarikkan dan pengekalan modal insan yang berkepakaran tinggi di negara kita. Talent corporation boleh menekankan pelbagai faktor sentripetal yang mampu menarik balik kepakaran warga Malaysia yang kini berada di luar negara. Antara faktor faktor tersebut adalah keindahan semuljadi negara yang mempegunkan dari aspek flora mahupun fauna. Selain itu kualiti kehidupan yang tinggi dan selesa adalah lagi satu faktor yang pasti merangsangkan kepakaran warga Malaysia di luar negara untuk kembali ke tanahair. Akhir sekali peluang untuk tinggal berdekatan dengan keluarga serta kawan kawan mereka juga merupakan satu sebab utama untuk ahli pakar kembali ke pangkal ibu pertiwi Malaysia.

Penubuhan Agensi Innovasi Negara serta penggubalan Dasar Industri Kreatif untuk menyemarakkan lagi penjanaan kekayaan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu lagi landasan untuk memacu pembangunan negara. Kedua dua mekanisme tersebut merupakan senjata kerajaan untuk mewujudkkan produk dan kepakaran yang bertaraf dunia dalam industri yang mementingkan innovasi dan kreativiti.

Saya ingin mencadangkan yang agensi tersebut mengelolakan satu” roadshow “ ke semua IPTA dan IPTS untuk menjelaskan kepada generasi graduan masa depan tentang kepentingan mereka mencungkil dan membangunkan daya kreativiti dan innovasi mereka walauapapun bidang yang mereka mempelopori. Mereka patut menyedari kepentingan daya –daya tersebut dalam menjadi ahli pernigaan atau pekerja yang berjaya. Dengan adanya roadshow sebegini saya yakin dan pasti tenaga kerja masa depan negara akan menunjukkan daya kreatif dan innovasi yang tinggi dalam prestasi seharian mereka. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendididkan Tinggi untuk cuba menyelitkan silabus mereka dengan pengajaran yang menunjukkan kepenting mencungkil daya kreativiti serta melengkapi pelajar dengan kemampuan untuk berfikir secara innovatif dan kreatif.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mahukan kerajaan untuk menigkatkan usaha untuk menjadikan negara destinasi pelancongan yang lebih menarik. Saya ingin menyeru pihak kementerian Pelancongon untuk mengoptimumkan potensi Hulu Selangor untuk menjadi destinasi pelancongan yang serba unik dan menarik. Hulu Selangor adalah suatu tempat yang potensinya untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan belum direalasasikan dan saya ingin meminta pihak kerajaan untuk membantu dalam proses menukar Hulu Selangor menjadi tapak pelancongan yang premium. Hulu Selangor mempunyai banyak tempat yang keindahhannya mempegunkan. Terdapat hulan belanatra yang sesuai untuk “nature trek” dan “hike” seperti Bukit Kutu yang potensinya belum pada tahap optima. Selain itu Sungai Pertak juga boleh dibangunankan lagi kerana keindahnya air terjunya serta sungainya yang sesuai untuk aktiviti “white water rafting”. Kolam air pertak adalah lagi satu tempat yang sangat indah dan mempunyai daya menarik pelancong, dikatakan yang air di dalam kolamnya mempunyai kebolehan untuk menyembuhkan pelbagai keasakitan dan keaibaan badan. Kawasan sekitar empangan Selangor juga mempunyai potensi yang hebat untuk dibangunankan sebagai destinasi eco tourism yang unggul. Ia adalah harapan saya yang pihak kerajaan menolong membangunankan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancong kerana potensinya amat besar untuk menjadi penjana ekonomi kepada rakyat tempatan dan industri pelancongan. Baru-baru ini saya telah di beri satu taklimat oleh sebuah syarikat yang ingin menjadikan Hulu Selangor sebagai Pusat Pelancongan Premium, saya berharap agar Syarikat tersebut akan di beri peluang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk memasyurkan Hulu Selangor.

Pihak Kerajaan akan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun-pekebun kecil. Kerajaan pasti akan mengambil ikhtibar untuk menurut titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Kementerian Pertanian dan Kementerian Perushahaan Ladang dan Kommoditi akan menarajui projek memperkasakan kehidupan peladang-peladang kecil.

Walaubagaimanapun saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada keadaan memudaratkan pekerja pekerja ladang getah dan kelapa sawit yang masih belum mendapat upah yang setimpal dengan kerja dan suasana ekonomi hari ini. Saya ingin meminta Majlis Penetapan Gaji untuk mengambil isu ini dengan serius dan juga menetapkan upah minimum yang adil dan sesuai dengan ekonomi dunia dimana harga barang asas sedang naik dengan mendadak. Isu ini juga harus diselesaikan secepat mungkin kerana pekerja-pekerja ladang tersebut sedang mengalami keadaan kewangan yang sangat merunsingkan dan mereka mengharapkan pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban seharian mereka dengan menetapkan upah dan gaji minima secepat mungkin.

Tuan Yang DiPertua,

Terdapat implementasi yang sangat berkurangan terhadap objektif untuk memastikan golongan kurang berkemampuan dapat mendiami rumah milik mereka sendiri. Pembinaan 44,000 buah rumah kos rendah serta 63,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat amat membanggakan dan mendemonstrasi kepekaan kepada isu ini.

Justeru itu, saya ingin mempelawa Program Perumahan Rakyat untuk membaik pulihkan banyak projek-projek yang terbiar dan terbengkalai di kawasan Hulu Selangor. Dengan berbuat demikian bukan sahaja projek-projek ini akan hidup kembali tetapi keperluan rumah kos rendah juga boleh di capai. Selain itu kos membangunkan projek terbengkalai atau pun terbiar ini pasti lebih murah daripada membina dari tapak permulaan.

Usaha untuk mempertingkatkan prestasi sistem pengangkutan negara yang penting ini diteruskan dan dilaksanakan dengan langkah yang terperinci dan effektif. Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkkan semua syarikat bas awam untuk mempamerkan masa bertolak dan masa ketibaan bas-bas mereka. Ini adalah untuk memudahkan pengguna sistem pengangkutan awam ini untuk menjimatkan masa mereka. Beribu-ribu jam kerja sedang dibazirkan menunggu di perhentian-perhentian bas dan ini secara langsung memberi kesan negative bukan sahaja kepada produktiviti seseorang pekerja tetapi juga kepada kualiti kehidupannya. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan laman web untuk syarikat-syarikat bas tersebut dengan masa-masa ketibaaan dan bertolak juga untuk memudahkan para pelancong negara yang merupakan penjana besar pendapatan negara untuk munggunakan sistem pengangkutan yang teratur dan tepat waktu supaya cuti mereka digunakan dengan sepenuhnya dan dengan selesa dan menarik pelancong tersebut untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Pihak Kementerian juga boleh memantau pameran web tersebut untuk memastikan servis syarikat-syarikat bas tersebut mematuhi apa yang dipamerkan dan mungkin sebuah sistem demerit boleh diperkenalkan supaya kualiti sistem bas ini tidak menurun dan sebaliknya reputasi sistem pengangkutan bas di Malaysia diharumi.

Memang tidak dapat di nafikan bahawa kenaikkan harga barang keperluan asasi merupakan fenomena yang merangkumi seluruh dunia. Rakyat harus melengkapi diri dan menjadi pengguna yang bijak dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk pertolongan menerusi subsidi.

Tuan yang Dipertua saya ingin mencadangkan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan untuk lebih berwaspada dan melakukan pemantauan yang lebih berkesan untuk menghalang peniaga-peniga yang tidak bertanggujawab mengambil kesempatan dari krisis harga ini.

Sebagai contoh apabila harga gula telah naik 20 sen sekilo ramai penjaja dan peniaga menaikkan harga minuman seperti kopi,teh dan milo sebanyak 20sen secawan. Perkara sebegini tidak munasabah dan hakikatnya akhirnya rakyat jelata yang menjadi mangsa. Kementerian-kementerian yang berkenaan juga boleh bekerjasama dengan NGO-NGO dan persatuan pengguna seperti FOMCA, Persatuan Pengguna Islam untuk mewujudkkan pasukan pemantau sukarelawan untuk menolong dalam proses memantau harga sekiranya pihak kementerian tidak cukup tenaga kerja untuk melakukan pemantauan komprehensif dan holistic. Langkah sebegini pasti akan berfungsi sebagai mekanisme pemantauan yang berkesan supaya rakyat tidak terlalu dibebankan khasnya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga telah menyentuh bahawa hal hal yang berkaitan dengan agama, bersifat perkauman dan sensitif tidak patut di bangkitkan. Dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum saya pasti isu-isu sebegini tidak akan menjamin suasana negara yang aman dan damai.

Tuan Di Pertua,

Saya ingin mengucap sedikit sebanyak disini tentang kontroversi novel Interlok yang berhubung kait dengan isu-isu sensitive. Alangkah malangnya terdapat elemen-elemen bersifat anasir yang tidak bertanggungjawab di negara kita yang selalu menunggu masa untuk mempolitikan sagala isu hanya untuk kepentinggan diri mereka. Kementerian Pelajaran dan kabinet negara sebaliknya telah mendengar suara rakyat yang kurang puas dengan pemilihan novel tersebut sebagai bahan pembacaan yang diwajibkkan di bangku sekolah. Mereka telah mengambil langkah yang pro aktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang rasional dan praktikal. Inilah perwatakan sebuah kerajaan yang prihatin dan peka kepada suara rakyat. Walaubagaimanapun saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk pemilihan novel wajib di sekolah yang terdiri daripada ahli-ahli yang berbilang bangsa supaya isu interlok ini tidak berulang dan kontroversi sebegini tidak akan dapat digunakkan oleh pihak tertentu hanya untuk kepentingan politik walaupun keselamatan negara mungkin terjejas akibat perbuatan mereka.

Tuan yang Dipertua,

Perbuatan yang tidak sopan seperti fitnah dan tomahan adalah tidak mulia dalam kesemua agama dan juga tidak patut dilakukan demi menjamin perpaduan serta keamanan negara. Pendapat saya adalah tidak kira apakah persefahaman politik yang berbeza namun apabila nama baik negara kita dipersoalkan dan ditomah kita patut berdiri dengan suara yang utuh dan semangat yang kental untuk melindungi ibu pertiwi daripada serangan tidak berasas. Namun terdapat beberapa ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang mengambil kesempatan memburukkan dan cuba menghancurkan nama baik negara di luar negara.

Saya dengan hati nurani yang ikhlas ingin memberitahu pefitnah sebegini supaya taubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Dan jikalau ahli-ahli Yang Berhormat yang masih keras kepala dan mengulangi perbuatan ini, saya ingin menggesa kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya dan tindakan yang tegas untuk memberhentikan perbuatan menderhaka tersebut. Tidak perlu lah kita memburukkan nama negara sendiri di pentas dunia……dengan izin ”don’t cut your own nose to spite your face my dear friends, in the end only you will lose face..then not good looking anymore”

Kepentingan orang asli di Malaysia akan terus di bela, Kerajaan tidak pernah dan tidak mengabaikan atau mengenepikan kepentingan orang asli dan penduduk luar bandar.

Tuan Yang Dipertua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan perseketuan untuk menolong ramai orang asli yang berada di kawasan parlimen Hulu Selangor. Walaupun mereka mempunyai 16 belas perkampungan orang asli disana tetapi hanya satu perkampungan sahaja telah di rizabkan kepada mereka. Oleh yang demikian hidup orang asli tersebut adalah penuh cabaran dan kesengsaraan. Saya ingin meminta kerajaan persekutuan untuk memikul tanggungjawab kerana Kerajaan negeri tidak menunjuk minat langsung terhadap Masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, nampaknya hanya Kerajaan Persekutuan sahajalah yang dapat membantu mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bersukacita dengan pembangunan Felda dan juga commitment kerajaan terhadap meningkatkan kulaliti kehidupan peneroka FELDA serta keluarga mereka. Kearah mancapai matlamat mulia ini Felda telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion. Saya ingin mencadangkan satu pendekatan untuk berkongsi, pada pendapat saya sesiapa sahaja khasnya dari pihak pembangkang yang mefitnah Felda sebagai sebuah projek yang bankrap sebenarnya orang beginilah yang sememangnya bankrap idea dan isu mantap untuk dibawa kepada pangkuan rakyat.

Rakan seperjuangan dipihak pembangkang tolonglah cari isu-isu yang releven dan penting untuk dibahaskan dan dibawa kepada rakyat umum dan jangan menggunakan daya kreativiti anda untuk tujuan tak mulia. Felda adalah sebuah instutusi yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua Arwah Tun Abdul Razak dan telah membawa pembangunan yang mendadak dalam dekad dekad berikutan kewujudanya. Sekarang Felda merupakan sebuah cerita sukses yang agung, terdapat 2 juta penoroka yang kehidupan mereka menjadi lebih terang dan selesa dan mereka telah mengeluarkan diri dari keadaan kehidupan yang miskin untuk menjadi petani dan penoroka yang berjaya. Transformasi dari orang yang tidak ada tanah kepada pemilik tanah yang berjaya adalah hasil visi dan perancangan teliti kerajaan yang berwawasan. Untuk memfitnah bahawa Felda telah bankrap menunjukkan kebankkrupan pihak pembangkang dalam mencari isu yang releven. Saya ingin mengesa Kementerian Penerangan untuk mengambil langkah untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat yang mungkin terpesong oleh tomahan yang tak berasas tentang kesihatan kewangan Felda. Mungkin Kementerian boleh menghasilkan sebuah dokumentari untuk menunjukkan kejayaan sebenar Felda. Namun dengan cara ini pun saya musykil yang pihak pembangkang akan mengakui kesilapan mereka, tabiat mereka adalah untuk memutarkan cerita dongeng lain yang memburukan nama kerajaan dalam projek lain. Namun kerajaan mempunyai tanggunjawab untuk memberitahu rakyat apa yang benar dan menyedarkan rakyat terhadap penipuan pihak pembangkang.

Perkhidmatan Klinik bergerak 1Malaysia ke kawasan-kawasan terpencil negara yang memberikan perkhidmatan medikal dan kesihatan kepada warga luar bandar amat di hargai oleh penduduk-penduduk luar bandar. Perkhidmatan ini juga merangkumi rawatan pergigian, pemeriksaan mata serta penyedian cermin mata percuma.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapakan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan YAB Perdana Menteri kerana perkhidmatan 3 klinik 1Malaysia dan satu klinik bergerak 1malaysia yang bertempat di Hulu Selangor. Perkhidmatan yang dengan izin 'people friendly, touching the people's heart and fulfilling people's need- inilah yang menjadi teladan kepada sebuah kerajaan yang mementingkan keperluan rakyat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana lawatan mereka ke semua sekolah di kawasan Hulu Selangor untuk member rawatan pergigian percuma kepada pelajar pelajar. Saya ingin mencadangkan supaya lawatan sebegini juga diberikan kepada ibu bapa pelajar jika mereka memerlukannya. Perkhidmatan ini adalah sangat diperlukan dan dihargai oleh rakyat and justeru itu saya harap pihak kementerian akan menimbang permintaan saya dengan masak.

Belia merupakan tonggak dan tulang belakang sebuah negara. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah menggalakkkan usaha kerajaan untuk membangunkan belia belia tanahair kita. Di sini saya ingin membangkitkan satu isu yang sedang dialami oleh belia belia india/hindu khasnya di IPTA dan juga mereka yang menduduki Peperiksaan SPM tingkatan 5.

Tuan yang Dipertua Deepavaali merupakan satu perayaan keagamaan dan sosial untuk penganut yang beragama hindu di negara ini. Pada hari inilah keluarga dari merata tempat berkumpul untuk merayakan hari yang mulia ini. Alangkah malangnya pelajar-pelajar hindu yang menduduki perperiksaan SPM tidak dapat meraihkanya dengan hati yang gembira kerana peperiksaan SPM mereka sedang berlangsung pada masa yang sama. Walaupun hari deepavali adalah cuti umum namun pelajar-pelajar tersebut mempunyai peperiksaan sehari sebelum atau selepas hari perayaan tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mencari jadual waktu peperiksaan yang lebih prihatiin kepada pelajar yang adalah penganut hindu dan keluarga mereka supaya mereka boleh mengamati perayaan tersebut dengan lena dan gembira di disisi kelurga dan kawan-kawan mereka. Situasi yang sama berlaku di setengah-tengah IPTA di negara, pelajar hindu tidak dapat balik kampung dan bersama keluarga mereka kerana peperiksaan university yang bertembung dengan hari deepavali. Ada mereka yang mempunyai peperiksaan pada malam sebelum hari deepvali dan tidak sempat balik kampung untuk berseronok bersama sanak saudara. Saya ingin mencadangkan sikap 1Malaysia diamalkan apabila menentukan hari yang sesuai untuk peperiksaan supaya tiada sesiapa pun yang kecil hati mereka tidak dapat merahihkan satu-satunya perayaan hindu yang bersifat social dan kekeluargaan.

Tuan Yang Di Pertua,

Akhir kata saya teruja dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, yang telah mendampingi semua topik dan isu yang penting kepada segenap masyarakat Malaysia. Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga adalah sangat menyeluruh, padat ,mampat dan menarik pada masa yang sama. Saya yakin yang titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan menjadi inspirasi untuk semua dalam dewan ini bertungkus lumus untuk menjayakan program trasformasi kerajaan dan menjadi batu lonjatan kearah anjakan paradigma ke sebuah negara berpendapatan dan perpengetahuan tinggi menjelang tahun 2020.

TUAN YANG DIPERTUA,

DENGAN ITU SAYA MOHON MENYOKONG.

SEKIAN TERIMA KASIH.